Khamis, 14 April 2011

YALA.

Yala (Thai ยะลา) adalah wilayah (changwat) Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat laut ikut jam) adalah Songkhla, Patani dan Narathiwat. Yala bersempadan dengan Malaysia di bahagian selatan.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Jolor (جولور).
Isi kandungan[sorokkan]
1 Geografi
2 Sejarah
3 Demografi
4 Simbol
5 Kawasan pentadbiran
6 Kekecohan
7 Pautan luar
[sunting] Geografi
Wilayah ini terletak di Semenanjung Malaysia.
[sunting] Sejarah
Pada asalnya, Yala, bersama dengan Narathiwat adalah sebahagian daripada kerajaan Melayu Patani yang berada di bawah pengaruh kerajaan Ayutthaya dan kemudian Sukhothai. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767, Patani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Thai sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Thai menakluki Patani akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.
[sunting] Demografi
Yala merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; lebih kurang 68.9% adalah Muslim. 66.1% penduduk Yala adalah dari bangsa Melayu.
[sunting] Simbol

Lambang wilayah Yala memaparkan seorang pelombong bijih timah dengan alat-alat pertukangannya seperti pengumpil, cangkul dan bakul. Yala pada asalnya merupakan sebuah bandar yang giat dalam perlombongan bijih timah dan tungsten.
Simbol-simbol wilayah yang lain termasuk pokok Red Saraca (Saraca declinata) dan bunga Bullet Wood (Mimusops elengi).
[sunting] Kawasan pentadbiran
Yala terbahagi kepada 7 kawasan pentadbiran (Amphoe) dan satu kawasan kecil (King Amphoe), dibahagikan lagi kepada 56 daerah swapraja (tambon) dan 341 buah kampung (mubaan).
Amphoe
King Amphoe
Mueang Yala (เมืองยะลา)
Betong (เบตง)
Bannang Sata (บันนังสตา)
Than To (ธารโต)
Yaha (ยะหา)
Raman (รามัน)
Kabang (กาบัง)
Krong Pinang (กรงปินัง)
[sunting] Kekecohan
Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.
Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa berdarah Tak Bai.
Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.
[sunting]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin