Khamis, 14 April 2011

NARATHIWAT.

Narathiwat (Thai นราธิวาส) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terletak di pantai Teluk Thailand di Semenanjung Malaysia. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat ikut jam) adalah Yala dan Patani. Narathiwat bersempadan dengan Malaysia di bahagian selatan.
Nama Narathiwat bermakna "Kediaman orang-orang budiman".
Isi kandungan[sorokkan]
1 Sejarah
2 Demografi
3 Simbol
4 Kawasan pentadbiran
5 Kekecohan
6 Pautan luar
[sunting] Sejarah
Pada asalnya, Narathiwat, bersama dengan Yala adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Patani yang merdeka. Sebelum itu Patani dikenali sebagai Langkasuka, iaitu menjadi Islam. Kemudian jatuh ke tangan Siam dan berada di bawah kerajaan Sukhothai dan kemudiannya Ayuthaya. Setelah kejatuhan Ayutthaya pada tahun 1767, Patani menjadi merdeka semula tetapi kembali kepada Thai sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Thai menakluki Patani akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.
[sunting] Demografi
Narathiwat merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 82% adalah Muslim dan 17.9% adalah penganut agama Buddha. Lebih 80.4% daripada penduduknya boleh bertutur dalam Bahasa Melayudialek Patani yang hampir sama dengan dialek Melayu Kelantan. Kerajaan memanggil bahasa Melayu dialek Patani ini sebagai bahasa Yawi, iaitu Jawi, panggilan terhadap tulisan Arab yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu di selatan Thai.
[sunting] Simbol

Lambang wilayah Narathiwat menunjukkan sebuah kapal yang memiliki layar yang bergambarkan seekor gajah putih. Gajah putih merupakan simbol diraja Thailand dan dipaparkan di sini bagi memperingati peristiwa gajah Phra Sri Nararat Rajakarini yang ditangkap di wilayah ini dan diberikan kepada raja Thai sebagai hadiah.
Simbol-simbol wilayah yang lain termasuk buah dokong (Lansium domesticum), pokok chengal (Neobalanocarpus heimii) dan bunga Odontadenia macrantha.
[sunting] Kawasan pentadbiran
Narathiwat terbahagi kepada 13 buah kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 77 daerah swapraja (tambon) dan 551 buah kampung (mubaan).
Mueang Narathiwat (เมืองนราธิวาส)
Tak Bai (ตากใบ)
Bacho (บาเจาะ)
Yi-ngo (ยี่งอ)
Ra-ngae (ระแงะ)
Rueso (รือเสาะ)
Si Sakhon (ศรีสาคร)
Waeng (แว้ง)
Sukhirin (สุคิริน)
Sungai Kolok (สุไหงโก-ลก)
Sungai Padi (สุไหงปาดี)
Chanae (จะแนะ)
Cho-airong (เจาะไอร้อง)
[sunting] Kekecohan
Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Narathiwat, Yala, dan Patani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 1980-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.
Pada 26 Oktober 20004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya.
Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah megatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari.
[sunting]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin