Isnin, 8 Februari 2010

AKTIVITI MASA LAPANG.

Tomoi ialah sejenis sukan tinju dan merupakan seni mempertahankan diri yang popular di kalangan masyarakat Siam di negeri Kedah. Ianya berbeza dengan tinju biasa kerana kaki juga digunakan untuk menendang. Tomoi berasal dari zaman Ayutthya dan merupakan teknik mempertahankan diri.
Selain itu, menyabung ayam adalah kegiatan masa lapang yang popular di kalangan masyarakat Siam di negeri Kedah. Ayam sabungan akan diasingkan dari ayam-ayam lain. Ketika berusia lapan bulan, ayam itu akan dilepaskan bersama ayam-ayam jantan yang sudah matang dan dilatih bertarung. Pertarungan lazimnya diadakan di gelanggang bulat yang kecil. Mata ayam ini ditutup dan taji dipasang apabila pertarungan dimulakan. Di negeri Kedah aktiviti menyabung ayam telah diharamkan kerana ia membabitkan kegiatan perjudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin