Anda
boleh memeriksa samada rumah anda diserang anai-anai atau tidak dengan
melakukannya sendiri mengunakan dua peralatan asas iaitu lampu suluh dan
pemutar skru kecil.
Namun jika anda tidak pasti
bagaimana melakukan pemeriksaan mengenal pasti kehadiran anai-anai, anda
boleh memanggil syarikat yang manjalankan perniagaan kawalan serangga
untuk memeriksa rumah anda dan mendapatkan harga bagi mengawalnya.
Kebiasaannya syarikat perniagaan
kawalan serangga akan menjalankan pemeriksaan rumah anda terhadap
anai-anai secara percuma sahaja dan seterusnya mereka akan memberikan
laporan samada rumah anda selamat dari serangan anai-anai atau tidak.
Selanjutnya satu cadangan akan diberikan kepada anda berserta dengan
harga untuk mengawal anai-anai di rumah anda.
Terdapat berbagai teknik bagi
menghapuskan anai-anai berada di pasaran sekarang. Teknik yang paling
biasa diguna pakai sekian lama adalah teknik rawatan tanah dengan
menggunakan bahan kimia.
Teknik ini memerlukan lantai
sekeliling rumah anda ditebuk sebelum disuntik dengan bahan kimia ke
dalamnya bagi merawat tanah yang berada di bawah lantai rumah anda.
Lantai
akan ditebuk pada luar dan dalam rumah anda pada sisi dinding. Jarak
lubang yang ditebuk dengan dinding adalah sekitar 6 inci dan jarak
antara 2 lubang adalah sekitar 18 inci. Bergantung kepada saiz rumah
anda jumlah lubang yang akan ditebuk mungkin sebanyak 100 hingga 150
lubang di dalam rumah dan sekitar 100 atau 150 lubang di luar
rumah. Jika rumah anda adalah rumah teres yang berada di tengah, hanya
bahagian dalam rumah sahaja akan ditebuk.
Prinsip
asas dalam menggunakan bahan kimia adalah menghasilkan satu pagar bahan
kimia bagi di antara rumah anda dan sarang anai-anai. Pada kebiasaannya
anai-anai bersarang di dalam tanah di bawah rumah anda dan ia memasuki
rumah melalui celahan atau rekahan yang terdapat pada struktur rumah
anda dari bawah.
Oleh itu apabila bahan kimia
disuntik melalui lubang yang ditebuk, tanah yang berada dibahagian bawah
dan dinding tapak asas rumah anda akan diselaputi oleh bahan kimia yang
mampu menghalang anai-anai mamasuki rumah anda.
Terdapat
2 jenis bahan kimia yang biasa digunakan iaitu jenis menghalau dan
jenis tidak menghalau anai-anai. Bahan kimia jenis menghalau anai-anai
dapat menghalang anai-anai mendekati tanah atau struktur rumah anda yang
telah diselaputi bahan kimia tersebut, ini menyebabkan rumah anda
selamat dari dimasuki anai-anai tetapi tidak membunuh anai-anai jika dia
sempat menukar haluan dari melalui tempat tersebut.
Jika anai-anai terkena bahan
kimia jenis menghalau ini, ia akan segera mati oleh bahan tosik yang ada
pada bahan kimia tersebut. Di antara bahan kimia aktif jenis menghalau
yang berada di pasaran adalah seperti pyrethroid atau chlopyrifos yang
menggunakan berbagai jenama.
Jenis bahan kimia yang tidak
menghalau pula akan terus disentuh oleh anai-anai yang melalui kawasan
yang telah dirawat dengan bahan kimia itu. Bahan tosik yang terdapat
dalam bahan kimia itu bertindak secara perlahan membunuh anai-anai. Ini
membolehkan anai-anai yang lain terkena bahan kimia itu apabila
tersentuh anai-anai yang telah di sepaluti bahan kimia.
Bahan kimia yang tidak menghalau
bertindak menghalang anai-anai merosakkan rumah anda dengan membunuh
anai-anai yang tersentuh secara perlahan-lahan. Di antara bahan kimia
aktif jenis tidak menghalau yang terdapat di pasaran adalah seperti
Fipronil atau Imidacloprid, juga di jual dengan berjagai jenama.
Bahan kimia juga digunakan bagi
mengawal anai-anai menyerang struktur kayu rumah anda dengan menyembur
bahan kimia pada keseluruhan kayu tersebut. Kayu yang telah diselaputi
bahan kimia mampu membunuh anai-anai yang menyentuhnya.
Tetapi harus dingat bahawa
terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan
serangan anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat. Sebenarnya
teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut sahaja
sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara
diam di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.
Setelah sekeliling rumah anda
ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia, kebiasaannya struktur kayu yang
terdapat pada rumah anda terutamanya pada bahagian bumbung di atas
siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi menghalang
serangan anai-anai pada bahagian atas rumah anda yang mungkin datang
melalui bumbung rumah jiran anda.
Sebenarnya cara yang lebih
menjimatkan adalah dengan melakukan rawatan tanah pada waktu
pembinaannya. Keseluruhan tapak rumah anda perlu dirawat dengan bahan
kimia sebelum pembinaan dimulakan. Ini merupakan teknik pencegahan yang
lebih menyeluruh di mana seluruh tapak rumah anda telah di adakan
halangan bahan kimia dari serangan anai-anai.
Namun bahan kimia yang berada di
pasaran sekarang tidak dapat bertahan lama. Biasanya ia akan hilang
selepas 2 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis bahan kimia yang anda
gunakan. Selepas tamat sahaja tempoh jaminan bahan kimia tersebut,
rawatan baru perlu dilakukan semula melaui teknik tebukan lubang seperti
di atas.
Diantara masalah menggunakan
teknik tebukan lubang dan menyuntik bahan kimia adalah kerosakan serta
kecacatan bahagian lantai yang telah ditebuk, ini membuatkan sebahagian
dari kita tidak menggemari teknik ini.
Bagi mereka yang risaukan rumah
mereka rosak ditebuk lubang bagi rawatan anai-anai, kini terdapat satu
teknik terbaru yang tidak memerlukan tebukan lubang dan tidak
menggunakan cecair bahan kimia yang banyak untuk disuntik ke bawah
lantai rumah anda.
Teknik tersebut dinamakan teknik pengumpanan. Kita akan membincangkan teknik pengumpanan pada siri yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan