Masyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai Demam Denggi
iatu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina.
Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pebagai tanda
akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam
badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda
sedemikian.
Terdapat pelbagai tanda seseorang telah
digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan
gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian
belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami
sakit pinggang yang teruk.
Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom Demam Denggi
yang turut menjangkiti bayi atau pun kanak–kanak yang masih kecil iaitu
seperti demam, batuk, hidung berair. Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah
memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam
keadaan sihat sebagai langkah mencegah Demam Denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.
Selain itu, kanak-kanak yang berusia
lebih besar turut mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh
golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit
bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga
sendi. Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera
makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh
yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda Demam Denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa.
Seterusnya, sebagai langkah pencegahan
yang boleh dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu
fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga mudah untuk
memasuki tumah pada ketika itu. Perkara yang terpenting adalah
memastikan longkat yang terdapat disekeliling rumah sentiasa bersih
kerana kekotoran akan memudahkan pembiakan nyamuk Aedes.
Antara cara pencegahan yang lain adalah
memastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar
panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi, memakai pakaian warna
cerah adalah lebih baik daripada pakaian yang berwarna gelap. Kaedah
seterusnya ialah menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk
menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada setiap tingkap di
dalam rumah.
Kesimpulannya, Demam Denggi
boleh membahayakan kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka
akan tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk mencegahnya.
Diharap melalui artikel ini ia dapat membantu kita mengenali serba
sedikit sebanyak mengenai Demam Denggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan