Isnin, 18 April 2011

BRUNEI DARUL SALAM.

Brunei (Jawi: بروني) atau secara rasminya Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دارالسلام)ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo. Isi kandungan[sorokkan] 1 Sejarah 2 Politik dan kerajaan 3 Kebebasan media 3.1 Televisyen 3.2 Radio 3.3 Akhbar 4 Daerah 5 Etnik 6 Geografi 7 Ekonomi 8 Demografi 8.1 Bangsa 8.2 Agama 8.3 Bahasa 9 Budaya 10 Seni dan warisan 11 Lihat juga 12 Pautan luar [sunting] Sejarah Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masehi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Java tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting. Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya. Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (سلطان محمد حسن) (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini. Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain. Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak (سراوق) di barat laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya. Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di timur laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama. Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Partai Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah (سابه), Sarawak, dan Tanah Melayu (تنه ملابو) untuk membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka. Pada 1967, Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung baginda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Bandar Brunei atau Brunei Town, telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986. Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada 1 Januari 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya. [sunting] Politik dan kerajaan Sultan Brunei, DYMM Sultan Hassanal Bolkiah Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Brunei Brunei merupakan sebuah negara yang menjalankan sisitem pemerintahan monarki mutlak. Sultan Hassanal Bolkiah yang gelarannya diturunkan dalam wangsa yang sama sejak abad ke-15, ialah ketua negara serta ketua kerajaan Brunei pada masa kini. Baginda dinasihati oleh beberapa majlis dan sebuah kabinet menteri, walaupun baginda secara berkesan merupakan pemerintah tertinggi. Sistem politik di Brunei ditetapkan oleh perlembagaan dan berdasarkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB). Tiga komponen MIB adalah: Kebudayaan Melayu Agama Islam Sistem politik dibawah pemerintahan beraja Negara Brunei tidak mempunyai badan perundangan. Pada September 2004, Sultan Brunei mengadakan persidangan Parlimen yang tidak pernah bersidang sejak kemerdekaan pada tahun 1984. Parlimen ini tidak mempunyai kuasa selain daripada menasihati sultan disebabkan oleh pemerintahan mutlak oleh Sultan. Brunei ialah salah satu daripada negara yang paling stabil dari segi politik di Asia. Brunei seperti sesetengah negara yang lain juga menuntut beberapa kawasan tuntutan seperti wilayah di Sarawak iaitu Limbang dan kawasan Kepulauan Spratly yang dipertikaikan. Banyak pulau kecil yang terletak di antara Brunei dan Labuan termasuk Pulau Kuraman telah dipertikaikan oleh negara Brunei dan Malaysia. Walau bagaimanapun, pulau-pulau ini diakui sebagai sebahagian daripada Malaysia di peringkat antarabangsa. [sunting] Kebebasan media Media di Brunei sangat memihak kepada kerajaan. Kritikan kepada kerajaan oleh pihak akhbar juga amat jarang. Kerajaan Brunei juga memiliki dan mengendali beberapa buah saluran radio dan televisyen dengan pengenalan TV digital yang menggunakan DVB-T. [sunting] Televisyen Berikut merupakan beberapa saluran televisyen di Brunei: RTB 1 RTB 2 RTB 3 (HD) RTB 4 RTB 5 RTB New Media (Portal permainan) Sebuah syarikat penyiaran swasta dari Malaysia, ASTRO dengan usahasama sebuah syarikat dari Brunei, Kristal Sdn Bhd telah menyediakan perkhidmatan televisyen kabel (TV Kabel) berbayar di negara itu yang dikenali sebagai Kristal-Astro [sunting] Radio Senarai radio-radio yang terdapat di Brunei iaitu: Nasional FM Pilihan FM Nur Islam FM Harmoni FM Pelangi FM Kristal FM (swasta) [sunting] Akhbar Antara akhbar yang terdapat di negara itu ialah: Pelita Brunei (Melayu) Borneo Bulletin (Inggeris) Media Permata (Melayu) The Brunei Times (Inggeris) [sunting] Daerah Rencana utama: Daerah-daerah Brunei Brunei dibahagikan kepada empat daerah: Brunei Muara Belait Tutong Temburong Daerah-daerah Brunei dibahagikan lagi kepada 41 mukim. Pembahagian daerah-daerah di Brunei. Kedudukan Mukim Populasi Bandar/Pekan Berhampiran Daerah 1 Sengkurong 71,700 Jerudong Brunei Muara 2 Gadong (*) 59,610 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 3 Berakas A 57,500 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 4 Kuala Belait 35,500 Kuala Belait Belait 5 Seria 32,900 Pekan Seria Belait 6 Kilanas 31,400 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 7 Liang 18,100 Tiada Belait 8 Pengkalan Batu anggaran 15,000 Tiada Brunei Muara 9 Kota Batu 14,924 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 10 Pekan Tutong 13,000 Pekan Tutong Tutong 11 Berakas B 12,017 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 12 Mentiri 10,872 Tiada Brunei Muara 13 Serasa anggaran 10,000 Pekan Muara Brunei Muara 14 Kianggeh 8,540 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 15 Burong Pinggai Ayer anggaran 8,200 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 16 Keriam 8,000 Tiada Tutong 17 Lumapas 7,458 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 18 Kiudang 7,000 Tiada Tutong 19 Saba anggaran 6,600 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 20 Sungai Kedayan anggaran 6,000 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 21 Sungai Kebun 5,460 Bandar Seri Begawan Brunei Muara 22 Bangar 5,000 Bangar Temburong 23 Bokok anggaran 2,000 Tiada Temburong 24 Telisai 1,287 Tiada Tutong 25 Labi 1,200 Tiada Belait 26 Labu anggaran 1,100 Tiada Temburong 27 Kuala Balai 1,081 Tiada Belait 28 Tanjong Maya 1,000 Tiada Tutong 29 Batu Apoi 807 Tiada Temburong 30 Rambai 239 Tiada Tutong 31 Amo 210 Tiada Temburong 32 Melilas 193 Tiada Belait - Nota: (*) Meliputi dua buah mukim iaitu Gadong A dan Gadong B Mukim-mukim yang lain ialah: Mukim Sengkurong Mukim Tamoi Mukim Kampong Peramu Mukim Bukit Sawat Mukim Sukang Mukim Keriam Mukim Ukong Mukim Lamunin [sunting] Etnik Berdasarkan Lembaga Perlembagaan Negara Brunei Darussalam yang bermula pada tahun 1984, etnik Negara Brunei Darussalam terdiri daripada puak atau rumpun jati secara rasmi di bawah pendaftaran kebangsaan, iaitu:- Melayu Brunei Kedayan Tutong Dusun Belait Murut Bisaya Walau bagaimanapun, penduduk tetap Brunei Darussalam juga terdiri daripada berbilang bangsa seperti bangsa Inggeris, Cina, India serta kaum etnik minoriti dari Sarawak dan Sabah, Malaysia seperti Iban. [sunting] Geografi Lihat Geografi Brunei Keadaan bentuk muka bumi di Brunei Brunei terdiri daripada dua bahagian yang tidak berkaitan iaitu 97% daripada jumlah penduduknya tinggal di bahagian barat yang lebih besar, dengan hanya kira-kira 10,000 orang tinggal di daerah Temburong, iaitu bahagian timur yang bergunung-ganang. Jumlah penduduk Brunei ialah 383,000 orang. Daripada bilangan ini, lebih kurang 46,000 orang tinggal di ibu negara Bandar Seri Begawan. Sebilangan bandar utama termasuk bandar pelabuhan Muara, serta bandar Seria yang mengeluarkan minyak, dan Kuala Belait, bandar jirannya. Di daerah Belait, kawasan Panaga ialah kampung halaman kepada sebilangan besar rakyat asing, disebabkan oleh kemudahan perumahan dan rekreasi Shell Belanda Diraja dan Tentera British. Kelab Panaga yang terkenal terletak di sini. Iklim Brunei ialah tropika khatulistiwa, dengan suhu serta kelembapan yang tinggi, dan sinaran matahari serta hujan lebat pada sepanjang tahun. Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis Tahun Jumlah Min Maksimum (°C) 25.8 24.8 27.2 27.1 27.5 27.1 28.4 28.3 28.0 26.5 24.4 24.0 28.3 Jumlah Min Minimum (°C) 22.1 22.0 22.5 23.9 23.9 24.7 24.1 24.3 25.3 23.1 22.2 23.6 26.2 Taburan Curahan Hujan Purata (mm) 277.7 138.3 113.0 200.3 239.0 214.2 228.8 215.8 257.7 319.9 329.4 343.5 2873.9 [sunting] Ekonomi Lihat Ekonomi Brunei Ekonomi kecil yang kaya ini adalah suatu campuran [keusahawanan] dalam negeri dan asing, kawalan kerajaan, kebajikan, serta tradisi kampung. Pengeluran minyak mentah dan gas asli membentuk hampir separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara Brunei. Pendapatan yang cukup besar daripada pelaburan luar negeri menambah pendapatan daripada pengeluaran dalam negeri. Kerajaan membekalkan semua perkhidmatan perubatan dan memberikan subsidi beras dan isi rumah. Pemimpin-pemimpin Brunei berasa bimbang bahawa persepaduan dengan ekonomi dunia yang semakin bertambah akan menjejaskan perpaduan sosial dalaman, walaupun Brunei telah memainkan peranan yang lebih ketara dengan menjadi pengerusi forum APEC pada tahun 2000. Rancangan-rancangan yang dinyatakan untuk masa hadapan termasuk peningkatan kemahiran tenaga buruh, pengurangan pengangguran, pengukuhan sektor-sektor perbankan and pelancongan, serta secara umumnya, peluasan lagi asas ekonominya. Syarikat Penerbangan Diraja Brunei yang merupakan syarikat penerbangan negara sedang berusaha menjadikan Brunei sebagai pusat untuk perjalanan antarabangsa antara Eropah dan Australia/New Zealand. Syarikat ini juga mempunyai perkhidmatan ke destinasi-destinasi Asia yang utama. [sunting] Demografi Lihat Demografi Brunei Agama di Brunei Agama Peratus Islam   67% Buddha   13% Kristian   10% Lain-lain   10% Jumlah penduduk Brunei adalah seramai 395 027 dimana 75% penduduk tinggal di kawasan bandar (urban). [sunting] Bangsa Melayu: 66.3% (meliputi dua pertiga penduduk Brunei) Cina: 11.2% Pribumi bukan Melayu: 3.4% Lain-lain: 19.1% (anggaran pada tahun 2004) [sunting] Agama Islam ialah agama rasmi Brunei dan Sultan Brunei merupakan ketua agama negara itu. Agama-agama lain yang dianuti termasuk Buddha (dianuti oleh kaum Cina), Kristian (10%) serta kepercayaan animisme (dengan jumlah yang amat kecil iaitu kira-kira 2%). [sunting] Bahasa Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di negara ini. Bahasa Melayu yang digunakan di Brunei adalah berbeza daripada negara Nusantara yang lain kerana penduduk Brunei menggunakan loghat Melayu Brunei sebagai alat pertuturan dan perbualan. Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris turut dipertuturkan. Bahasa kaum pribumi bukan Melayu yang juga digunakan ialah Bahasa Iban, Bahasa Murut, Bahasa Kedayan, Bahasa Belait, Bahasa Bisaya, Bahasa Tutong dan Bahasa Dusun. Bahasa Inggeris juga dipertuturkan secara meluas dsan dipelajari dalam institusi pendidikan serta terdapat golongan ekspatriat yang agak besar dengan kebanyakannya warganegara British serta Australia. [sunting] Budaya Lihat Budaya di Brunei Budaya Melayu Brunei seakan sama dengan budaya Melayu di Semenanjung Malaysia, dengan pengaruh kuat daripada Hindu dan Islam, tetapi kelihatan lebih konservatif berbanding Malaysia. Jualan dan penggunaan alkohol diharamkan, dengan orang luar dan bukan Islam dibenarkan membawa 12 tin bir dan dua botol spirit setiap kali mereka masuk negara ini. Selepas pengenalan larangan pada awal 1990an, semua pub dan kelab malam dipaksa tutup. [sunting] Seni dan warisan Seni disenaraikan di Brunei terdiri daripada pelbagai jenis cabang termasuk: Puisi, seperti pantun, sajak, syair dan sebagainya Sastera dan bahasa, seperti koleksi buku-buku novel, sejarah, peribahasa, perambahan Brunei, bidalan, hikayat dan sebagainya Muzik tradisional, termasuklah iramanya, rentaknya dan alat-alatnya yang tertentu Lagu-lagu asli dan lagu-lagu rakyat, seperti Samalindang Tarian tradisional dan teater, seperti zapin, joget, alai sekap, adai-adai dan sebagainya Lukisan Kraftangan, seperti menenun kain jong-sarat dan menganyam seperti membuat bakul seperti tekiding Memburis perahu, seperti perahu tambang Pertukangan tangan, seperti emas dan perak untuk barang perhiasan Senjata seperti keris Pakaian, perhiasaan dan kustom negara, seperti pakaian etnik negara Seni mempertahankan diri, seperti pencak silat Pantang larang Adat, seperti adat perkahwinan Adat-istiadat negara Makan sirih pinang. [sunting] Lihat juga Komunikasi di Brunei Pelancongan di Brunei Ketenteraan di Brunei Pengangkutan di Brunei Hubungan Luar Brunei Tentera laut Diraja Brunei Polis Diraja Brunei Dolar Brunei Akhbar Brunei Istana Nurul Iman [sunting] Pautan luar Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Brunei Pengertian Brunei dalam Wiktionary bahasa Melayu, sebuah kamus bebas.

1 ulasan:

  1. salam kenal

    saya dennis berasal dari Indonesia
    saya sangat tertarik juga menonton acara tv dari parabola dan saya punya parabola
    ini adalah blog saya yang membahas seputar parabola tvkuindo.wordpress.com
    untuk email saya s1xp4x@yahoo.com
    semoga kita dapat berbagi informasi seputar parabola
    thanks

    BalasPadam


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin