.
Dalam sebuah entri yang lepas, saya dah bincangkan general idea tentang melancap, atau onani. Kita semua faham yang ia telah menjadi suatu tabiat yang menjadi public secret dalam masyarakat kita, baik di kalangan lelaki, dan tidak terlepas juga di kalangan perempuan.
.
Saya
juga percaya, walaupun ia menjadi suatu tabiat yang tak lekang dek
panas, tak lapuk dek hujan, masih ramai di kalangan kita yang berusaha
dengan bermacam cara untuk berhenti daripada tabiat ini. Bukanlah suatu
yang mudah untuk berhenti daripada suatu nikmat yang sangat hebat.
Tetapi ia tidak mustahil. Mari kita lihat apakah cara2 yang boleh
dipraktikkan untuk berhenti melancap (atau onani)…kalau tak dapat
berhenti pun, sekurang2nya dapat mengurangkannya:
.
1) Sibukkan diri
Sibukkan
diri dengan bermacam-macam aktiviti dalam dan luar rumah. Kalau dalam
bilik mandi, tiba2 terasa horny je, ambik penyapu tandas, basuh tandas.
Mandi cepat2, lepas tu keluar. Tak pun bawak buku komik, baca sambil
berak. Tak pun cari baju tak bergosok, pergi gosok. Tak pun pergi dapur
basuh pinggan. Basuh kereta, cuci motor. Kemas rumah, vakum lantai,
cuci porch, sapu sawang. Pendek kata…buatlah apa pun, asal kan sibuk.
.
2) Bersenam
Maksud
saya tak perlu bersenam yang berat2, asal ada pergerakan aktif sikit2
pn memadai. Sebab bila kita buat macam tu, fokus kita akan lari daripada
bernafsu kepada….kurang bernafsu. Lagipun secara saintifik, bila kita
sedang bernafsu, jantung kita memang sedang mengepam laju untuk membekal
darah kepada kemaluan kita. Jadi bila kita bersenam sikit, darah yang
dipam hanya kepada kemaluan akan lebih tersebar ke seluruh tubuh, jadi
penegangan atau ereksi kemaluan kita akan berkurang. Kalau anda sedang
berada dalam tandas, sambil berdiri cuba rendahkan pinggang dengan
bengkokkan lutut sikit (macam kuda2 dalam tai chi). Cara ni akan
menyebabkan anda menegangkan otot peha untuk maintain berdiri separuh,
jadi darah akan beralih ke otot peha.
.
3) Jangan bersendiri
Kurangkan
masa anda berseorangan, kerana bila berseorangan otak akan mula
berfikir macam2, dan akan mendorong anda buat macam2. Pastikan anda
sentiasa ditemani roommate. Kalau ada pilihan, kongsi bilik dengan adik beradik.
.
4) Tonjolkan aktiviti anda kepada orang lain
Apa
yang saya maksudkan ialah aktiviti berkomputer. Ini kerana banyak
bahan2 rangsangan datang dari komputer…gambar, video, bahan
bacaan…semuanya boleh didapati secara percuma dan mudah sahaja. Jadi
pastikan anda meletakkan komputer anda di tempat yang mudah dilihat
orang lain. Jika dulu anda duduk membelakangi dinding bila berkomputer,
sekarang pusing 180 darjah. Jika dulu anda sering guna komputer dalam
bilik, sekarang gunakannya di ruang tamu.
.
5) Guna taktik ‘lengah’
Setiap
kali anda terasa mahukan kenikmatan dari tapak tangan anda, pujuk diri
untuk tangguhkan aktiviti itu. Mula dengan tempoh penangguhan yang
pendek dulu, contohnya 30 minit, sejam. Apabila sudah biasa dengan ini,
panjangkan tempoh penangguhan, contohnya tangguhkan untuk sehari atau
dua hari pula. Kemudian, panjangkan lagi kepada seminggu. Di saat ini,
sudah pasti mudah untuk anda terus lupakan saja niat ‘bersetubuh dengan
tangan anda’.
.
6) Conditioning
Di masa lapang, gunakan teknik yang psychologist guna untuk merawat masalah mental atau fikiran. Saya taktau apa nama dia, tapi saya panggil subject association. Yang
saya tau, teknik ni biasanya digunakan untuk merawat penyakit fobia.
Caranya ialah, dengan memikirkan sesuatu yang anda paling benci dalam
dunia, dan apabila fikiran itu lekat di kepala, cepat2 tukar fikiran
anda kepada fikiran anda sedang melancap atau onani. Maksud saya bukan
sekadar fikir yang biasa2, tapi fikirkan dengan sedetail2nya. Bayangkan,
secara visual, bunyi, bau…gunakan segala pancaindera anda bila
memikirkan perkara baik dan buruk tersebut, dan gabungkan kedua2 subjek
tersebut dalam satu fikiran. Perkara ini sama dengan teori operant conditioning dan classical conditioning. Sekiranya
berhasil, anda akan benci melancap dan onani secara automatik. Ia
memang susah, tetapi dengan latihan sudah pasti tiada yang mustahil.
.
8) Ihsan – melihat tuhan atau dilihat tuhan
Latih
diri dengan sifat ihsan. Bayangkan apa yang kita buat, kita seolah2
sedang melihat Allah. Dan jika tak dapat, yakini bahawa Allah sedang
melihat kita. Ini adalah teori. Ada lagi satu cara yang lebih mudah.
Cuba bayangkan ada mata orang lain sedang skodeng anda di celah2 lubang
apa2 yang ada dalam toilet atau bilik tempat anda melancap atau onani.
Siapa yang normal pasti malu sedang melayan nafsu di tangan sendiri
sedang beratus2 mata sedang melihat kiri kanan atas bawah kan? Jika anda
sememangnya mempunyai tabiat suka amalan seks anda diperhatikan, boleh
lupakan kaedah ini.
.
9) Dosa tempatnya api neraka
Dapatkan
sebijik (taktau penjodoh bilangan dia) pemetik api. Ingatlah dosa itu
tempatnya api neraka. Jika anda terasa kepingin melancap dan onani,
ambil pemetik api tersebut dan panaskan jari kelingking. Pasti anda
cepat2 mematahkan niat tersebut.
.
10) Kahwin
Kahwinlah
kalau mampu! Tetapi…ini bukanlah jaminan bahawa seseorang akan berhenti
melancap, kerana ada juga pasangan yang sudah berkahwin, tetapi tidak
puas dengan kehidupan seks mereka, jadi mereka melancap. Jadi, bukan
sekadar kahwin…tapi kahwinlah dengan betul dan mengikut sunnah!
.
11) Doa
Last but not least, saya
sengaja letakkan point ini terakhir sekali. Bukan kerana ia paling
tidak penting (bahkan ia adalah kaedah pertama anda patut lakukan),
tetapi saya khuatir pembaca akan menganggap artikel ini sebagai suatu
yang cliché dan menghidangkan tips2 dan petua yang cliché. Tentu
sekali doa dan kebergantungan kepada Allah adalah kaedah pertama sekali
bagi kita seorang Muslim dalam melakukan apa jua perkara dalam
kehidupan kita. Ingatlah, berdoa kepada Allah menandakan kehambaan dan
kekerdilan kita, dan Allah sukakan hambanya yang berlagak seperti
seorang hamba.
.
.
Saya
harap 11 tips ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mencapai niat
murni untuk berhenti atau sekurang2nya kurangkan aktiviti melancap dan
onani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan