Ahad, 3 April 2011

AMERIKA SUKA MENGAMBIL TAHU KISAH NEGARA ORANG.

Saya sebagai rakyat malaysia tidak suka perbuatan amerika yang suka mengambil tahu negara orang.Bagi saya Amerika adalah musuh islam untuk membunuh orang yang tidak berdosa seperti di Iraq.Baru-Baru ini di negara Libya banyak yang terkorban dan tercedera.Bagi pandangan saya Amerika tidak sepatutnya membunuh orang yang tidak berdosa.Saya berasa hairan kenapa negara islam seperti Tehran Iran membina bom nuklear amerika suka mengambil tahu bahkan negara yahudi atau Israel tidak ada apa-apa pun,jika negara islam ada sahaja yang tidak kena.Bagi negara yang bukan islam boleh memberi membina bom nuklear seperti China,jepun,India,dan lain-lain negara lagi.Bagi pandangan saya negara Israel yang membunuh beribu-ribu penduduk palestine tidak apa satu tindakan yang di ambil oleh amerika.Sekiranya negara islam amerika melemparkan bom serta peluru berpandu ke arah orang-orang yang tidak berdosa.Saya juga berasa bersimpati kepada rakyat iraq,libya dan lain-lain negara,sungguhpun bukan negara kita tapi ada keinsafan dan bertimbang rasa.Begitulah juga negara malaysia yang suka menagung-agungkan bahasa asing seperti contoh Bahasa Inggeris sampai matematik dan sains di alihkan ke dalam bahasa inggeris jika hendak ikutkan akta rasmi bahasa rasmi adalah bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu.Sepatutnya kerajaan malaysia mementingkan bahasa ibunda kita ini tidak semua di alihkan ke dalam bahasa inggeris.Jika hendak ikut sejarah baratlah yang menjajah di tanah melayu segala bahan-bahan sejarah habis di ambil oleh british dan di simpan muzium british cuma yang tinggal replika atau tiruan sahaja yang ada di malaysia.Bagi pandangan saya,saya bukan hendak kutuk cuma kita sebagai rakyat malaysia perlu mementingkan bahasa ibunda kita.Bagi pandangan saya kebanyakkan kerajaan malaysia mengubah tatasusila kebudayaan melayu samalah seperti bahasa jawi tidak ada kelas bahasa jawi,kebanyakkan apa yang saya lihat semua terikut dengan budaya barat.kemanakah nilai-nilai murni kebudayaan masyarakat melayu?.Walaupun saya sebagai masyarakat thai malaysia ada juga nilai-nilai kebudayaan thai dan juga tradisi thai.Masyarakat thai tidak melupa bahasa thai serta adat tradisi.Kita sebagai masyarakat melayu terikut dengan budaya barat dan trend barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin