Isnin, 8 Februari 2010

HUBUNGAN KEDAH DENGAN KERAJAAN SIAM.

Peperangan yang tidak henti-henti antara Burma dengan Siam, yang bermula pada tahun 1785 di bahagian utara Kedah disempadani oleh Trang dan dianggap oleh Siam sebahagian daripada wilayah Siam. Sultan Abdullah (1760-1797) melakukan apa jua yang boleh untuk menghindarkan negeri baginda daripada konflik tersebut dan menyelamatkannya daripada kebinasaan perang tetapi baginda tidak berupaya berbuat demikian. Kedua-dua belah pihak meletakkan tekanan kepada baginda mengakui pertuanan masing-masing.
Peperangan berlansung lebih daripada seratus tahun, dan dalam tempoh itu Phuket (Junk Ceylon) diserang oleh Burma tidak kurang daripada tiga kali.
Serangan pertama ialah pada tahun 1785, apabila Burma berhasrat untuk merampas Kedah dan Segenting Kra daripada tangan Siam. Mujur bagi Tanah Besar Kedah kerana serangan Burma itu dapat ditangkis. Di bawah kepimpinan tegas oleh seorang wanita Kedah iaitu isteri Gabenor yang baru meninggal dunia, penduduk Phuket memberi tentangan yang hebat. Pada Januari 1786, Burma terpaksa meninggalkannya kerana bekalan mereka kehabisan. Pada tahun yang sama, Raja Burma, Bodawpaya (1781-1819) mengancam untuk menyerang Siam sekali lagi dan lantaran daripada itu, Raja Rama I (1782-1809) menghantar perintah kepada Sultan Abdullah supaya membantunya mempertahankan Phuket.
Tiada sebarang serangan dari Burma sehinggalah pada tahun 1802, tetapi Burma masih gagal untuk menduduki Phuket. Sultan Ahmad Tajuddin (1804-1843) telah diminta untuk menyediakan tenaga tentera, bot dan bahan makanan oleh Siam bagi menghadapi serangan Burma di masa hadapan. Pada tahun 1810, kerajaan Burma berjaya menyerang dan menduduki Phuket. Setahun kemudian tentera dari Kedah menyerangnya semula.
Serangan ketiga ke atas Phuket daripada Burma berlaku pada tahun 1818. Pada kali ini Siam telah bersiap sedia dengan 10,000 orang tenteranya dan dibantu pula oleh 2500 orang tentera dari Kedah berjaya mematahkan serangan tersebut. Sultan Ahmad Tajuddin telah dinaikkan taraf "Chau Phya" (salah satu darjah kemuliaan Siam yang tertinggi) sebagai penghargaan di atas bantuan yang beliau berikan.
Malangnya dalam pergelutan kuasa yang terjadi berikutnya, Sultan Ahmad Tajuddin yang bimbang dengan tuntutan Siam yang tidah habis-habis, ditambah dengan pertelingkahan keluarga dan sikap baginda yang bergantung pada janji Inggeris untuk memberi sokongan kepada baginda telah menyebabkan Siam menyerang Kedah pada tahun 1821. Kedah juga telah dibahagikan kepada empat bahagian - Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah. Setiap satu daripada bahagian ini diletakkan pemerintah yang berasingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin