Untuk
 mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang 
mukmin perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah 
ditunjukkan oleh Rasullullah SAW dalam Hadis dan Sunnah: 
1. Memelihara Solat 5 Waktu 
Berdasarkan
 Hadis oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang
 yang memelihara Solat Lima Waktu itu akan dihindarkan dari seksaan 
kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, 
mayatnya dihimpitkan kubur sehingga berselisih tulang rusuknya. 
2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan yang membawa kematian 
Al-Imam
 At-Tabaraani mengemukakan Hadis menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa
 Rasullullah SAW bersabda: "Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam 
kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan kubur 
dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak 
tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke 
Syurga." (bagi mereka yg beriman). 
3.  Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak) pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat. 
Rasullulah
 SAW menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (pencegah, penahan dari 
seksaan) dimana beliau bersabda: "Dialah surah Pencegah yang mencegah 
pembacanya dari seksaan kubur" (Hadis Riwayat An-Nasaa'i Dan 
At-Tirmidzi)
"Siapa
 yang pada setiap malam membaca Tabaarak..adalah dia akan dicegahkan 
oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan kubur" (Riwayat An-Nasaa'i)
Abu
 Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahawa Rasullullah 
SAW tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah alif Laam 
Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah Dan Tabaarak) 
4. Mati Syahid 
Hadis
 yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Maajah bahawa antara 
kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang 
itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur. 
Salman
 Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: 
"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih 
utama". Terkadang beliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) 
sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal 
(termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan
 menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah 
kubur; sedangkan amalannya subur (terus bertambah;dipahalai sebagai 
hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
5. Mati di malam atau siang hari Jumaat 
Rasullulah
 SAW bersabda: "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia dihari 
atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur". 
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
6. Mati sebab sakit dalam perut 
"Siapa
 mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam 
kuburnya". (Hadis Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi Dan At-Tirmidzi)
7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah 
Umar
 Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah SAW bersabda: "Seseorang yang 
mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi 
(sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar 
tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan 
mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu 
dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja" 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim)
8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan: 
Uqbah
 bin Amir menyebutkan bahawa Rasullulah SAW bersabda: "Sungguhnya 
sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) kubur daripada yang 
selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mukmin itu akan 
dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" (Riwayat 
At-Tabaraani)
 
9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:
9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:
Menurut
 Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah SAW pernah memceritakan: "Ada seorang 
hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100 kali dalam kuburnya. Akan
 tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada 
seksaan kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan. 
Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api.
 Sesudah api hilang (padam) dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang 
itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul. Malaikat menjawab
 : "Ialah disebabkan engkau bersembahyang tanpa wuduk (dengan wuduk yang
 tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui 
orang yang sedang dianayai tetapi engkau tidak memberikan pertolongan" 
(Hadis Riwayat At-Tahaawi)
10. Selalu memohon pada Allah SWT agar dilindungi daripada seksaan kubur 
Menurut
 Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad 
bin Hanbal, Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah SAW 
membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat 
perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu 
sunnah Baginda SAW (yang perlu diikuti segera) iaitu dibacakan sebelum 
doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya 
saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, 
daripada seksaan kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan 
daripada / fitnah. Al-Masiih Ad-Dajaal 
11. Membaca Dan mengkhatam Al-Quran
Seseorang
 hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta
 berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan 
Rasullullah SAW berbunyi: "Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam 
kuburku" (Hadis Riwayat Abi Umaamah)
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan