Adakah berita di bawah ini membawa apa-apa makna kepada anda semua?
Mungkin ye dan mungkin tidak. Bagi aku, berita ini cukup besar maknanya.
Walaupun aku tidak pernah yakin bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi PM
selepas PRU13 nanti, tetapi pokok-pokok yang digoyangkan oleh penyokong
mereka sedikit memberi harapan kepada perlantikan beliau sebagai PM.
Bayangkan, belum pernah dalam sejarah tanahair kita seorang PM didapati
bersalah di mahkamah kerana kesalahan jenayah. Apa akan berlaku kepada
imej dan moral negara Malaysia di mata dunia jika sekiranya PM kita
didapati bersalah meliwat. Satu kesalahan yang cukup aib bagi seorang
Islam. Bayangkan apakah yang dianggap oleh rakan-rakan dalam OIC, ASEAN
apabila mendapati PM Malaysia seorang Peliwat tegar. Sudah tentu ianya
sesuatu yang memalukan bagi rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat khususnya
PAS kerana mereka melantik seorang yang mempunyai kesalahan jenayah
liwat sebagai PM.
Oleh itu, tidak ada sebab walau sebesar hama sekalipun rakyat Malaysia
ataupun Pakatan Rakyat untuk berjudi nasib dengan melantik seorang yang
mempunyai kes jenayah dimahkamah yang belum selesai sebagai PM. Apabila
dibicarakan dimahkamah, dua keputusan sahaja yang diperolehi. Samada
bersalah ataupun tidak beersalah. Kalau tidak bersalah, Alhamdulillah,
tetapi kalau bersalah, nauzubillah.
Rakyat Malaysia khususnya para pengundi hendaklah meletakkan maruah
negara pada tahap tertinggi semasa membuat pilihan semasa PRU 13 nanti.
Para pengundi Islam hendak mempertimbangkan dengan se dalam-dalam
pilihan mereka kerana jika mereka tersilap langkah, besar kemungkinan
mereka akan mendapat seorang PM yang terlibat dengan satu kesalahan
moral dan kesalahan agama yang cukup serius.
Berita yang aku maksudkan ialah:;
Kes liwat: Mahkamah dengar rayuan pada 22 Julai ini
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi
mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk
Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya
Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N.
Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.
Noorin
memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk
pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota
prosiding.
Pada
9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan
Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1,
Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01
petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar,
65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh,
didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan