KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Isnin, 11 April 2011
MEMULIH DARIPADA KELAHIRAN.
Anda sudah bekerja keras melahirkan bayi anda. Kini badan anda memerlukan sedikit masa untuk kembali normal, jadi bersabarlah. Kami menjelaskan apa yang anda akan rasai pada hari-hari yang akan datang. Kenapakah saya sentiasa mahu kencing? Sepanjang kehamilan, badan anda bekerja keras untuk menyimpan air. Kini badan anda kembali normal, semua cecair itu perlu keluar. Semua cecair, tisu-tisu dan darah berlebihan yang diperlukan semasa hehamilan harus dilarutkan, dan akan keluar melalui ginjal sebagai urin. Pada hari-hari selepas bersalin, anda akan kencing dengan lebih kerap, dengan jumlah yang lebih banyak. Ini adalah satu cara badan anda mengeluarkan cecair berlebihan. Anda juga akan banyak berpeluh. Anda mungkin ingin hendak lebih banyak mandi pada fasa ini. Kaki dan pergelangan kaki anda mungkin juga bengkak sementara cecair berlebihan dalam badan anda dialihkan. Ia mungkin lebih daripada bengkak yang dialami semasa kehamilan. Walaupun badan anda sedang cuba mengeluarkan cecair, anda masih perlu minum banyak untuk memelihara kesihatan pundi kencing anda. Hidrasi yang baik juga akan menolong anda mengelakkan konstipasi. Jika anda menyusu badan, anda akan berasa haus, jadi pastikan ada minuman diletakkan berdekatan bila anda menyusu bayi. Adakah normal jika saya tidak sedar yang saya perlu kencing? Ya, tetapi jangan bimbang, keadaan ini tidak akan kekal. Ia disebabkan saraf-saraf yang bersambung ke lantai pelvis anda diregangkan semasa kelahiran bayi anda. Ia menyebabkan otot-otot anda kebas sementara. Kebocoran urin bila anda batuk, bersin, ketawa atau membuat senaman adalah biasa selepas melahirkan bayi. Pada akhir kehamilan, lantai pelvis anda amat tertekan. Berat uterus, bayi anda, termasuk plasenta dan cecair amnion, semua membebankan otot-otot anda. Bila anda melahirkan, otot-otot lantai pelvis telah melendur dan meregang untuk membolehkan bayi anda keluar. Anda boleh menguatkan lantai pelvis dengan senaman-senaman khas. Pada mulanya, anda mungkin tidak merasa seberapa bila membuat senaman tersebut. Anda mungkin tidak berupaya membuat seberapa melainkan menyentap sedikit. Terus mencuba. Anda boleh tanyakan jururawat atau doktor anda jika anda dapati teknik anda tidak tepat. Lantai pelvis yang lebih kuat boleh menyelesaikan masalah ini dalam beberapa minggu. Tetapi jika anda dapati ini tidak membantu, tanya doktor anda. Anda mungkin perlu berjumpa pakar urologi. Apakah sakit-sakit kekejangan perut yang saya alami ini? Anda sedang terasa uterus (rahim) anda mengecut balik ke saiz asalnya sebelum kehamilan. Sebelum bayi anda dilahirkan, uterus anda adalah lebih kurang 25 kali ganda saiz pra-kehamilannya. Dalam beberapa minit selepas kelahiran, ia mula mengecut, menggenggam seperti penumbuk. Serat-seratnya yang silang-menyilang mengetat sama seperti ia mengetat untuk menolak bayi anda keluar, menyebabkan kekejangan yang diberi nama kesakitan susul. Ia mungkin terasa seperti sakit haid. Ia mengambil beberapa minggu dan bukan beberapa hari untuk uterus anda kembali ke saiz normalnya. Doktor akan memeriksa uterus anda pada lawatan posnatum anda. Dia akan meletakkan tangan di atas perut anda untuk mengesan tahap teratas uterus anda dibanding dengan pusat and tulang pubis anda. Beritahu dia jika ini menyebabkan sebarang kesakitan, kerana ia mungkin tanda infeksi. Lapisan luar sel yang mengalas uterus anda semasa kehamilan mula tanggal dan keluar dari dalam badan anda sebagai lelehan sama seperti darah haid dan diberi nama lokia. Ini mungkin berlangsung untuk tempoh selama enam minggu. Mula-mula ianya merah terang, kemudian dengan perlahan warnanya menjadi lebih cerah, sehingga memudar ke merah jambu, kemudian kuning keputihan sebelum ia behenti. Mengapa saya masih kelihatan seperti hamil? Otot-otot perut anda yang telah diregang dan dilemahkan memerlukan masa untuk mengecut. Selepas kelahiran vagina, anda patut membuat senaman otot-otot perut secepat mungkin. Ini akan menolong anda mendapatkan bentuk badan yang asal, dan juga mengurangkan kebarangkalian anda mendapat sakit pinggang. Mulakan dengan program senaman lembut. Dengar nasihat bidan atau pakar fisioterapi sebelum bermula jika anda mengalami sakit pinggang atau pelvis semasa kehamilan. Bolehkah saya menyusu badan? Sebaik sahaja anda melahirkan bayi, badan anda terus bekerja. Refleks menghisap bayi anda, bersama dengan dua hormon yang dipanggil oksitosin dan prolaktin, merangsangkan pengeluaran susu badan. Jika sesi-sesi awal penyusuan badan menyebabkan sakit kekejangan perut, ia adalah kerana oksitosin juga merangsangkan pengecutan uterus, atau kesakitan susul. Setiap kali anda menyusui bayi anda, badan anda menghantar isyarat ke otak anda untuk menghasilkan lebih banyak hormon yang membuat susu badan. Ia adalah proses permintaan dan penawaran. Jika anda bercadang tak mahu menyusu badan, badan anda akan mula menghasilkan susu juga, mungkin menyebabkan payudara anda terasa sangat penuh. Tetapi tanpa permintaan seterusnya, susu badan anda akan kering. Susu pertama dipanggil kolostrum, dan hanya dihasilkan dalam kuantiti yang kecil. Selepas dua hingga lima hari, susu anda akan sampai. Hampir semua ibu berjaya menghasilkan susu yang cukup. Jika anda bimbang yang bayi anda tidak menerima susu yang secukupnya, bincang dengan jururawat atau pakar penyusuan. Anda mungkin mendapati yang ia adalah kerana bayi anda tidak melekap pada payudara dengan cara yang betul. Baca lebih lanjut untuk tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda menerima susu badan yang secukupnya. Bilakah saya boleh duduk dengan selesa? Ramai ibu yang melahirkan bayi melalui vagina mengalami koyakan kecil di bahagian antara vagina dan anus (perineum). Ini biasanya pulih dengan cepat, tetapi koyakan yang lebih serius atau potongan (episiotomi) mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih. Jahitan mungkin menyebabkan kesakitan untuk beberapa hari atau pun beberapa minggu. Bincang dengan doktor jika anda risau tentang kesakitan atau pemulihan perineum, dan jangan lupa senaman lantai pelvis anda. Membuat senaman-senaman itu mungkin meredakan pembengkakkan dan mempercepatkan pemulihan. Kenapakah emosi saya tak menentu? Seperti semua ibu baru, emosi anda turun naik. Ada banyak sebab anda begini, termasuk: ketidakselesaan fizikal selepas kelahiran bayi anda; tuntutan harian penjagaan bayi yang baru lahir; rasa bimbang ibu baru; tidak cukup tidur; perubahan-perubahan hormon.Apapun sebabnya, adalah normal bagi anda merasa tak berdaya atau senang menangis semasa dua minggu pertama - ini dikenali sebagai murung bayi. Tetapi jika perasaan ragu-ragu, putus asa dan rasa tak senang tidak hilang selepas dua minggu, beritahu doktor anda. Anda mungkin meroyan (kemurungan posnatum), dan jika begitu, anda memerlukan pertolongan untuk memulakan proses pemulihan. Saya begitu letih. Bagaimana saya boleh menghadapinya? Jika hanya dengan membaca tentangnya membuat anda penat sehingga nak tidur, tak hairanlah. Transformasi dramatik dari seorang wanita hamil kepada seorang ibu memang meletihkan. Dalam masa beberapa minggu saja, badan anda menukar kembali kepada asal perubahan-perubahan yang telah mengambil masa sembilan bulan untuk berlaku. Adalah idea yang baik untuk berehat pada siang hari bila-bila bayi anda tidur. Ini mungkin sukar jika anda ada anak lain yang perlu dijaga, jadi cubalah tanyakan kawan atau saudara yang berdekatan untuk pertolongan mereka. Anda boleh mengatasi semua ini dengan dibantu dan dilekakan oleh apa yang gilang gemilang: bayi baru anda yang cantik molek.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan