Isnin, 18 April 2011

FILIPINA

Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut. Filipina adalah salah satu dari hanya dua negara (satu lagi adalah Timor Leste) sahaja yang penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di benua Asia di mana agama Islam, Hindu atau Buddha lebih popular. Dahulu, Filipina merupakan antara negara paling maju di rantau Asia Tenggara, namun sekarang telah ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonominya semakin merosot dan masalah penyelewengan yang berleluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan peyumbangan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah. Masalah utama yang dihadapi Filipina kini ialah tuntutan puak pemisah Islam di pulau Mindanao di bahagian selatan untuk berpisah dari Filipina, ancaman puak komunis di utara, dan kerosakan habitat dan alam sekitar disebabkan oleh pencemaran dan pembangunan yang tidak dirancang. Isi kandungan[sorokkan] 1 Sejarah 2 Politik 3 Daerah 4 Geografi 5 Ekonomi 6 Demografi 7 Budaya 8 Makanan 9 Pengangkutan 10 Pakaian 11 Lihat juga 12 Pautan luar [sunting] Sejarah Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Filipina Negara ini mendapat nama Philippines (Filipina) dari penjajah Sepanyol yang mengambil nama raja mereka pada ketika itu iaitu, Raja Philip II. Nama ini diberikan oleh penjelajah Sepanyol, Ruy Lopez de Villabolos pada mulanya hanya ditujukan kepada Pulau Leyte dan Pulau Samar sahaja, tetapi lama kelamaan nama "Las Islas Filipinas" digunakan untuk merujuk keseluruhan kepulauan tersebut. Lama sebelum itu nama yang pernah digunakan adalah "Islas del Poniente" yang bermaksud Kepulauan Di Bahagian Barat atau nama yang diberikan oleh Ferdinand Magellan, penjelajah pertama Eropah kesitu iaitu, "San Lazaro". [sunting] Politik Rencana utama: Politik Filipina Filipina adalah kerajaan berbentuk kesatuan berpresiden, dengan Presiden merupakan ketua negara dan ketua kerajaan serentak, selain merupakan panglima besar angkatan tentera. Presiden dipilih melalui undian popular untuk enam tahun, dan bebas untuk melantik dan mengetuai kabinet sendiri [1]. Kongres dwidewan Filipina terdiri dari Senat (dewan atas) dan Dewan Perwakilan Filipina (dewan bawah). Kuasa kehakiman pula terletak di bawah Mahkamah Agung, yang terdiri dari Hakim Besar dan empat belas hakim lain, semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Peguam dan Kehakiman [1]. Filipina merupakan salah satu pengasas dan ahli aktif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain ahli pengasas Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Filipina juga merupakan ahli Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Kesatuan Latin dan G24. Negara ini juga merupakan sekutu bukan-NATO utama A.S. dan pada masa yang sama merupakan ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) [1]. Filipina terlibat dalam pertikaian bertindih keatas kedaulatan Kepulauan Spratly dan Beting Scarborough yang juga dituntut secara sebahagian atau keseluruhan oleh negara China, Taiwan, Vietnam, Brunei Darussalam dan juga Malaysia. Ia juga menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia, Sabah, secara sebahagian atau keseluruhan sebagai sebahagian dari wilayah kekuasaan Kesultanan Sulu yang sekarang adalah sebahagian dari negara Filipina. [2]. [sunting] Daerah Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Filipina [sunting] Geografi Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Filipina [sunting] Ekonomi Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Filipina Filipina terkenal dengan pertanian padi bukitnya. Ini diperkenalkan kira-kira 2,000 tahun lalu oleh puak Batad. Padi-padi bukit tersebut terletak di lereng-lereng Gunung Ifugao, dan terletak di ketinggian sehingga 5,000 kaki dari aras laut. Keluasannya mencakupi 4,000 batu persegi serta diusahakan secara tradisional tanpa penggunaan jentera. Ia diiktiraf sebagai salah satu Warisan Dunia oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization) pada tahun 1995.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin