Hye , kadang2,
lelaki ini caring ,loving dkt korang, sampai korang tak perasaan la
mungkin setiap lelaki ada cara yang berbeza untuk meluahkan perasaan .
.. so aku sebagai lelaki nak share sikit Bagaimana Lelaki menunjukkan perasaan terhadap wanita. :)
Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas.
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut
kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan
apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata
kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah
menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping
denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi
atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur,
itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah
tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis
untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan
suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya
setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud
mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar
hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu
tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi,
terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang
paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika
diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu
dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan
risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu,
tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah
berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini
tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih
lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh
tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap,
tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si
dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih
daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati,
sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu
mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya
kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang
disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah
teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa
bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling
rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak
dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?” "i sentisa cintakan u",
jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia
tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah,
kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia
sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.* Bukan menangis kerana lembik okay !!
Pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan