Jumaat, 15 April 2011

MENJAGA HATI KEDUA IBU BAPA KITA.

Ibu bapa mana yang tidak suka dan tidak rasa bahagia jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifat ringan tulang. Dengan ringan tulang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama, beroleh keberkatan dalam hidup. “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara yang anak tidak setuju, dia masih tunjuk rasa hormat, tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekankan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik merekaRasulullah s.a.w. sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya untuk diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan ‘VIP’ ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa kurang diraikan atau kurang diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.Meraikan ibu bapa juga merangkumi meraikan kenalan atau tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.)Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan lain-lain persoalan besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.Kebanyakan ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak – mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh, tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji kepada ibu bapa. Bila sudah berkeluarga sendiri, sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin berkurang sedikit. Bila ada duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat dia balik jenguk dan usahakan rawatan yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak cukup hanya kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya ‘pengganti diri’, terutama jika mereka sudah lanjut usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai belaian tangan anak yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa; misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka. Ini tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.Ibu bapa juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa. Cukuplah kalau seorang anak itu merasakan dia banyak ‘berhutang’ dengan ibu bapanya untuk membuatkan dia rasa sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud) riyaz_R9 Forumer Fanatik Number of posts: 232Age: 24Points: 273Registration date: 2008-12-05KaraktorExperience: (0/500) Re: MENJAGA HATI IBU BAPA by riyaz_R9 on Tue Oct 13, 2009 8:27 am Kasihnya IbuKasihnya ibuMembawa ke syurgaKasihnya saudaraMasa beradaBerkorban ragaRela binasaBerkorban nyawaTanda kasihnyaKasihnya ayahSanggupkah berpisahDan kasih anaknyaBerkorban nyawaBiar pun jiwaAkan tersiksaIkhlas dan relaAsal kau bahagia riyaz_R9 Forumer Fanatik Number of posts: 232Age: 24Points: 273Registration date: 2008-12-05KaraktorExperience: (0/500) Re: MENJAGA HATI IBU BAPA by riyaz_R9 on Tue Oct 13, 2009 8:32 am Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… “Ya ALLAH…Rendahkanlah suaraku bagi mereka…Perindahlah ucapanku di depan mereka…Lunakkanlah watakku terhadap mereka danLembutkan hatiku untuk mereka…Ya ALLAH…Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,atas didikan mereka padaku…dan Pahala yang besaratas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…Ya ALLAH…Apa saja gangguan yang telah mereka rasakanatau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa merekadan bertambahnya pahala kebaikan merekadengan perkenan-MU ya ALLAH…hanya ENGKAULAHyang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…Ya ALLAH…Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,Izinkanlah merekamemberi syafa’at untukku….Tetapi jika sebaliknya,maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MUdi tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,ampunan-MU serta rahmat-MU…Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,serta anugerah yang tak berakhir danENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”~ Aduhai Ikhwanul Muslimin….Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita…kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya…:sad:Beristighfarlah…beristighfarlah…Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Maka inilah saatnya untuk kita memohon keampunan daripada mereka….marilah kita sama2 berbakti kepada orang tua kita…walaupun seumur hidup kita tidak akan mampu membalas jasa2 mereka…tetapi sekurang-kurangnya, bahagiakanlah mereka…curahkanlah kasih sayang kepada mereka…Siapa tahu, esok lusa…mereka akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya…Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan di dunia ini…:sad:InsyaALLAH, mudah-mudahan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita semua…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin