Ahad, 10 April 2011

JALUR GEMILANG.

JALUR GEMILANG Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.Sejarah Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka. 09-08-2008 08:11 AM tempe MurahGuru Sengal Posts: 32,129Group: ModeratorsJoined: 26-09-06MemberOf Week: 0 TimesStatus: Away Reputation: 579 JL$: 2826205xFireName: Kaki Bangkang Post: #2RE: JALUR GEMILANG Keterangan Lambang-Lambang Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri: 1. Johor 2. Kedah 3. Kelantan 4. Melaka 5. Negeri Sembilan 6. Pahang 7. Pulau Pinang 8. Perak 9. Perlis 10. Sabah 11. Sarawak 12. Selangor 13. Terengganu 14. Kerajaan PersekutuanBahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan PersekutuanWarna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Maksud "Jalur Gemilang" JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara. This post was last modified: 09-08-2008 08:15 AM by tempe. 09-08-2008 08:13 AM tempe MurahGuru Sengal Posts: 32,129Group: ModeratorsJoined: 26-09-06MemberOf Week: 0 TimesStatus: Away Reputation: 579 JL$: 2826205xFireName: Kaki Bangkang Post: #3RE: JALUR GEMILANG Ukuran BenderaJalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.1. Bendera Biasa (Standard)Lebar 91.5 sm (3 kaki)Panjang 183 sm (6 kaki)Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman.2. Bendera RumahLebar 61 sm (2 kaki)Panjang 122 sm (4 kaki)Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad.3. Bendera SedangLebar 122 sm (4 kaki)Panjang 244 sm (8 kaki)Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara.4. Bendera BesarLebar 183 sm (6 kaki)Panjang 366 sm (12 kaki)Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai.5. Bendera MejaLebar 15.25 sm (0.5 kaki)Panjang 30.50 sm (1 kaki)Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian.6. Bendera KeretaLebar 15.25 sm (0.5 kaki)Panjang 30.50 sm (1 kaki)Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja. Ukuran Tiang BenderaKetinggian dan garis pusat tiang bendera adalah seperti berikut: 09-08-2008 08:22 AM tempe MurahGuru Sengal Posts: 32,129Group: ModeratorsJoined: 26-09-06MemberOf Week: 0 TimesStatus: Away Reputation: 579 JL$: 2826205xFireName: Kaki Bangkang Post: #4RE: JALUR GEMILANG CARA MENGIBARKAN BENDERAAdat Dan Tertib1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya.2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.4. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang tertentu.8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut.TempatJalur Gemilang dikibarkan di tempat-tempat seperti berikut:- Kediaman- Kedutaan- Bangunan (di luar, di dalam, di atas)- Pejabat- Kapal / Feri / Bot- Kapal Terbang- KeretaHariSurat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 menetapkan Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) hendaklan dikibarkan pada hari-hari pejabat biasa dan hari-hari Kebesaran Persekutuan dan Negeri.Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera pada hari-hari persekolahan.Di peringkat Negeri, ia dikibarkan pada hari-hari seperti:* Hari Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.* Hari Kebangsaan* Lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-negeri.MasaTradisi mengibarkan bendera adalah dinaikkan dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam iaitu mulai 7.00 pagi hingga 7.00 petang.Kerajaan Persekutuan telah menetapkan bendera dikibarkan seperti berikut:1. Bangunan-Bangunan Kerajaan Persekutuan - Mengikut waktu pejabat biasa dan dikibarkan terus menerus (overnight) sekiranya hari berikutnya adalah Hari Kebesaran/Cuti Umum yang ditetapkan bendera dikibarkan.2. Sekolah-Sekolah - Mengikut waktu mulanya kelas pertama dan diturunkan lepas kelas terakhir tamat.3. Kapal dan Feri - Dikibarkan sepanjang hari.Susunan KeutamaanSusunan Keutamaan bendera-bendera ialah seperti berikut:1. Bendera Malaysia Jalur Gemilang2. Bendera Negeri-Negeri (mengikut susunan keutamaan)3. Bendera Wilayah (Susunan Keutamaan mengikut tarikh wilayah diwujudkan)4. Bendera Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan5. Bendera Pertubuhan dan Persatuan6. Bendera SyarikatKeutamaan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri-Negeri ditentukan mengikut Susunan Keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang di-Pertua Negeri (Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan).Susunan sekarang* seperti di bawah. Susunan ini berubah sekiranya berlaku pertukaran dalam Susunan Keutamaan disebabkan adanya perlantikan baru. SUSUNAN KEDUDUKAN BENDERA SILA REFER SINI... aku malas nak tepek gambo byk2.. :p 09-08-2008 08:34 AM tempe MurahGuru Sengal Posts: 32,129Group: ModeratorsJoined: 26-09-06MemberOf Week: 0 TimesStatus: Away Reputation: 579 JL$: 2826205xFireName: Kaki Bangkang Post: #5RE: JALUR GEMILANG CARA MENGHORMATI BENDERALambang Kebesaran Dan Kedaulatan NegaraTanda BerkabungDikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas peristiwa tertentu. Arahan mengenai pengibaran bendera setengah tiang ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa negeri bagi negeri-negeri yang berkenaan.Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah:1. Kemangkatan Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.2. Kemangkatan DYMM Raja-Raja atau DYMM Raja-Raja Permaisuri.3. Kematian Tuan-Tuan Yang di-Pertua Negeri atau isteri.4. Kematian YAB Perdana Menteri atau YAB Pemangku Perdana Menteri.(Pada hari pengisytiharan kemangkatan / kematian hingga hari pemakaman / pengkebumian) Kedudukan Pengibaran Bendera Separuh Tiang Tanda Menghormati JenazahJalur Gemilang boleh digunakan bagi menutup keranda di dalam istiadat Pemakaman / Pengkebumian Negara.Ia digunakan juga bagi menutup keranda ketika membawa pulang jenazah seperti berikut dari luar negara:1. Pembesar-Pembesar Negara2. Duta-Duta Malaysia3. Anggota Tentera yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas 09-08-2008 08:38 AM tempe MurahGuru Sengal Posts: 32,129Group: ModeratorsJoined: 26-09-06MemberOf Week: 0 TimesStatus: Away Reputation: 579 JL$: 2826205xFireName: Kaki Bangkang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin