Isnin, 8 Februari 2010

LATAR BELAKANG MASYARAKAT SIAM DI KEDAH.

Memandangkan keseluruhan imigran Siam di Kedah berasal dari Selatan Thailand. Berdasarkan laporan Straits Times pada bulan Jun 1948, ternyata jalan yang digunakan oleh orang Siam untuk datang ke Kedah adalah melalui jalan-jalan hutan dan tidak melalui jalan-jalan biasa yang berhampiran dengan bandar-bandar berdekatan dengan sempadan seperti Padang Besar (terletak di sempadan Perlis - Thailand). Dengan itu didapati ramai orang Siam di Kedah menetap di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sempadan Thailand. Jika menggunakan jalan laut, kawasan pesisir pantai lebih diutamakan. Jalan laut yang digunakan oleh orang Siam tidak meluas seperti jalan darat.
Dilaporkan bahawa penduduk di Narathiwat dan Setul sering datang ke pelabuhan-pelabuhan di bahagian utara dengan menggunakan perahu-perahu kecil. Oleh yang demikian, penggunaan kedua-dua jalan darat dan laut telah menjadi laluan kemasukan pelarian-pelarian Patani dan mereka yang terlibat dengan krisis ekonomi pada abad ke 19 untuk masuk ke Kedah.
Walaubagaimanpun cara yang kedua jarang digunakan. Kenyataan ini diasaskan kepada fakta bahawa mereka adalah pelarian politik yang masuk ke Tanah Melayu tanpa melalui prosedur yang sah. Tempoh yang diperlukan untuk sampai ke Utara Semenanjung juga hanya mengambil masa tidak lebih dari dua minggu bagi pejalan kaki. Bagi mereka yang datang ke Kedah semasa berlakunya peperangan antara Kedah dan Siam dahulu juga melalui jalan darat. Sewaktu terjadinya peperangan di awal abad ke 19, Tanah Melayu masih belum mempunyai sistem jalan raya yang baik bagi menghubungkan kawasan-kawasan selatan Thailand dengan negeri-negeri di utara Tanah Melayu. Jalan kereta api hanya dibina di akhir abad ke 19 sahaja.
Merujuk kepada ciri-ciri penempatan masyarakat Siam di Kedah khasnya dan di Tanah Melayu amnya, satu sifat yang paling ketara ialah penempatan meraka yang terlalu tertumpu kepada satu-satu tempat dan daerah (localized). Hampir 95% daripada mereka menetap di empat buah negeri di Utara Semananjung (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Manakala sebilangan kecil terdapat di Perak dan Selangor. Lebih unik lagi, di keempat-empat buah negeri di utara, masyarakat siam lebih ramai terdapat di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sempadan Thailand. Penempatan mereka di Kedah adalah di sepanjang sempadan Kedah dan Thailand iaitu seperti di daerah-daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di daerah Kota Star. Di bahagian selatan negeri Kedah, penempatan mereka tidak pernah melebihi had Krian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin