Rabu, 29 Mei 2013

KESELAMATAN GAS


ALOR SETAR - Sepasang suami isteri melecur teruk di muka, tangan dan badan apabila tong gas di dapur rumah mereka di Taman Impian, Kota Sarang Semut tiba- tiba meletup dan menyambar pasangan itu kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.45 petang itu, Che Nah Abdul Rahman, 45, dan suaminya Yusni Othman, 35, dikejarkan ke Unit Kebakaran Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana mengalami kecederaan teruk.



Berita tentang kemalangan akibat tong gas meletup sering terpapar di dada-dada akhbar mahupun dalam siaran berita televisyen. Kesan yang diakibatkan daripada tong gas meletup adalah amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Apakah iktibar atau pengajaran yang kita boleh ambil dari berita-berita tersebut?

Asasnya, keselamatan adalah perkara utama yang kita harus ambilkira. Berikut saya senaraikan beberapa tips dan input dari laman web Petronas berkaitan keselamatan pengunaan tong gas memasak agar kita boleh jadikan langkah pencegahan seterusnya memastikan keselamatan kita dan anak-anak serta isi rumah kita terjamin.

Tip 1: Do's dan Dont's

a. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.
b. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
c. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
d. Jauhkan kedudukan langsir dari dapur memasak.
e. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
f. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
g. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
h. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Tip 2: Mengesan kebocoran gas

a. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
b. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
c. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
d. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan kepala gas ialah dengan menggunakan air sabun

dan perhatikan jika terbit buih-buih sabun pada tempat tersebut.

Tip 3: Langkah Pencegahan

Periksa kepala gas, saluran gas dan klip secara berjadual dan cepat-cepat gantikan jika ianya sudah rosak. Adalah

dicadangkan anda menggantikan saluran gas dan klip setiap dua tahun, dan kepala gas setiap lima tahun.

Tip 4: Apa yang perlu dibuat jika terdapat kebocoran gas?

a. Matikan kepala gas dan juga api dapur memasak.
b. Buka semua tingkap dan pintu.
c. Jangan on/off apa-apa peralatan elektrik atau suis.
d. Tunggu hingga tiada bau gas sebelum mula menggunakan dapur memasak semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin