Sebagai permulaan, kita
harus mendidik orang bahawa Buddhisme bukanlah satu set kepercayaan
sahaja. Lebih tepat lagi, Buddhisme merupakan satu cara hidup. Apa yang
kita percaya tidak begitu penting melainkan jika kita hidup mengikut cara
yang diajar oleh Buddha.
Keseluruhan ajaran Buddha
adalah berasaskan kepada hakikat bahawa tidak ada apa pun dalam dunia ini
yang berlaku tanpa punca atau sebab. Buddha mengajar bahawa semua perkara
mempunyai puncanya termasuklah kebahagiaan kita sendiri. Buddha mengajar
bahawa jika kita ingin menikmati hidup yang lebih bahagia, sihat serta
mewah, kita harus mengubah punca-puncanya supaya hasil atau akibat yang
kita dapati adalah lebih baik. Dalam Buddhisme, hakikat ini dikenali
sebagai Hukum Kamma manakala dalam sains ia dikenali sebagai Hukum
Punca dan Akibat.
Di setiap tempat yang kita
lawati, ramai yang mengadu tentang "nasib mereka yang malang". Bila mereka
melihat orang lain bahagia, mewah serta sihat, mereka menyatakan kononnya
ini disebabkan "nasib yang baik". Buddhisme mengajar bahawa perkara
seperti tuah itu tidak wujud. Perbuatan yang baik dibalas baik manakala
perbuatan yang jahat dibalas jahat. Jika kita berasa tidak bahagia, ini
disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Jangan salahkan orang lain.
Seringkali orang
menyatakan bahawa walaupun mereka hidup dengan jalan yang betul
tetapi mereka tetap ditimpa dengan beberapa peristiwa yang malang.
Mengikut Buddhisme, ini adalah disebabkan perbuatan jahat dalam hidup kita
yang lepas kini membuahkan hasilnya. Apabila kita menanam padi, kita harus
menunggu sehingga ia masak sebelum) kita dapat menuainya. Begitu juga
dengan Kamma. Ada kalanya Kamma akan mengambil masa yang
lama untuk menunjukkan kesannya. 01eh itu, apa yang kita buat dalam hidup
ini mungkin akan membuahkan hasil kesannya dalam hidup yang akan datang.
Kita mungkin telah menemui
kes di mana orang jahat yang nampaknya menikmati satu kehidupan yang
bahagia. Akan tetapi kita sedar bahawa benih Kamma tidak baik yang
mereka tanam itu akan masak di satu hari nanti dan seterusnya akan
membawa kesengsaraan kepada diri mereka. Tidak ada sesiapa pun yang dapat
menghalang benih Kamma kita daripada membuahkan hasilnya.
Buddha telah mengajar
bahawa kebaikan dan kejahatan adalah berasal daripada akal (mind) kita.
Jika kita mempunyai akal (mind) yang baik, kita akan melakukan perbuatan
yang baik. Ini akan menghasilkan benih Kamma yang baik. Jika kita
hanya berfikir tentang perkara yang jahat sahaja tanpa mempunyai belas
kasihan, hidup kita akan bergantung kepada fikiran kita. Semua Kamma
datangnya daripada akal (mind) yang baik, yang jahat ataupun yang malas.
Setiap insan inginkan
kebahagiaan. Haiwan juga cuba mengelakkan diri daripada kesakitan dan
ingin hidup bahagia. Pada suatu pagi yang dingin, seekor anjing suka
berbaring dan terdedah dalam cahaya matahari. Ini disebabkan anjing itu
berasa lebih selesa di bawah pancaran cahaya matahari. Anjing itu
menikmati kebahagiaan melalui cara ini. Katak pula akan berasa bahagia
bila hujan turun. Ini disebabkan sifat semula jadinya yang gemarkan air.
Bila tiada hujan yang turun dan sedikit sahaja air yang tinggal, katak
tidak akan merasa bahagia. Setiap jasad yang hidup inginkan kebahagiaan.
Di antara kesemua jasad yang hidup, manusialah yang paling mengidamkan
kebahagiaan.
Semua agama lain mengajar
bahawa kebahagiaan hanya boleh dinikmati selepas kematian. Dalam
Buddhisme, kita diajar bahawa kebahagiaan dan kenikmatan syurga boleh
dikecapi dalam hidup ini sendiri. Semua perkara penting yang diajar oleh
Buddha adalah cara untuk mengakhiri kesengsaraan. Beliau telah
menunjukkan jalan ke arah kebahagiaan dalam hidup ini dan juga untuk hidup
yang akan datang.
Dalam agama kita (Buddha),
terdapat TIGA KEBENARAN iaitu Dukkha, Anicca dan Anatta. Dukkha
bermaksud kesengsaraan akan dialami oleh setiap makhluk hidup. Anicca
bermaksud bahawa tidak ada apa pun yang akan berkekalan dan Anatta
pula membawa maksud bahawa watak seseorang itu adalah sentiasa berubah.
Kebenaran yang paling penting ialah Anicca, iaitu hakikat bahawa
semuanya adalah sentiasa berubah, sama ada ke arah kebaikan mahu pun
keburukan. Bidang sains moden mendapati bahawa tidak apa jua pun dalam
alam semesta ini yang berada dalam keadaan statik. Semuanya dalam keadaan
dinamik, yakni sentiasa bergerak. Hidup kita mungkin akan menjadi lebih
bahagia ataupun kita akan menuju ke arah keburukan dan seterusnya
mengalami kesusahan. Jadi, persoalan utama yang harus kita fikirkan ialah
CARA MENUJU KE ARAH KEBAHAGIAAN.
Berikut adalah cara untuk
mengatasi kesengsaraan dan seterusnya mengecapi kebahagiaan. Cara hidup
Ini adalah lebih kurang sama untuk semua; miskin atau kaya, berstatus
tinggi atau rendah, kanak-kanak mahupun orang dewasa tanpa mengira kaum
atau jantinanya. Cara ini adalah sesuai untuk sepanjang zaman; dahulu,
kini dan selamanya. Jalan hidup ini sebenarnya mudah d1fahami dan dapat
diingat dengan mudahnya. Masalahnya hanya bila kita mula
mempraktikkannya. Adalah mudah bagi kita berbincang mengenal perasaan
belas kasihan dan kebajikan. Akan tetapi, bukanlah mudah untuk
mempraktikkannya bermula dari perbuatan kita sendiri. Setiap perkara dalam
dunia ini wujud secara berpasangan; positif dan negatif. Dalam Buddhisme
juga, keadaannya adalah sama. Lima peraturan yang pertama ini adalah
negatif, yakni perbuatan yang kita harus menghindarkan diri.
1. Kita tidak harus
membunuh atau bersifat kejam
2. Kita tidak harus mencuri
3. Kita tidak harus berzina
(bermukah)
4. Kita tidak harus menjadi
penipu
5. Kita tidak harus
mengambil sesuatu yang boleh membuatkan kita hilang pertimbangan atau
kebolehan kawal-diri misalnya dadah atau minuman keras.
Kelima-lima peraturan ini
adalah sebagai asas untuk mempraktik Buddhisme. Selagi kita tidak berupaya
mematuhinya, kita tidak dapat mengorak langkah ke arah kebahagiaan yang
positif. Kebanyakan orang menikmati sedikit kebahagiaan sahaja dalam hidup
mereka. Ini disebabkan mereka tidak mengikuti Jalan Lapan Lapis yang
positif. Mereka hanya mengikuti Lima Peraturan yang negatif sahaja. Ramai
mengatakan, "Saya tidak pernah melakukan perbuatan yang jahat, namun saya
tetap tidak bahagia." Mereka ingin mengetahui mengapakah sedemikian.
Jawapannya mudah. Mereka ini langsung tidak melakukan perbuatan yang
jahat, tapi mereka juga tidak pernah berbuat baik. Hidup mereka hanya
berdasarkan aspek negatif (menghindarkan) sahaja. Dalam erti kata lain,
mereka seolah-olah seperti seorang manusia yang cuba berjalan dengan
sebelah kaki sahaja atau seekor burung yang cuba untuk terbang dengan satu
sayap sahaja. Demi mengalami satu hidup yang seimbang, kita harus
mengetahui mengenai pasangan positif dan negatif yang berlawanan itu. Kita
BUKAN SAHAJA mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan tetapi kita
juga HARUS berbuat baik. Sekiranya tidak, kita akan berada dalam satu
keadaan yang tidak seimbang.
JALAN LAPAN LAPIS YANG
POSITIF
Apakah
jalan lapan lapis positif yang dapat membawa kebahagiaan itu? Jalan ini
adalah mudah untuk diingati dan berguna untuk kehidupan sehari-harian.
Tak begitu bergunalah, jika kita mematuhi peraturan-peraturan tersebut
hanya pada hari-hari suci ataupun hanya bila kita berada di Vihara.
Peraturan-peraturan ini adalah untuk dipatuhi setiap hari.
1. Fahaman Yang Betul
Mula-mula sekali kita harus
berusaha memikir dengan mendalamnya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah
memikir dengan mendalam sebaik yang boleh mengikut kemampuan seseorang
itu. Fikiran yang sedalam untuk seseorang mungkin tidak begitu mendalam
bagi orang yang lain. Setiap individu harus berfikir dengan mendalaminya
mengikut kemampuannya sendiri. Melalui fikiran yang mendalam), kita akan
mempunyai pemahaman yang mendalam. Jika kita tidak mempunyai pemahaman
yang mendalam, kita adalah seperti seorang yang cuba untuk memandu sebuah
kereta di atas sebuah lebuh raya tanpa mengetahui cara untuk men-
gendalikan kereta tersebut. Dia tentu akan ditimpa kesusahan. Jika dia
telah pun mempelajari cara untuk memandu kereta sebelum mencuba memandu,
dia sebenarnya mengikuti nasihat Buddha. Kita seharusnya cuba untuk
berfikir dengan mendalam supaya dapat pemahaman yang sebaik mungkin
mengenai hidup kita.
2. Tujuan Yang Betul
Sebagaimana yang kita sedia
maklum dalam tajuk yang lepas, pemahaman yang betul dan pemikiran yang
betul berfungsi secara bersama-sama. Bagi umat Buddhis, perkataan akal
(mind) mempunyai makna yang istimewa. Bila seseorang telah berfikiran
panjang dan mengambil keputusan tentang sesuatu, dia akan bertekad untuk
berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kehendaknya. Kita tidak
boleh mempunyai fahaman yang betul tanpa berfikiran dengan tujuan yang
betul. Kita mungkin mempunyai beberapa kepercayaan yang baik. Tetapi
kepercayaan in) mungkin tanpa pemahaman yang baik yang berakibat dari
pemikiran tanpa tujuan yang betul. Bila kita menerima pendapat seorang
lain tanpa persoalan, kita sebenarnya tidak mengikuti ajaran Buddha kepada
kita supaya berfikir untuk diri sendiri serta mempunyai tujuan sendiri.
Kita kadangkala mungkin terdengar mengenal orang yang tidak mempunya
sebarang hala atau tujuan hidup. Orang seperti Ini tidak suka mempunyai
pendirian yang tegas; mereka tidak mempunyai apa jua tujuan hidup.
Terdapat sebuah peribahasa
yang dijumpai dalam pelbagai bahasa yang berbunyi "Lihat dan fikir sebelum
melompat"1. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang baik untuk kita
semua. Agama Buddha mengajar bahawa setiap orang bertanggungjawab
menentukan jalan hidupnya sendiri. Jika kita tidak mempunyai tekad, hala
tujuan yang dirancang dengan baik, tidak banyak membuat perhitungan, maka
akibatnya ialah hidup kita penuh dengan penderitaan dan kekeliruan (tak
tentu hala). Disebabkan kejahilan, kita menyalahkan nasib kita yang
malang. Jalan yang paling baik dalam mengorak langkah membebaskan akal
(mind) kita lalah dengan menyingkirkan semua aspek-aspek negatif ini
daripada akal (mind) kita. Misalnya, kita harus menyucikan flkiran kita
dengan menyingkirkan perasaan seperti hasad-dengki, benci, marah, tamak
haloba dan kemalasan. Kita harus mempunyai tekad untuk berflkir dengan
tenang serta bertindak dengan rasional. Jika kita tidak mempunyai tujuan
ini, kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri di atas penderitaan yang
kita alami.
Seorang yang jahil
Leblh kurang 2,500 tahun
lalu, hidup seorang Brahman yang kaya dan telah 1anjut us1anya. Tujuan
hidupnya hanya untuk menikmati kepuasan nafsu serta bersukaria sebanyak
yang mungkin. Dia langsung tidak ingin berfikir mengenai perkara yang akan
menyakiti hatinya, Dia juga tidak ingin berfikir langsung mengenai hakikat
pada suatu hari nanti dia akan mati. Si Brahman yang jahil ini telah
membina sebuah mahligai yang indah buat dirinya. Di dalamnya diisikan
banyak harta-benda yang boleh menampung keperluan hidupnya sehingga
seratus tahun.
1. Peribahasa ini membawa makna bahawa
sebelum kita mengambil sebarang tindakan, kita harus berfikir
semasak-masaknya tentang baik buruknya tindakan tersebut.
Buddha menghantar Bhikkhu
Ananda untuk menasihati Brahman yang jahil itu supaya dia akan mempunyai
tujuan hidup yang betul serta dapat bertindak menggunakan akal fikirannya.
Tetapi Brahman yang kaya itu tidak mahu mendengar nasihat Bhikkhu Ananda.
Dia telah pun menyakinkan dirinya bahawa dia tidak akan mati. Tujuan
hidupnya salah, begitu juga cara fikirannya. Tidak lama selepas pemergian
Bhikkhu Ananda, lelaki tersebut jatuh sakit dan seterusnya meninggal
dunia. Berita ini diberitahu kepada Buddha. Buddha kemudian berkata bahawa
seseorang yang jahil tidak akan memahami nasihat baik yang diberi oleh
seorang bijaksana. Ini kerana dia adalah jahil dan hanya mementingkan diri
sahaja sebagaimana sebuah sudu tidak boleh merasa manisan, begitu juga
mereka yang mempunyai fikiran salah tidak akan tahu cara melepaskan
diri daripada belenggu penderitaan.
3. Pertuturan Yang Betul
Cara yang paling baik untuk
mengenali perwatakan seseorang ialah mendengar pertuturannya. Ramai yang
terbongkar rahsia dirinya apabila kita mendengar pertuturannya. Orang
boleh mengenali sama ada kita orang yang baik ataupun banyak cakap sahaja.
Seseorang mendapati adalah mudah untuk bercakap mengenai agama serta
falsafahnya tapi adalah susah untuk mempraktikannya. Terdapat satu
peribahasa yang berbunyi "actions speak louder than words". Semasa
bertutur kita harus mengelakkan daripada percakapan yang jahat, tidak
berfaedah dan tohmah-mentohmah. Salah satu perbuatan yang paling keji
ialah menyebar khabar-khabar angin.
Pertuturan yang betul harus
merangkumi kedua-dua aspek positif serta negatif. Yakni pertuturan
tanpa tipu muslihat, kebencian mahupun kesat bahasa. Pertuturan kita
tidak harus berdasarkan perasaan benci atau ingin menipu, serta harus
bebas dari khabar angin dan cakap kosong yang tidak berfaedah. Kita harus
bertutur dengan lemah lembut yang bermakna yang mana dapat membawa
kegembiraan kepada seseorang yang bergaul dengan kita. Jika kita tidak
dapat menggembirakan orang lain melalui pertuturan sebaik-baiknya
janganlah kita menyakiti mereka dengan pertuturan yang salah. Menipu
adalah salah satu daripada bentuk-bentuk pertuturan yang paling salah.
Penipuan yang menyakitkan perasaan orang lain adalah paling buruk sekali.
Adalah salah juga untuk menyatakan kebenaran supaya ia dapat membawa
masalah atau kesedihan kepada orang lain. Ada baiknya juga untuk
mendiamkan diri bergantung kepada situasi. Buddha juga kadang kala
mengamalkan sikap ini. Melalui teladanNya, Buddha menunjukkan bahawa
kadang kala ada baiknya untuk berdiam diri daripada bercakap benar.
4. Tindak-tanduk Yang Betul
Petua jalan positif lapan
yang berikutnya ialah tindakan yang betul. Kita harus menggunakan
sepenuhnya tenaga kita untuk menjadi teladan yang baik untuk orang lain
dan mengelakkan diri daripada mempamerkan teladan yang buruk khasnya
kepada kanak-kanak. Beberapa tahun dahulu seorang bapa datang berjumpa
saya. Dia mengatakan anaknya ditimpa kesusahan berhubung dengan jenayah.
Lelaki itu berkata dia tidak pernah menggunakan percakapan yang kasar di
depan anaknya. Saya kemudian bertanya sama ada dia telah menunjukkan
beberapa teladan baik yang boleh diikuti oleh anaknya. Leiaki itu membisu
seketika sebelum mengatakan tidak.
Sebelum kita merancang
sesuatu langkah kita harus memikir dengan berhati-hati sama ada perkara
tersebut dapat membawa kebahagiaan atau penderitaan kepada kita. Jika
kita bertindak dengan bijaknya, kita tidak harus berasa malu dengan
perbuatan kita. Tindakan bijak yang didahului oleh pemikiran secara
berhati-hati akarn menyebabkan orang lain menghormati kita dan tidak
menjatuhkan air muka kita. Ramai yang mendakwa mempercayai ajaran Buddha
tetapi apabila kita perhatikan kelakuan mereka, kita meragui kenyataan
mereka. Ini adalah kerana lain yang dicakap, lain pula yang dibuat. Ajaran
Buddha adalah sesuatu untuk dipraktik bukan untuk dibincang sahaja.
5. Cara Sara-hidup Yang Betul
Kita kini membincangkan
cara yang paling baik untuk mencari nafkah hidup. Sebagai permulaan, kita
harus memastikan bahawa usaha kita mencari nafkah hidup tidak membawa
kesusahan kepada orang lain. Kita tidak harus mencari nafkah hidup dengan
melibatkan diri dalam pertumpahan darah, menjual sesuatu yang dapat
meracuni badan atau akal (mind) orang lain. Kita harus yakin bahawa cara
kita mencari nafkah adalah jujur keseluruhannya. Sebaik mungkin, pekerjaan
kita juga membantu orang lain serta menyebabkan mereka menghormati kita.
6. Usaha Yang Betul
Usaha yang betul dan
kefahaman yang betul sering dikatakan dua aspek yang paling penting dalam
Jalan Lapan Lapis Positif. Pemahaman yang betul merupakan aspek yang
paling penting tetapi kesemua kefahaman yang betul ini tidak bernilai
jikalau kita tidak mempergunakannya. Maka usaha diperlukan. Usaha adalah
peraturan keenam. Sebaliknya, jika kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa
PEMAHAMAN yang betul padah akibatnya. Kita adalah umpama seorang
kanak-kanak yang cuba untuk memandu keretapi. Jika kita berusaha tanpa
benar-benar memahami apa yang kita lakukan, kita sebenarnya menanam
benih Kamma tidak baik kepada diri kita sendiri. Kedua-dua faktor
usaha dan pemahaman yang betul saling berkait dan harus dipraktik dan
dipupuk bersama. Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa pemahaman yang betul
adalah berbahaya. Sedangkan pemahaman yang betul tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh adalah sia-sia sahaja. Seorang yang tidak mempunyai
usaha yang betul adalah seorang yang MALAS. Tanpa mengatasi kemalasan,
kita tidak boleh mencapai kebahagiaan. Setiap orang harus berusaha untuk
menjalani hidup yang dipuji serta bermaruah. Dalam Buddhisme, usaha betul
dibahagikan kepada empat. Kita harus mengikutinya supaya dapat hidup
selaras dengan ajaran Buddha. Keempat-empatnya adalah seperti berikut :-
1. berusaha menghalang ciri kejahatan
daripada menapak dalam diri kita
2. berusaha menyingkir ciri-ciri
kejahatan yang telah sedia ada dalam fikiran serta perbuatan kita
3. berusaha meneruskan ciri-ciri kebaikan
yang sedia ada dalam fikiran dan kelakuan kita
4. berusaha menyernai serta memupuk
ciri-ciri kebaikan yang bet urn ada di dalam hati, fikiran serta
perbuatan kita
Ramai di antara kita
mempunyai tujuan dan idea yang baik tapi kita tidak berusaha
mempraktikannya. Situasi ini umpama seekor burung yang hanya mempunyai
sebelah kepak sahaja. Kebanyakan di antara kita juga mempunyai satu tabiat
yang buruk, iaitu melengah-lengahkan kerja kita yang harus dibuat hari ini
hingga keesokan harinya, minggu depan ataupun bulan depan. Kita hanya
pasti tentang masa kita bagi hari ini sahaja. Semalam telah pun berlalu
dan esok pula belum tentu tiba lagi. Masa yang paling baik untuk
mempraktik usaha yang betul ialah pada hari ini juga. Lebih cepat kita
mula mempraktik Jalan Lapan Lapis ini lebih cepat kita mula mencapai
kebahagiaan. Jalan inilah satu-satunya jalan ke arah kebahagiaan abadi.
Tiada apa yang boleh dibuat jika kita masih belum mula mempraktiknya.
7. Kesedaran Yang Betul
Kesedaran yang betul boleh
membawa manfaat pada sesiapa pun yang mengamalkannya dalam hidup
sehari-harian. Ramai ahli perniagaan berjaya menggunakannya. Makna
kesedaran ialah kita harus menumpukan perhatian kita kepada apa yang kita
lakukan. Tidak lama dahulu, saya ternampak seorang wanita yang kehilangan
salah satu jari tangannya. Semasa dia sedang memotong cili dengan sebilah
pisau yang tajam, fikirannya asyik menyingkap kembali sebuah wayang
gambar yang ditontonnya pada hari sebelumnya. Tiba-tiba dia terpotong
jarinya. Seseorang yang tidak tahu cara menumpukan fikirannya tidak akan
berjaya dalam hidupnya. Suatu ketika yang lain pula, saya mengenali
seorang lelaki yang hampir-hampir meninggal dunia kerana doktornya telah
tersilap memberi suntikan kepadanya. Doktor itu tidak menumpukan perhatian
kepada apa yang sedang dilakukannya, akibatnya nyaris-nyaris menyebabkan
kematian seorang pesakitnya. Pelajar yang paling berjaya adalah mereka
yang telah melatih diri mereka untuk memberikan perhatian) sepenuhnya
kepada sebarang mata pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Jika
dia sedang belajar matematik, adalah sia-sia untuk khuatir tentang ujian
Sejarahnya. Dia akan mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk lulus
dalam semua mata pelajaran jika dia memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
setiap mata pelajarannya satu demi satu. Pernahkah anda perhatikan bahawa
apabila kita membuat tiga atau empat perkara dengan serentak, biasanya
kita hanya akan menyelesaikannya separuh jalan sahaja. Ataupun kerja itu
tidak dilaksanakan dengan sempurna. Ini disebabkan perhatian kita tidak
ditumpukan kepada satu perkara sahaja. Perhatian yang tidak tertumpu
bukanlah Kesedaran Yang Betul.
8. Konsentrasi Akal (Mind) Yang Betul
Dalam bahasa Pali, petua
yang kelapan ini dikenali sebagai Samma Samadhi. Petua ini tidak
bermaksud penumpuan fikiran biasa yang terdapat dalam petua ketujuh.
Petua kelapan merupakan satu ciri penumpuan spritual dan dikenali umum
sebagai MEDITASI (bersemadhi). Petua kelapan ini merupakan tahap yang
tertinggi di antara kesemua Jalan Lapan Lapis Positif. Seseorang yang
kerap bermeditasi akan mencapai ketenteraman fikiran serta kearifan.
Oleh kerana meditasi ini merupakan satu faktor yang paling penting untuk
dipraktik oleh setiap Buddhis, saya akan memberi gambaran yang ringkas
tentang manfaatnya.
Dalam dunia moden ini, kita
sering mengalami tekanan emosi. Tanggungjawab seorang ayah dalam memenuhi
keperluan fizikal keluarganya seperti pakaian, makanan, tempat tinggal dan
sebagainya merupakan satu masalah. Kita juga seringkali khuatir tentang
kesihatan kita, mengalami masalah emosi dan pelbagai masalah, kegelisahan
dan ketakutan. Ada yang buat sehingga mengambil dadah, atau minuman keras
untuk menenangkan dirinya. Menurut Buddha, ubat yang paling mujarab sekali
bagi segala masalah ialah meditasi (bersemadhi). Bagaimanakah kita
bermeditasi? Bolehkah seslapapun bermeditasi atau lanya d1khaskan untuk
Bhikkhu sahaja? Dapatkah seorang wanita bermeditasi setanding dengan
seorang lelaki? Adakah perlu untuk mencari suatu tempat yang sunyi atau
hutan belantara untuk bermeditasi? Apakah langkah-langkah bagi meditasi?
Meditasi tidak dikhaskan
untuk bhikkhu sahaja. Orang kebanyakan juga boleh mempraktik meditasi.
Meditasi boleh dipraktik tidak kira oleh lelaki mahupun wanita dan boleh
dipraktikkan di bandar mahupun di sebuah tempat yang sunyi dan terpencil.
Meditasi sebenarnya tidaklah begitu susah atau kompleks. Masalah
utama ialah ramai yang tidak sanggup untuk duduk diam tanpa bergerak buat
beberapa minit pun. Dalam masa yang singkat saja, seorang individu akan
hilang konsentrasi kerana ingin minum air untuk menghilangkan dahaga, tali
pinggangnya terlalu ketat, terdengar hon kereta, atau lututnya terasa
sakit. Ataupun dia khuatir tentang cara untuk menyelesaikan semua bil-bil
tanggungannya. Jadi, terdapat berberapa kesukaran bagi seorang yang mula
mempelajari meditasi. Justeru itu, dia harus mempunyai banyak kesabaran.
Seseorang harus mempunyai banyak kesabaran serta benar-benar ingin
mempelajari meditasi. Seluruh hidup kita akan berubah dan kita akan
menikmati ketenteraman serta ketenangan jiwa apabila kita mempraktik petua
kelapan ini.
Berikut secara ringkas
adalah beberapa langkah-langkah untuk bermeditasi. Adalah lebih baik untuk
bermeditasi di sebelah pagi, iaitu semasa badan kita masih segar. Basuh
muka dan tangan serta tarik beberapa nafas yang panjang. Pakaian semasa
bermeditasi harus longgar dan tidak ketat. Duduk dalam posisi yang
membolehkan anda tidak sedar mengenai badan anda. Jika anda selalu duduk
d1 atas kerusi dan berasa tidak selesa apabila duduk di atas lantai dengan
bersilang kaki, maka anda akan berasa sukar untuk bermeditasi d1 atas
lantai. Jadi, dudukiah tegak d1 atas kerusi dengan kaki anda tegap d1 atas
lantai. Hidung dan dagu anda haruslah dalam satu garisan yang sama dengan
tali pusat (naval) anda. Bahu anda harus dalam posisi yang baik supaya
anda dapat bekalan udara segar yang berterusan. Pejamkan (bukan
sepenuhnya) mata anda. Letakkan tangan kanan anda di atas tangan kiri
dengan kedua-dua ibu jari anda bersentuhan. Mulakan dengan menarik nafas.
Secara mental, sebut "Satu, saya menarik nafas (tahan nafas anda buat
seketika) dan kemudlan, "Satu, saya menghembuskan keluar nafas". Menarik
dan menghembus keluar nafas ini haruslah dilakukan dengan perlahan dan
berterusan. Ulangi langkah inl sehingga anda telah bilang hingga nombor
sepuluh. Kemudian, tumpukan akal (mind) anda pada satu titik tunggal dan
jangan biarkan fikiran tentang perkara lain masuk akal (mind) anda. Jika
ini berlaku, biarkan fikiran tersebut berlalu tanpa berpaut padanya.
JANGAN BERPAUT PADA PERKARA-PERKARA LAIN. Jika anda memilih untuk
menumpukan akal (mind) anda ke atas keamanan, jangan fikirkan tentang
perkara lain melainkan KEAMANAN. Teruskan selama lima belas minit.
Ramai yang cuba untuk
bermeditasi untuk satu jam terus dalam sessi-sessi meditasi mereka yang
pertama. Perkara ini tidak digalakkan. Sessi meditasi anda yang pertama
dan seterusnya (lebih kurang dua belas sessi) haruslah lebih kurang 15
minit dan kemudian ditingkatkan kepada 20 minit bagi beberapa minggu yang
kemudlan. Sessi ini ditambah beransur-ansur kepada setengah jam dan
akhirnya kepada satu jam selepas enam atau tujuh bulan bermeditasi. Jika
boleh, cuba belajar dari seorang guru meditasi yang mahir. Jika tiada,
gunakan faktor pertama, kedua dan keenam dalam Jalan Lapan Lapis yang
positif, yakni fikir baik-baik, fahami dengan betul serta berusaha dengan
gigih. Ramai doktor di Eropah mengesyorkan meditasi kepada pesakit mereka
yang mengalami penyakit tekanan darah tinggi, asma, hypertension,
kegellsahan, ketakutan, ketumbuhan ulser, kerunsingan serta penyakit
saraf. Peratus yang berjaya diubati melalui meditasi adalah tinggi. Dr
Graham Lye, seorang doktor di London telah bertahun-tahun menggunakan
perubatan secara meditasi ini. Beliau merupakan salah seorang doktor yang
paling berjaya di England dalam mengubati beberapa penyakit tertentu. Jika
anda ingin memastikan tentang kesahihan cara perubatan ini, cubalah
bermeditasi. Anda akan lihat betapa berubahnya hidup anda. Perhatikan juga
cara tekanan darah anda akan turun hingga ke paras yang normal selepas
anda telah bermeditasi.
Adalah sedih untuk
memerhatikan cara Buddhisme dipraktik oleh beberapa orang. Bagi mereka,
untuk menjadi seorang Buddhis yang baik, mereka harus pergi ke Vihara
atau mempersembahkan kayu colok atau mengucap Lima Peraturan Hidup
(PancaSila) sahaja. Ajaran Buddha adalah bagaikan permata yang terletak di
dalam satu lombong yang dalam. Kita harus menggali dengan dalam untuk
mendapatkan permata-permata tersebut. Sesiapa yang benar-benar ingin
mempelajari Kebenaran ajaran Buddha akan dapat mengecapi kebahagiaan dan
kepuasan yang tidak dapat dinikmati oleh orang lain. Haruslah ingat bahawa
dengan semata-mata mengatakan "Saya adalah seorang Buddhis" tidak ada
gunanya. Apa yang penting ialah cara kita menjalani hidup kita. Konsep
cara hidup Buddhisme ialah ianya sesuatu untuk dipraktikkan setiap hari
sepanjang hidup kita. Jika kita mengikuti pedoman Buddha, kita pasti akan
mengecapi kebahagiaan dalam hidup ini dan juga hidup yang akan datang.
TIGA BUKTI MENGENAI AGAMA YANG SAHIH
Jangan melakukan kejahatan
tetapi berbuat baik,
Sucikan akal (mind) anda,
Semua Buddha mengajar agama
sahih ini,
Yang akan abadi
selama-lamanya.
HUKUM SEMULAJADI
KAMMA
Kamma
adalah perkataan Sanskrit yang bermakna tindakan. Dalam Buddhisme,
Kamma bermaksud tindakan dan tinda kbalasnya. Kamma juga
diterangkan sebagai hukum punca dan akibat.
Apabila kita menanam benih
padi, kita tidak boleh mengharapkan lada hitam dihasilkan. Kita tidak
boleh menjadi sejuk dengan menyalakan api. Jika dalam setiap aspek hidup,
kita boleh mencari sebab atau puncanya, maka kita dengan yakin boleh
meramalkan akibatnya.
Buddha telah mengajar
bahawa kebahagiaan dan kensengsaraan itu adalah suatu hasil sahaja,
seperti api adalah sebab atau punca dan haba pula adalah hasilnya. Jika
kita menjalani hidup kita dengan banyak kejahilan, kejahatan serta
tamak-haloba, sudah tentu kita harus bersedia menghadapi hasil yang
selaras dengan hidup sedemikian. Perbuatan baik dibalas baik, perbuatan
jahat pula dibalas jahat. Barangkali, ramai di antara anak sekalian
mempunyai satu akaun simpanan di bank. Setiap minggu anda akan memasukkan
wang ke dalam bank. Fikiran dan kelakuan kita adalah seperti membubuh
beberapa keping sylling wang ke dalam tabung wang kita, tapi dalam hal
ini, ia adalah TABUNG KAMMA. Fikiran dan kelakuan yang jahat
adalah seperti wang palsu. Kadang kala orang yang cuba untuk menggunakan
wang palsu akan ditahan polis. Kecelakaan akan menimpa sesiapa yang cuba
menggunakan wang palsu; seperti juga kecelakaan pasti menimpa seseorang
yang mendepositkan fikiran dan kelakuan yang jahat ke dalam "Tabung
Kamma" mereka. Kebahagiaan akan dapat dikecapi jika kita mendepositkan
fikiran dan kelakuan yang baik ke dalam "Tabung Kamma" kita.
Sesiapapun tidak boleh menghalang Kamma kita. Hasil yang buruk
selalu datangnya daripada perbuatan yang jahat; hasil yang baik selalu
datangnya daripada perbuatan yang baik. Jika kita ingin bahagia, kita
harus mendepositkan simpanan punca-punca kebahagiaan seperti juga kita
menanam benih padi untuk mendapatkan hasil padi.
Adalah penting bagi semua
belia menyedari betapa pentingnya memahami Hukum Semulajadi Kamma
ini. Dengan memahaminya, kita dapat mengawal hasil yang menimpa kita
dengan mengawal sebabnya (atau puncanya). Kita akan mengetahui bahawa
dengan berbuat baik, kita akan mengecapi kebahagiaan, manakala yang
berbuat jahat pula akan menghasilkan penderitaan.
KELAHIRAN SEMULA (REBIRTH)2
Kita tidak akan dapat
memahami fenomena kelahiran semula jikalau kita tidak memahami Hukum
Semulajadi Kamma. Kelahiran semula bergantung kepada Kamma.
Dengan fikiran dan perbuatan yang baik dalam hidup ini, kita bukan hanya
akan mendapat hasil yang baik dalam hidup inl, bahkan juga mendapat hidup
kelahiran semula yang lebih baik apabila tamat hayat ini.
2. Buddha telah mengajar melalui
pengalamanNya sendiri bahawa terdapat kelahiran semula selepas mati.
Istilah Palf bagi kelahiran semula ialah "Punnabhava". Istilah
patisandhi juga kerap digunakan dalam beberapa teks Pali.
Kamma
seseorang, baik atau buruk sebenarnya adalah dirinya sendiri. Kamma
ini akan wujud semula dalam satu kehidupan yang lain, sama ada di syurga,
neraka ataupun di dunia ini. Ada kes di mana, seseorang yang mempunyai
Kamma yang sangat buruk dilahirkan sebagai haiwan. Cuba kita
bayangkan seorang yang sangat kejam sifatnya, tak ubah seperti seekor
harimau baik dari segi perbuatan mahupun fikiran. Orang seperti ini
mungkin menjadi seekor harimau dalam hidupnya yang akan datang. Cuba kita
bayangkan satu kes yang lain pula - seseorang yang mempunyai tabiat dan
kelakuan seperti seekor babi. Bagaimana kita hendak mengharapkan orang
seperti itu hidup semula di syurga ataupun sebagai manusia yang normal,
baik hati serta senonoh?
Terdapat lebih daripada
satu jenis kelahiran semula. Sejenis kelahiran semula ialah dalam hidup
ini sendiri. Sebagai contohnya perubahan perwatakan seseorang daripada
jahat kepada baik, atau pun sebaliknya. Kelahiran semula dalam Buddhisme
merujuk kepada kelahiran semula selepas kematian seseorang, iaitu
selepas hayatnya dalam dunia ini telah tamat. Jika kita ingin tahu keadaan
hidup yang akan datang, cuba perhatikan cara kita menjalani hidup kita
sekarang ini. Jika kita malas, tidak mempelajari ajaran Buddha, tidak
mematuhl Lima Peraturan Hidup (Five Precepts) dan Jalan Lapan Lapis, sudah
tentu kita tidak boleh harapkan kehidupan akan datang yang lebih baik.
Sebaliknya jika kita mempelajari serta mempraktik Dhamma, menjadi
seorang yang balk hati, mempunyai sifat belas kasihan serta tidak tamak,
kehidupan yang akan datang pasti lebih baik.
Hayat kita dalam dunia ini
berlalu dengan cepatnya. Kita sekarang adalah murid-murid di alam
persekolahan. Beberapa tahun akan berlalu tanpa disedari kita akan menjadi
orang dewasa dan akhirnya meningkat usia menjadi orang tua. Tidak ramai
yang hidup sampai 100 tahun, tetapi walaupun dapat hidup sehingga usia
ltu, kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh hidup
selama-lamanya. Jadi, kita harus berhati-hati dengan apa yang kita fikir
dan lakukan. Perbuatan dan fikiran kita adalah Kamma kita, baik
mahupun buruk. Kammalah yang akan muncul dalam hidup kita yang
akan datang.
Seseorang budak lelaki atau
perempuan yang mula hidup dengan jalan yang betul semasa kanak-kanak lagi
dan seterusnya menjadi seorang Buddhis yang baik sepanjang hayatnya tidak
perlu khuatir tentang kewujudan semula. Tapi pokok persoalannya ialah
bilakah kita hendak bermula mengamalkannya. Jika kita menghasilkan benih
Kamma yang baik dalam hidup ini, kita tidak perlu tunggu sampai
mati untuk menerima manfaatnya. Kita akan mengecapi kebahagian dalam hidup
ini dan juga hidup yang akan datang.
MANFAAT DARIPADA BUDDHISME
Pada zaman ini, kita sering
mendengar orang lain berkata "Apakah manfaat yang boleh saya dapati dengan
melibatkan diri di dalam aktiviti ini?". Sering kali, manfaat yang mereka
maksudkan ialah dalam bentuk lahiriah misalnya wang, status, kesihatan dan
sebagainya. Apakah manfaat yang boleh kita dapati dari mengikuti ajaran
Buddha? Jawapannya ialah badan atau akal(mind) kita lebih sihat kerana
menjalani cara hidup cara yang lebih raslonal. Anda akan lebih berjaya
dalam pernlagaan anda kerana dapat berfikir dengan lebih baik. Anda juga
akan mendapat ketenteraman dan ketenangan jiwa.
Dalam akhbar, sering kita
terbaca tentang kisah kanak-kanak yang nakal. Kanak-kanak seperti ini
terpaksa dihantar ke sekolah-sekolah khas bagi "kanak-kanak yang nakal".
Apabila kita bercakap dengan kanak-kanak inl, mereka adalah normal dan
tidak ubah seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka. Mereka
adalah nakal kerana telah di abaikan oleh ibubapa mereka atau saudara
lebih tua yang tidak mengajar mereka membezakan yang baik dan yang buruk.
Ibubapa seperti ini tidak
berhak dipanggil Buddhis. Adalah tidak adil mengharapkan kewajipan serta
penghormatan kepada ibubapanya jika anak itu tidak dididik sejak dari
kecil lagi. Jika ibubapa gagal untuk menunjukkan teladan yang baik,
menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang dan mendidiknya ke arah hidup
yang lebih baik, terpuji serta bahagia, maka tidaklah adil untuk
mengharapkan anaknya menunaikan kewajipan serta penghormatan kepada
ibubapa.
Ramai hakim menyatakan
terdapat lebih ramai ibubapa yang "deliquent" berbanding dengan
kanak-kanak yang "deliquent". Hidup mengikuti Dhamma haruslah
bermula daripada rumah tangga kita sendiri. Ajaran yang diberikan dalam
buku ini disesuaikan untuk murid-murid, tetapi perkara ini juga sesuai
untuk ibubapa. Buku ini harus dibaca dengan teliti dan direnung kembali
oleh setiap ibubapa yang beragama Buddhis.
Jika kita berasa tidak
bahagia, ini disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Jika kita mempelajari
serta mempraktikkan Dhamma, menjadi seorang yang baik hati,
mempunyai sifat belas kasihan serta tidak tamak, kehidupan akan datang
kita pasti lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan