Semua orang mengharapkan cinta yang  sempurna, cinta yang akan dibawa ke jinjang pelamin dan bersama sehingga  ke akhir hayat. Seperti dalam drama Korea, akhirnya bahagia bersama.  Namun bukan semua orang bernasib baik dapat merasakan cinta sebegitu  kerana cinta itu tak boleh dipaksa dan cinta itu perlukan kesefahaman.
Aku antara insan terpilih yang  tidak bernasib baik itu. Aku mula berjinak-jinak dengan cinta sejak aku  tingkatan 3. Mungkin aku kurang faham apa itu cinta pada usia sebegitu,  tapi aku faham apa itu SETIA. Tapi aku bukanlah insan sempurna. Hubungan  kami tak lama, aku diputuskan si dia dengan alasan tidak mampu hidup  berjauhan walaupun aku telah cuba menjadi yang terbaik untuk dia. Sejak  itu juga aku kenal erti putus cinta, hidup aku seolah-olah tamat disitu.
Mujurlah aku ada kawan-kawan  yang mampu berikan aku kekuatan. 2 tahun selepas itu aku sudah pulih.  Selepas itu, aku mula buang rasa cinta dalam diri aku. Aku cuba hidup  tanpa perlu mengharap pada kaum hawa. Namun entah macam mana, perasaan  itu datang bila aku kenal akan seorang insan Allah ini. Aku jatuh cinta  lagi kerana aku manusia biasa yang lemah. Seperti dahulu, aku  ditinggalkan lagi kerana aku merelakan dia pergi. Aku tak faham kenapa  walaupun telah bermacam-macam aku berikan, aku masih diputuskan.
 Sejak  itu, aku mengalami tekanan perasaan dan stress yang amat teruk. Jiwa  aku memberontak lebih agresif, pelajaran aku pun entah kemana... Ubat  depression menjadi peneman aku. Hari-hari yang mendatang, aku cuba tekan  memori bercinta aku, sehinggalah aku hilang ingatan jangka pendek.. Aku  tak mampu ingat apa-apa lagi selepas itu mengenai cinta aku dan dia.  Aku mula merasakan dunia kejam terhadap aku sehingga aku seksa diri aku  sendiri dan berfikir untuk tamatkan hidup aku.
Sejak  itu, aku mengalami tekanan perasaan dan stress yang amat teruk. Jiwa  aku memberontak lebih agresif, pelajaran aku pun entah kemana... Ubat  depression menjadi peneman aku. Hari-hari yang mendatang, aku cuba tekan  memori bercinta aku, sehinggalah aku hilang ingatan jangka pendek.. Aku  tak mampu ingat apa-apa lagi selepas itu mengenai cinta aku dan dia.  Aku mula merasakan dunia kejam terhadap aku sehingga aku seksa diri aku  sendiri dan berfikir untuk tamatkan hidup aku.Mujurlah seorang hamba Allah ini  datang menghulurkan bantuan. Dia bukanlah seseorang yang special, tapi  dia tahu macam mana nak bantu aku. Kerana dia juga cinta aku wujud balik  dan aku bercinta dengan dia. Kenangan lepas aku mula menghantui aku,  sakit kepala aku menjadi-jadi kerana aku mula ingat, tapi alhamdulillah  kerana dia, aku mampu lalui semua ini.
Ini juga cinta pertama dia.  Disebabkan itu aku tidak mahu berpegangan tangan bila keluar dan  manjakan dia dengan kebendaan walaupun kadang-kadang aku bagi ros merah.  Aku mahu dia cinta rasa cinta itu melalui hati, bukan melalui matanya.  Aku selalu berpesan kepada dia, jangan berikan harapan yang tinggi,  kerana segalanya terletak kepada Allah, jika ada jodoh, maka bersatulah.  Apa yang penting, teruskan berdoa, semoga hari yang diimpikan itu  datang.
 Alhamdulillah,  sekarang hubungan kami dah masuk 2 tahun lebih, dan kami bergaduh dan  bertekak kurang 5 kali. Mungkin kerana kami masing-masing saling  memahami dan aku mahu dia merasa cinta pertama dan terakhir  buatnya.Sekarang aku masih sedang mengumpulkan wang untuk menjadikan dia  halal buat aku. Apapun bagi korang yang sedang hangat bercinta, jangan  ikutkan sangat nafsu tu. Simpanlah kemanisan bercinta tu selepas  berkahwin.Jadikan si dia sahabat korang, kawan baik korang, dan juga  kekasih korang. Kalau si dia tak mampu terima korang seadanya, dia  bukanlah milik korang. Pasanglah impian bersama-sama si dia dan cubalah  tunaikan bersama.
Alhamdulillah,  sekarang hubungan kami dah masuk 2 tahun lebih, dan kami bergaduh dan  bertekak kurang 5 kali. Mungkin kerana kami masing-masing saling  memahami dan aku mahu dia merasa cinta pertama dan terakhir  buatnya.Sekarang aku masih sedang mengumpulkan wang untuk menjadikan dia  halal buat aku. Apapun bagi korang yang sedang hangat bercinta, jangan  ikutkan sangat nafsu tu. Simpanlah kemanisan bercinta tu selepas  berkahwin.Jadikan si dia sahabat korang, kawan baik korang, dan juga  kekasih korang. Kalau si dia tak mampu terima korang seadanya, dia  bukanlah milik korang. Pasanglah impian bersama-sama si dia dan cubalah  tunaikan bersama. *****************************************************
Bagi  kaum lelaki,memang ada masanya korang akan rasa marah dengan pasangan  korang, tapi jangan sesekali tinggikan suara pada si dia kerana hati  perempuan lembut apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap dia (aku  memang pantang lelaki pukul perempuan). Jika ada niat nak cari yang  lain, fikirkan dia tak cukup sempurna untuk korang? Bagi kaum hawa pula,  janganlah terlalu mengharap.Jika si dia milik korang, pasti dia akan  hormat korang. Ingat, cinta bukan seindah yang difikirkan. Cinta bukan  sekadar seks, dan wang, cinta itu tanggungjawab bersama. Semoga korang  bersama si dia sehingga akhir nyawa korang.Amin...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan