1.
kurang didikan agama
-
agama merupakn panduan, sekiranya tak da agama maka hilanglah panduan dalam
menjalani hidup, oleh itu apabila anak-anak tidak dididik dengan asuhan agama,
jadilah mereka remaja yang jahil tentang agama, dan bertindak serta berakhlak
dengan sewenangnya sehingga melanggar batas syarak.
2.
kurangnya perhatian daripada ibu bapa
-
kebanyakan ibu bapa sekarang ini yang sangat mementingkan kerjaya sehingga lupa
akan kepentingan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Sedangkan
anak-anak amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada mereka berbanding
dengan segala kemudahan atau kemewahan yang dilimpahkan ke atas diri mereka.
Oleh itu, mereka akan cuba melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian
daripada ibu bapa contohnya melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti
vandalisme, gansterisme dan sebagainya.
3.
pengaruh rakan sebaya
-
rakan merupakan orang yang paling rapat dengan remaja terutama kepada remaja
yang kurang perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu mereka lebih mempercayai dan
menghargai rakan mereka berbanding ibu bapa dan keluarga. Itu yang menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya dalam melakukan aktiviti
tidak berfaedah jika tersalah pilih rakan yang menjurus kepada keburukan.
4.
pengaruh media
-
media sekarang yang banyak memberikan input-input negatif kepada remaja seperti
filem-filem yang berunsur lucah banyak dipaparkan, tambahan pula dengan adanya
penggunaan internet yang semakin berleluasa menyebabkan remaja lebih mudah
terpengaruh dan terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti berzina,
membuang anak, mengambil dadah, dan sebagainya.
5.
faktor remaja itu sendiri
-
terdapat segelintir remaja yang cukup
dengan didikan agama, perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada mereka,
namun tidak dinafikan masih juga terlibat dalam perkara-perkara tidak bermoral.
Ini disebabkan salah satu faktornya
adalah diri mereka sendiri yang tidak mahu atau tidak berminat untuk
mempraktiskan apa yang dipelajari dan diketahui oleh mereka dan benarlah bahawa
iman itu tidak boleh diwarisi tetapi perlu dicari dan disemai.
CARA-CARA
MENGATASINYA :
1.
didikan awal bermula dirumah
-
ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dengan menunjukkan contoh-contoh
yang baik dan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak dan
mengajar mereka tentang cabaran hidup di dunia luar serta mempersiapkan mereka
untuk berhadapan dengannya.
2.
memantau dan menjadi rakan kepada anak-anak remaja
-pada
usia remaja, mereka sudah tidak boleh dilayan seperti kanak-kanak bahkan ibu
bapa perlu lebih bertindak sebagai rakan baik kepada mereka dan memantau serta
lebih meluangkan masa untuk mendengar cerita mereka dan berkongsi masalah
dengan mereka agar lebih rasa dihargai.
3.
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
-
cikgu-cikgu juga berperanan penting dalam mengatasi masalah ini kerana banyak
masa remaja itu sendiri adalah di sekolah. Oleh itu cikgu-cikgu perlulah
menerapkan kepada mereka akhlak yang baik dengan mengajar pendidikan agama,
moral, dan sivik serta menjaga dan memantau pergerakan pelajar dari aktiviti
tidak bermoral.
4.
penguatkuasaan undang-undang
-
Pihak kerajaan juga berperanan penting bagi memastikan masalah ini dapat
diatasi antaranya dengan melalakukan penapisan terhadap filem, drama, program
dan sebagainya sebelum ditayangkan di kaca tv, terutama yang berunsur negatif
dan tidak senonoh dan boleh memberi pengaruh buruk kepada remaja.
5.
tindakan daripada remaja itu sendiri
-
remaja juga perlu berusaha dalam mengatasi masalah ini terutama bagi remaja
yang tidak bermasalah perlulah mengambil inisiatif dengan menarik dan mengajak
remaja-remaja yang bermasalah dan berkawan dengan mereka serta membimbing
daripada terlibat dengan perkara yang tidak bermoral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan