Isnin, 4 April 2011

KISAH MASYARAKAT YANG BERAGAMA BUDDHA.

Phra biksu dahulu tidak begitu banyak masa terluang kerana masa yang ada digunakan untuk mempraktis Dhamma, mengajar Dhamma dan tugasan-tugasan berkaitan keagamaan. Oleh itu, jarang kita lihat phra biksu meninggalkan wat kerana mereka terikat dengan rutin, tugasan dan tanggungjawab sebagai pewaris ajaran Buddha. Malahan hendak balik ke rumah menziarahi ibu bapa pun tidak boleh selalu kerana phra biksu hanya sesuai tinggal di wat. Dunia berubah, phra biksu pun berubah. Satu dunia dijelajah mereka, bukan untuk menyebarkan Dhamma seperti Biksu dari Benua India dahulu, tetapi pergi makan angin. Praktis Dhamma juga semakin kurang, sebaliknya menyibuk dengan aktiviti kharawas (masyarakat umum). Lalu tidak hairanlah apabila phra biksu aktif bersama persatuan orang Siam, sebagai penaung, penasihat atau pemerhati sewaktu mesyuarat tahunan. Dan yang paling kelakar apabila phra biksu jadi penasihat persatuan wanita. Tahu sangatkah phra biksu tentang wanita sehingga sanggup jadi penasihatnya? Masalah wanita terlalu rumit berbanding masalah lelaki. Masalah memilih jenama dan jenis tuala wanita sahaja boleh memeningkan kepala. Bolehkah phra biksu beri nasihat tentang masalah ini? Wajarkah phra biksu aktif dengan persatuan kharawas? soalan ini pasti ada pro dan kontranya. Sebelum menjawab soalan ini, adalah baik lihat persatuan Khanak Song Malaysia. Persatuan Bhikkhu ini umpama mati segan, hidup tak mahu. Aktiviti keagamaan sangat kurang. Para belia semakin menjauhkan diri daripada wat dan agama Buddha. Pengetahuan agama di kalangan orang Siam begitu mengecewakan. Walaupun kebanyakan wat ada sekolah/kelas Bahasa Thai/Dhamma, tetapi produknya tidak begitu berkualiti. Mempunyai Sijil Nak Tham A tetapi penguasaan Dhamma tulen begitu cetek. Apabila bercakap Dhamma, merapu entah ke mana. Bahkan phra biksu sendiri ramai yang tahu merapu daripada bercakap betul tentang Dhamma. Oleh sebab orang Siam menganggap semua yang keluar dari mulut phra biksu adalah benar belaka, maka merapu pun dianggap benar. Produk sekolah bahasa Thai/Dhamma tidak begitu berkualiti bukan tohmahan membuta tuli, tetapi suatu hakikat yang harus ditelan oleh masyarakat Siam biarpun pahit. Perhatikan tingkah laku, moraliti dan kehidupan mereka yang ada sijil Nak Tham/Dhamma Seuksa. Berapa orangkah yang menjalani kehidupan sebagai Ubasok dan Ubasika? Jawabnya tidak ramai. Inilah bukti bahawa sekolah Dhamma gagal melahirkan insan yang terpuji. Bagaimana pula dengan aktiviti Samadhi (meditasi) di kalangan masyarakat Siam? Jawapnya amat mengecewakan. Berapa banyak pusat meditasi yang diusahakan oleh phra biksu Thai di Malaysia? Jawabnya, boleh dihitung dengan jari kaki. Meditasi cara buddha tersebar ke seluruh dunia, tetapi phra biksu memandang sepi perkara ini. Tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan bagi mengajak orang pergi meditasi. Hanya meditasi manusia mampu melepaskan diri daripada Dukkha. Membebaskan manusia daripada Dukkha adalah amanah yang diberikan oleh Baginda Buddha kepada phra biksu. Namun, realitinya orang Siam semakin jauh daripada Dhamma. Walaupun masih ramai pergi wat sewaktu ada upacara keagamaan, tetapi mereka pergi kerana tuntutan tradisi, bukan kerana kesedaran Dhamma. Khanak Song Malaysia patut berasa bimbang tentang hal ini dan mencari satu kaedah yang konkrit bagi mengatasinya. Namun, apa yang kita lihat adalah sebaliknya. Khanak Song tidak melakukan apa-apa. Phra biksu pula sibuk dengan rutin sendiri. Sesetengahnya pula sibuk 9menyibuk) dengan persatuan khrawas. Persatuan Bhikkhu pun tidak terurus, kenapa mahu sibuk dengan persatuan kharawas? Biarlah kharawas uruskan sendiri urusan mereka. Phra biksu tumpu kepada usaha menyebarkan Dhamma sudah mencukupi. Menyibuk dengan persatuan khrawas bermakna sengaja menambahkan kiles di hati. Kalau mahu popular sekalipun, carilah cara yang sesuai. Menyebarkan Dhamma jikalau kena dengan caranya boleh popular. Phra biksu patut dapat membezakan mana tugasan phra biksu dan mana tugasan kharawas. Tugasan kharawas, biarlah kharawas uruskan - tugasan lelaki biarlah lelaki uruskan, tugasan wanita biarlah wanita uruskan, phra biksu tidak perlu masuk campur. Masalah persatuan kharawas terlalu rumit, penuh dengan kiles, laratkah phra biksu berikan nasihat? Nasihatlah diri sendiri terlebih dahulu. Posted by pena reformasi at 8:10 PM 4 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-1097202808700008964")); } Thursday, March 10, 2011 ไม่ประมาท พระพรหมคุณาภรณ์(ป.อ.ปยุตฺโต ป.ธ.๙)ในเรื่องนี้ มีเหตุผลที่ละเอียดอ่อนอีกชั้นหนึ่ง คือว่า แม้แต่ที่เราพูดไม่จริงเพราะหวังดีต่อเขานั้น เมื่อมองลึกลงไปอีกจะเห็นว่า การที่เราไม่ให้เขารู้ความจริงนั้นอาจจะเป็นการตัดรอนประโยชน์ของเขาในอีกระดับหนึ่งก็ได้ แต่สำหรับตอนนี้นั้น แน่นอนว่าถ้าเขารู้ความจริง ในขณะที่เขาไม่พร้อมที่จะรับรู้นี้ เขาจะไม่ได้ประโยชน์นั้น แต่แทนที่จะได้ประโยชน์ เขาจะทรุด หรืออาจจะถึงแก่กรรมไปเสียก่อน ตรงนี้เราจึงต้องปฏิบัติด้วยความตระหนักเท่ากันและไม่ประมาท ไม่ใช่พูดให้เขาสบายใจเฉพาะหน้าพ้นๆ ไป ต้องทำด้วยความคำนึงมองข้างหน้าโดยทำไว้ในใจถึงประโยชน์ระยะยาวที่อาจจะเหนือขึ้นไปที่ว่าไม่ประมาท คือไม่มองข้าม ไม่ละเลยการคำนึงประโยชน์ของคนที่มีได้หลายขั้นหลายระดับ อย่างบางคน เมื่อใจเขาพร้อมที่จะยอมรับความจริงได้ เขาจะได้เตรียมใจเตรียมชีวิตอะไรของเขาได้ ซึ่งอาจจะเป็นประโยชน์ขั้นสุดท้ายของชีวิต ซึ่งเป็นประโยชน์อย่างสูงสุดที่ชาวพุทธเรียกว่า ปรมัตถะ เลยก็ได้ ทั้งนี้ก็ขึ้นต่อกัลยาณมิตรผู้สามารถในกรณีเมื่อกี้นั้น ท่านอาจจะยอมให้ว่า แพทย์หรือพยาบาล เป็นต้น คนนี้ทำได้แค่นี้ เอาละ มีเจตนาดี ก็หลอกคนไข้ไว้ก่อน แค่ไม่บอกความจริงว่าเขาเป็นโรคร้ายอันนี้ ก็ช่วยเขาไปขั้นหนึ่ง แต่เราอาจจะต้องหาหรืออาศัยอีกคนหนึ่งที่มีความสามารถในด้านนี้มาพูดจาจนกระทั่งว่าคนไข้ยอมรับความจริงได้ แล้วก็บอกความจริงแก่เขา เพราะว่าถ้าเขาจะต้องตายแน่ๆ เวลาที่เหลือของเขานั้นน่าจะเป็นเวลาที่มีค่ามีประโยชน์ที่สุดในชีวิตของเขาเพราะฉะนั้น ท่านจึงไม่ยกเว้นให้โดยสิ้นเชิง มิฉะนั้นเราจะประมาท แล้วเราก็จะปล่อยปละละเลย เราบอกตัวเองว่า เอาละเราหวังดีต่อคนไข้ เราก็หลอกให้เขาสบายใจไปแล้ว แล้วก็จบ ที่จริงไม่จบหรอก ยังจะต้องพัฒนาเขาให้เขาพร้อมอีกขั้นหนึ่ง ให้ถึงขั้นที่ทั้งเราและเขาไปพบอยู่กับความจริงด้วยกันอย่างเบิกบานผ่องใสแต่ก็อย่างที่บอกเมื่อกี้ เป็นอันว่า การไม่พูดความจริง โดยไม่มีเจตนาเบียดเบียน ไม่ใช่มุสาวาทแท้ เพราะมุสาวาทแท้อยู่ที่เจตนาเบียดเบียน จะตัดรอนประโยชน์ของเขา อันนี้พอจะใช้กันได้หรือเปล่ากับเรื่องอาชีพที่ว่านั้นคุณพ่อ: "ตรงประเด็นที่พระคุณเจ้าพูดครับ แต่ว่าผมยังกังวลว่าเรื่องลักษณะอย่างนี้มา เราจะสอนเด็กแล้วก็ให้เด็กเข้าใจจะได้ไหมครับ เพราะอย่างพระคุณเจ้าพูดนี่ผมเข้าใจว่าเราควรทำกันในลักษณะไหน แค่ไหน ถ้ายังจำเป็นต้องถ่ายไปที่เด็กนี่จะทำได้ไหมครับ"อันนี้เป็นเรื่องที่สัมพันธ์กับการพัฒนาของเด็ก ที่เราจะต้องดูว่า เรื่องไหนควรจะบอกจะสอนเขาได้เมื่อใด คือดูขั้นของความพร้อม แต่โดยหลักการเราจะบอกว่า มนุษย์เป็นผู้ที่พัฒนาได้ เมื่ออันนั้นดีและเป็นไปได้แก่มนุษย์ การศึกษาก็ต้องทำให้ได้ในขั้นนี้ก็คิดว่า สำหรับเด็ก ก็คือให้เขารู้เข้าใจกว้างๆ ว่า ให้ดูที่เจตนาว่าเราไม่ต้องการทำ ร้ายเขา ไม่เบียดเบียนเขา เราหวังดีต่อเขา การที่เรารักษาศีล 5 จะมีศีล 5 นี่ ทุกข้อเลยมุ่งหมายเพื่อจะไม่เบียดเบียนกัน ไม่ทำร้ายกัน แล้วก็อยู่กันด้วยความหวังดี ปรารถนาดีต่อกัน เป็นมิตรต่อกัน ช่วยเหลือเกื้อกูลกัน ให้อยู่กันด้วยไมตรี มีเมตตากรุณา เจตนารมณ์ของศีลก็อยู่ที่นี่แหละศีลเว้นเบียดเบียน หนุนด้วยศีลเกื้อกูลอ้อ...ขอเพิ่มอีกหน่อย มีศีลฝ่ายบวกด้วยนะ ศีลฝ่ายบวกนี้บางทีโยมไม่ได้นึกถึงกันเลย ศีลไม่ใช่มีแต่เรื่องละเรื่องจะเว้นอย่างเดียวหรอก สังคหวัตถุ 4 ก็เป็นศีลทั้งหมด คือ ทาน (เผื่อแผ่ให้ปัน) ปิยวาจา (พูดด้วยใจรักกัน) อัตถจริยา (ทำประโยชน์แก่กัน) สมานัตตตา (สมานตัวเข้าด้วยกัน) เราถือศีล 5 นี่ เราไม่เบียดเบียนใครแล้วใช่ไหม เสร็จแล้ว เหนือกว่านั้น เรายังมาสังคหะ ช่วยเหลือกัน ยึดเหนี่ยวกันไว้ ด้วยทาน ด้วยปิยวาจา ด้วยอัตถจริยา ด้วยสมานัตตตาอีก นี่ก็อยู่ในระดับศีลเหมือนกัน ฉะนั้น เจตนารมณ์ของศีลจึงได้พูดว่าสัมพันธ์กับสิ่งแวดล้อม ในทางที่ไม่เบียดเบียนแต่เกื้อกูล. Posted by pena reformasi at 9:31 PM 0 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-341946678371966055")); } Monday, March 7, 2011 Kenapa Orang Cepat Mati? Dalam satu sutta (Pancakkanibata-Angkuttara Nikaya), Baginda Buddha menyatakan bahawa manusia yang dilahirkan singkat usianya kerana dalam kehidupan dahulu dia suka membunuh hidupan bernyawa. Manakala bagi kehidupan sekarang, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan manusia cepat mati atau pendek usia. Antaranya ialah: 1. Tidak tahu mencari keselesaan untuk diri. Kehidupan yang selesa ialah kehidupan yang tidak tidak perit, pahit atau sukar. Kehidupan yang selesa ini akan membebaskan seseorang daripada penderitaan mental dan fizikal yang melampau. Tanpa keselesaan, manusia akan didatangi pelbagai masalah kehidupan, termasuk tekanan jiwa, gangguan emosi dan kecamukan fikiran. Kesemua ini akan menyebabkan seseorang menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit. 2. Mengecapi keselesaan yang berlebihan. Keselesaan yang tidak terhad dan berlebihan mengundang musibah kerana ia mengakibatkan seseorang lalai, lupa diri dan sombong. Ketiga-tiga sifat ini jikalau dibiarkan bakal mengundang malapetaka yang besar. (Dalam sutta lain dianjurkan kesederhanaan). 3. Makan makanan yang sukar dihadam, berlebihan dan tidak seimbang. Perut punca utama penyakit. Makanan yang sukar dihadam di sini merujuk kepada semua jenis makanan yang sukar dicerna untuk diserap ke dalam darah dan dibuang keluar sisanya. Makanan begini akan membawa masalah kepada badan. Makan berlebihan dan tidak seimbang akan mendatangkan pelbagai penyakit. 4. Bertandang ke tempat yang tidak sesuai. Bertandang, berjalan atau berhibur ke tempat yang dilarang, berbahaya dan tidak selamat bakal mengundang musibah. Pusat perjudian, pusat hiburan malam, kawasan jenayah, negara dilanda peperangan dan negara dilanda wabak penyakit antara contoh tempat yang tidak selamat dikunjungi. 5. Tidak mengamalkan kehidupan Brahma (Phrom). Mengamalkan kehidupan Phrom bermaksud mengamalkan sifat Phrom iaitu Metta, Karuna, Mudita dan Ubekkha. Empat sifat ini yang dinamakan Phrom Viharn 4 sangat digalakkan dalam agama Buddha. Siapa yang mengamalkan kehidupan Phrom, pasti kehidupannya aman dan selesa. 6. Tidak ada Sila (moraliti). Sila membawa kebahagiaan kepada manusia. Sila membawa manusia ke Nirvana (pembebasan minda). Penjenayahan, pergaduhan, pertengkaran, penganiayaan, penderaan, pembunuhan sehinggalah kepada peperangan kerana manusia melanggar Sila. 7. Mempunyai kawan yang jahat. Kawan yang baik membawa kita ke arah kebaikan. Kawan yang jahat membawa kita ke arah kejahatan. Berkawan sangat ditekankan dalam agama Buddha. Kita dinasihakan agar memilih kawan dengan betul. Ramai orang yang rosak kerana kawan. Biarkan tidak ramai kawan daripada berkawan dengan orang yang membawa kita ke lembah kedurjanaan. Ramai kawan pun jikalau tidak baik, apabila kita dalam kesusahan, semuanya lari meninggalkan kita. Kawan yang baik merangsang kita membuat kebaikan. Kawan yang tidak baik, mempengaruhi kita melakukan perbutan tidak bermoral dan melanggar Sila. Inilah antara punca seseorang pendek usia atau cepat mati pada zaman Buddha dahulu. Pada zaman moden ini, puncanya mungkin bertambah banyak. Walau bagaimanapun Baginda Buddha menasihati kita agar menjauhi punca-punca yang boleh menyebakan kita cepat mati. Kematian adalah satu kerugian kerana kita hidup untuk mengamalkan kebaikan. Alang-alang dilahirkan sebagai manusia, buatlah kebaikan sebanyak yang mampu. Posted by pena reformasi at 8:14 PM 2 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-7720289769131505086")); } Sunday, February 27, 2011 PSM Bakal Mengikut Jejak Dhammakaya? Tidak memeranjatkan apabila Encik Siri Neng Buah dipilih jadi Presiden Persatuan Siam Malaysia. Sebelum ini pun ada kedengaran bahawa Siri paling layak memegang jawatan tersebut selepas Siew Chun. Boon Som, walaupun ada jawatan Senator, tidak popular di dalam PSM. Datuk Sawai pula sudah berjauh hati dengan PSM. Setelah PSM cawangan Selangor dan Kuala lumpur ditamatkan riwayatnya, saya tak pasti sama ada Datuk Sawai menyertai cawangan lain. Walau bagaimanpun pemilihan Siri adalah tepat kerana persatuan seperti PSM patut dipimpin oleh orang seperti Siri. Siri seorang yang berpengaruh di kalangan masyarakat Siam. Pengaruh beliau lebih menyerlah di Kedah berbanding di Kelantan. Orang Siam Kedah lebih mengenali beliau daripada orang Siam Kelantan. Orang Siam Terengganu tidak usah disebut kerana itu tempat kelahiran beliau. Dari satu segi, Siri seorang reformis agama. Beliau bertanggungjawab membawa Dhammakaya ke Malaysia, khasnya Kuala Lumpur. Diharapkan beliau akan menerapkan falsafah reformasi Dhammakaya kepada anggota PSM agar dapat dijadikan contoh teladan oleh persatuan-persatuan lain. Dhammakaya walaupun tidak diiktiraf Khanak Song Thailand, aliran tersebut bukan sebuah pertubuhan agama yang "makan tidur" seperti pertubuhan agama di tempat kita. Dhammakaya mementingkan pendidikan dan pembangunan insan. Ketua Dhammakaya tidak loket ilmu, selalu beri ceramah Dhamma, tidak seperti Ketua Agama di tempat kita yang berat tulang. Disiplin pengikut Dhammakaya lebih hebat daripada disiplin phra-phra di tempat kita. PSM patut ikut jejak Dhammakaya, bukan dari segi Atta atau Anatta, tapi dari segi ilmu, disiplin kerja dan anjakan paradigma. Tahniah dan selamat bekerja kepada Siri dan anggota AJK yang baru. Masa depan masyarakat Siam dan cabaran-cabarannya berada di bahu kalian. Posted by pena reformasi at 6:31 PM 19 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-2811551584893284194")); } Wednesday, February 23, 2011 Jangan Sampai Orang Muntah! Sebelum Senator ketiga belum dilantik, masyarakat Siam riuh tentang Senator. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Pelbagai cadangan dikemukakan. Pelbagai nama dicalonkan. Semuanya berkaitan dengan jawatan Senator. Dari Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor riuh rendah tentang Senator. Perjuangan masyarakat Siam seolah-olah tiada perkara lain yang lebih besar daripada jawatan Senator. Sekarang Senator telah dilantik. Boon Som orangnya. Jika mengikut teori, permasalahan berkaitan Senator selesai atau sekurang-kurangnya reda buat sementara waktu kerana kerajaan melantik Boon Som. Tetapi realitinya tidak begitu. Soseh-soseh masih kedengaran. Tuptap-tuptap masih diperkatakan. Sebab musababnya kerana jawatan Senator yang diberikan kepada orang Siam hanya satu. Sedangkan orang yang mengidamnya ramai. Perasaan tidak puas hati membuku di dada. Walaupun tidak disuarakan secara langsung, daripada gaya tindakan menampakkan perasaan tidak puas hati, dengki dan cemburu ada. Tindakan yang paling jelas yang keluar daripada perasaan tidak puas hati itu ialah masing-masing mahu menunjukkan bahawa dia "lebih berkuasa" daripada Senator dalam hal ehwal masyarakat Siam, seolah-olah hal ehwal masyarakat Siam berada di hujung jarinya. Sindrom menunjuk-nunjuk dan menunjuk kuasa tidak baik bagi masa depan masyarakat Siam. Senator sendiri pun berjalan jangan memandang ke atas sangat, sesekali pandang ke bawah, takut tersepak tunggul kayu. Pemimpin Siam harus bersatu hati, bersatu tenaga dan dengan ikhlas hati memperjuangkan masa depan masyarakat Siam. Jangan jadi seperti enau dalam belukar yang berusaha melepaskan pucuk masing-masing. Jangan ikut resmi lembu jantan yang suka menanduk-nanduk batas apabila terlihat lembu jantan lain. Jangan tiru orang politik yang suka memperagakan kuasa walaupun kuasa sebenar di tangan rakyat. Buatlah apa-apa yang patut, tetapi jangan sampai orang muntah. Apabila orang muntah, orang tidak akan pandang muka lagi. Posted by pena reformasi at 8:29 PM 7 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-9112065156953965706")); } Sunday, February 20, 2011 Anak Kerbau 2 Kepala Membawa Tuah? Haiwan dilahirkan 2 kepala bukan perkara aneh. Pelbagai jenis haiwan pernah dijumpai dilahirkan 2 kepala. Tetapi di Thailand perkara begini dianggap luar biasa. Contohnya pada 16 Februari yang lalu, di Wilayah Roi ET ( ร้อยเอ็ด), seekor kerbau keguguran anak yang kebetulan anak kerbau itu berkepala dua. Orang kampung tersebut menganggapnya sebagai perkara luar biasa. Sesetengahnya mempercayai kelahiran anak kerbau kepala dua, walaupun hayatnya tidak lama, membawa petanda baik dan tuah lalu ada yang melakukan pemujaan, minta nombor ekor. Ada juga yang potong kuku dan bulu ekornya untuk dibuat watthu mongkol ( วัตถุมงคล). Perlakuan begini tidak sepatutnya berlaku pada masyarakat yang mengaku beragama Buddha. Agama Buddha berpaksi pada kebijaksanaan. Malangnya individu yang mengaku pengikut agama Buddha masih tidak bijak dan dalam hal tertentu begitu sesat. Haiwan berkepala dua merupakan perkara biasa yang tidak membawa tuah atau sial. Ini kejadian alam yang biasa. Tetapi masyarakat yang dangkal mempercayainya membawa tuah. Kenapa boleh terjadi begini? Kerana masyarakat yang mengaku beragama Buddha itu sebenarnya tidak tahu tentang ajaran Buddha yang sebenar. Mereka beragama Buddha kerana dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha. Orang-orang begini, tidak kira di Thailand atau di Malaysia, jika tidak diberikan ajaran Buddha yang betul, ia bakal merosakkan imej agama Buddha. Ini kerana agama Buddha berpaksi pada kebijaksanaan, tetapi perlakuan mereka berpaksi pada kebodohan dan kejahilan. Nak tengok haiwan 2 kepala klik di sini. Posted by pena reformasi at 6:28 PM 0 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-3655096098933129570")); } Thursday, February 17, 2011 Magha Puja 2011 Magha Puja Jumaat - 18 Februari 2011 Sewaktu Baginda Buddha berada di Kota Rajagaha, 1250 Arahat datang berkumpul untuk memberi hormat kepada Baginda Buddha. Tempat mereka berkumpul adalah di Veluvanarama (hutan pokok bambu) dan waktu itu tengah hari pada saat purnama di bulan Magha. Peristiwa bersejarah ini diraikan oleh penganut agama Buddha sebagai hari penting. Pertemuan para Arahat tersebut dinamakan Caturangasannipata yang mempunyai 4 ciri utama, iaitu:1. Mereka berkumpul tanpa temu janji terlebih dulu. 2. Mereka semuanya Arahat (abhiñña 6). 3. Semuanya ditahbiskan oleh Baginda Buddha dengan memakai ucapan "Ehi bhikkhu". 4. dalam pertemuan itu, Baginda Buddha mengucapkan Ovadda Patimokkha. Ovada Patimokkha yang diucapkan Baginda Buddha antaranya adalah seperti berikut:Sabba papassa akaranam, Kusalassa upasampada, Sacittapariyo dapanam, Etam Buddhana sasanam. Khanti paramam tapo titikkha, Nibbanam paramam vadanti Buddha, Na hi pabbajjito parupaghati, Samano hoti param vihethayanto. Anupavado, anupaghato, Patimokkhe ca samvaro, Mattaññuta ca bhattasmim, Pantham ca sayanasanam, Adhicitte ca ayogo, Etam Budhana sasanam.Maksudnya: Janganlah berbuat kejahatan, perbanyakkan perbuatan baik, sucikan hati dan fikiranmu, itulah ajaran semua Buddha. Kesabaran adalah cara bertapa yang paling baik. Baginda Buddha bersabda; Nibbanalah yang tertinggi dari semuanya. Baginda bukan pertapa yang menindas orang lain, baginda bukan juga pertapa yang menyebabkan kesusahan kepada orang lain, baginda tidak menghina, tidak melukai, mengendalikan diri sesuai dengan tata tertib, makan secukupnya, hidup dengan menyepi, dan senantiasa berpikiran luhur. Itulah ajaran semua Buddha. Apabila diringkaskan Baginda Buddha menyuruh kita: 1) meninggalkan kejahatan; 2) melakukan kebaikan dan 3) membersihkan fikiran/minda/hati. Posted by pena reformasi at 9:59 PM 0 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-2981649535660313441")); } Monday, February 7, 2011 Harijadi Tok Sami: Sudah Kenyang Baru Bising Ini kisah Tok Sami moden buat jamuan hari jadi di restoran. Ramai orang Siam yang hadir. Bosan juga selalu makan di wat, apa salahnya sekali-sekala pergi makan di restoran. Makan di wat dengan makan di restoran tak ada bezanya. Minum bir di wat pun boleh takkan makan nasi di restoran tak boleh. Yang nak ditulis hari ini bukan soal boleh atau tak boleh, tapi soal orang Siam yang bermuka-muka. Masa orang ajak pergi makan, tak cakap apa-apa kerana kepala asyik terbayang makanan atas meja. Selepas kenyang, sendawa dan berak keluar semua makanan yang dimakan percuma, mulalah keluar bermacam-macam cerita umpama berak ke atas muka sendiri. Jika kita tak setuju Tok Sami buat hari jadi di restoran, kita jangan pergi. Ini tidak, semuanya pergi, kemudian balik kutuk sana, kutuk sini. Apa punya orang. Masa makan diam saja, selepas kenyang melolong tidak keruan. Bila kita pergi, bererti kita sokong. Bila kita sokong, kenapa nak bising-bising? Tok Sami sekarang banyak duit. Jangan kata di restoran, di hotel 5 star pun mampu. Posted by pena reformasi at 8:03 PM 3 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-3008566309191057518")); } Tuesday, February 1, 2011 หลวงตามหาบัว ญาณสัมปัฯโน แห่งวัดป่าบ้านตาด ละสังขารแล้ว วันอาทิตย์ ที่ 30 มกราคม 2554 อาลัยหลวงตามหาบัว ญาณสัมปันโน ละสังขารแล้วเวลา 03.53น. เมื่อเวลา 03.53 น. หลวงตาพระมหาบัว ญาณสัมปันโนแห่งวัดป่าเกสรศีลคุณ (วัดป่าบ้านตาด) ละสังขาร แล้วรวมสิริอายุ 97 ปี 5 เดือน 18 วันเจ้าฟ้าหญิงจุฬาภรณวลัยลักษณ์ ทรงเฝ้าดูใจจนละสังขารขณะที่ศิษยานุศิษย์แห่กราบไหว้สังขารล้นวัดป่านบ้านตาดพร้อมนำศพหลวงตาตั้งไว้ที่ศาลาใหญ่ภายในวัดป่าบ้านตาดหลวงตามหาบัวเข้ารับการรักษาอาการอาพาธลำไส้อุดตันและปอดติดเชื้อณ โรงพยาบาลศิริราช มาตั้งแต่เมื่อวันที่ 26 ธ.ค. ที่ผ่านมาตามคำนิมนต์ของคณะแพทย์โรงพยาบาลศิริราช รวมทั้งโรงพยาบาลศรีนครินทร์ จังหวัดขอนแก่นและโรงพยาบาลศูนย์อุดรธานี ที่ได้ให้การรักษามาก่อนหน้านี้ก่อนจะเดินทางกลับมาพักรักษาตัวที่วัดป่าบ้านตาด เมื่อวันที่ 3 ม.ค.หลังจากวานนี้ อาการหลวงตามหาบัวมีแต่ทรง โดยแพทย์หยุดให้ยาปฏิชีวนะจากการที่ญาติออกมาเรียกร้องกลับไปใช้แพทย์ทางเลือกขณะที่พุทธศาสนิกชน ศิษยานุศิษย์ รวมทั้งพระสายวิปัสสนายังมาเฝ้าติดตามอาการที่วัดอย่างต่อเนื่องสมเด็จพระนางเจ้าฯ พระบรมราชินีนาถ ทรงพระกรุณาโปรดเกล้าโปรดกระหม่อมให้ สมเด็จพระเจ้าลูกเธอ เจ้าฟ้าจุฬาภรณวลัยลักษณ์ อัครราชกุมารี เสด็จฯ แทนพระองค์ในการพระราชทานน้ำหลวงอาบศพ หลวงตามหาบัว ญาณสัมปันโนเจ้าอาวาสวัดป่าบ้านตาด ต.บ้านตาด เวลา 18.00 นโดยพระบาทสมเด็จพระเจ้าอยู่หัว ได้พระราชทานโกศโถและทรงรับศพไว้ในพระบรมราชานุเคราะห์ 3 วันถวายน้ำหลวงสรงศพหลวงตามหาบัวนายคมสัน ผวจ.อุดรธานี แจ้งว่าในการประชุมคณะผู้เกี่ยวข้อง หลังจากเสร็จพิธีถวายน้ำหลวงอาบศพจะนำสรีระของหลวงตามหาบัว บรรจุลงในหีบไม้ แล้วนิมนต์ไปตั้งไว้ที่ศาลาการเปรียญใหญ่หน้าวัดป่าบ้านตาด โดยโกศพระราชทานจะตั้งเป็นเกียรติยศไว้ด้านหลังเพื่อบำเพ็ญกุศลติดต่อกันเป็นเวลา 1 เดือน จากนั้นจึงค่อยพิจารณากันอีกครั้ง(เดลินิวส์ออนไลน์) Posted by pena reformasi at 8:07 PM 0 comments Links to this post if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-5995403413021081445")); } Friday, January 28, 2011 Sami Penagih Dadah Masalah Besar Agama Buddha Ang Thong, Thailand - Setelah mendapat laporan daripada individu prihatin, polis menyerbu kutti sami muda berusia 22 tahun. Polis menjumpai peralatan hisap dadah dan kotak daun terup. Sami yang sedang kemabukan dadah itu mengaku selalu menghisap dadah bersama kawan-kawan kharawat, tetapi mereka telah beredar sebelum polis datang. Sebelum masuk sami, si penagih ini pernah dirawat di pusat pemulihan dadah. Inilah akibatnya apabila si bangkai hidup diizinkan masuk sami. Mereka bawa masuk sekali tabiat lama kerana ketagihannya belum pulih. Penagih atau bekas penagih apabila masuk sami jadi penagih seperti sediakala. Pemabuk apabila masuk sami, jadi kaki mabuk seperti dulu. Oleh itu, tidak hairanlah apabila terdapat wat jadi sarang penagih. Bukan sahaja wat di Thailand, wat di Malaysia juga ada yang jadi sarang penagih, termasuk sami-sami muda. Jika tidak percaya, pergilah risik-risik di wat berdekatan kampung anda. Mungkin terdapat pembaca KSB yang ada maklumat tetapi tidak berani mendedahkannya. Sesiapa yang rapat dengan sami-sami muda, tidak sukar cari maklumat kerana sami memerlukan "pembantu" daripada kalangan orang biasa bagi mendapatkan bekalan. Jangan pandang ringan masalah ini. Sekarang ramai remaja Siam terjerumus dalam najis dadah. Apabila mereka masuk sami, tabiat ini dibawa masuk bersama dan tentu sekali akan menimbulkan masalah besar kepada agama. Pemimpin agama dan masyarakat Siam harus melakukan sesuatu dan tidak boleh membiarkan masalah ini merebak jauh. Bukan pemimpin tidak tahu perihal ini, tetapi mereka seperti sedang "menutup tahi kucing dengan pasir" kerana takut malu dan menjejaskan imej sami dan agama Buddha apabila didedahkan. Sampai bila mahu ditutup? Sampai polis serbu wat dan tangkap sami-sami bersama dadah, kemudian dipaparkan di muka depan akhbar? Setahu saya, Khanak Song Thailand pernah keluarkan pekeliling supaya uppaccaya tidak terima penagih yang ingin jadi bhikkhu. Bukan sahaja sami dan nama wat yang tercemar, agama Buddha dan penganutnya turut terpalit. Malangnya, pekeliling ini sukar dipatuhi kerana pelantikan uppaccaya sendiri dilakukan secara sogokan. บุกรวบพระใหม่เสพยาบ้า คากุฎิวัดดังอ่างทอง เมื่อเวลา 01.30 น. วันนี้ที่ 27 ม.ค. ด.ต.สมัย ลาภหงส์ทอง หัวหน้าสายตรวจ สภ.เมือง จ.อ่างทอง รับแจ้งทางโทรศัพท์จากผู้หวังดีว่า ที่บริเวณวัดแจ้ง ต.ตลาดกรวด อ.เมือง จ.อ่างทองมีพระกับวัยรุ่นจับกลุ่มมั่วสุมเสพยาในกุฏิพระเป็นจำนวนมาก หลังจากรับแจ้งจึงรายงานให้ผู้บังคับบัญชาทราบพร้อมกำลังรุดไปตรวจสอบยังที่เกิดเหตุ ภายในที่เกิดเหตุเป็นกุฏิพระบริเวณชั้น 2 ปิด พบว่าไฟเงียบแต่มีกลิ่นคล้ายยาเสพติดลอยออกมาจากห้อง เจ้าหน้าที่ตำรวจจึงเรียกให้เปิดประตูแต่ไม่มีเสียงตอบรับ จึงพังประตูเข้าไปพบเพียงพระภิกษุ 1 รูปมีท่าทีตกใจจึงขอทำการตรวจค้นพบอุปกรณ์เสพยา ตลับไพ่ และกระดาษจดแต้มไพ่ดัมมี่ จากการสอบถาม ทราบว่าพระภิกษุรูปดังกล่าวมีฉายา ชินวโร หรือนายชินกร อุทัยกาญ อายุ 22 ปี อยู่บ้านเลขที่ 5/1 ม.6 ต.ตลาดกรวด อ.เมือง จ.อ่างทอง เพิ่งบวชเป็นพระเมื่อวันที่ 20 ม.ค.ที่ผ่านมาและมีประวัติติดยาเสพติด โดยก่อนหน้าที่จะบวชเป็นพระเพิ่งกลับมาจากการบำบัดที่สถานฟื้นฟูผู้ติดยาเสพติดทหารม้าที่ 5 รักษาพระองค์ จ.สระบุรี เบื้องต้นสารภาพว่ากำลังเสพยาอยู่ และมีกลุ่มเพื่อนมาร่วมเสพด้วยเป็นประจำแต่ได้กลับออกไปก่อนหน้าเจ้าหน้าที่ตำรวจจะมา ทางเจ้าหน้าที่ตำรวจจึงควบคุมตัวเพื่อตรวจหาสารเสพติดในร่างกายและส่งตัวดำเนินคดีต่อไป

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin