Selasa, 28 Mei 2013

AGAMA SONGSANG

Dilaporkan terdapat berpuluh-puluh ajaran dan amalan 'AGAMA' yang dikatakan telah terkeluar dari Aqidah Islam di Malaysia.  Pihak JAKIM juga telah mewartakan Senarai 56 Ajaran Sesat di dalam laman rasminya. Namun apakah kandungan ajaran yang dikatakan sesat itu amat sukar diperolehi.  Oleh sebab itu, sukar untuk membendung perkembangan ajaran sesat seperti yang dikatakan kerana Kumpulan seperti ini kebanyakannya bergerak secara senyap, menawan orang-orang yang dalam kebingungan mencari jalan ketenangan dan peringkat awalnya mereka mengamalkan ajaran/amalan yang tidak bertentangan dengan islam.

Kalau kita adalah individu yang amat cetek ilmu agama dan pada masa yang sama terjumpa dengan kumpulan ini, manakah mungkin kita dapat mengesan ia adalah satu ajaran sesat??


Saya sendiri mengalami kesukaran untuk mencari maklumat tentang KESESATAN itu.  Saya terpaksa membuka satu websait ke satu websait untuk mencari fakta.


Tujuan saya membuka tajuk ini adalah untuk mengkaji satu persatu kandungan ajaran yang dikatakan sesat itu. Agar semua maklumat ada di sini dan mudah dirujuk oleh sesiapa sahaja yang memelukan maklumat.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan dan menyelesaikan kajian ini.


Terima kasih tidak terhingga serta mohon HALAL kepada pemilik pelbagai website dan blog yang menjadi tempat rujukan saya. Kepada Allah saya serahkan di atas ilmu yang saya perolehi.


Definisi Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurut tafsir pimpinan Ar-Rahman, halaman 4, orang yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

.
Sejarah Ajaran Sesat di Malaysia

Isu ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah suatu perkara baru. Ia mulai bergerak secara senyap semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animisme, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.

Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Terdapat beberapa bentuk ajaran sesat seperti:
  • AnimismeKepercayaan animisme (Latin = anima atau "roh") adalah kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul di kalangan manusia primitif. Kepercayaan animisme mempercayai bahwa setiap benda di Bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pohon atau batu besar), mempunyai jiwa yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. (Rujukan www.wikipedia.com)
  • DinamismeDinamisme (dalam kaitan agama dan kepercayaan) adalah pemujaan terhadap roh (sesuatu yang tidak tampak mata). Mereka percaya bahwa roh nenek moyang yang telah meninggal menetap di tempat-tempat tertentu, seperti pohon-pohon besar. Arwah nenek moyang itu sering dimintai tolong untuk urusan mereka. Caranya adalah dengan memasukkan arwah-arwah mereka ke dalam benda-benda pusaka seperti batu hitam atau batu merah delima. Ada juga yang menyebutkan bahwa dinamisme adalah kepercayaan yang mempercayai terhadap kekuatan yang abstrak yang berdiam pada suatu benda. istilah tersebut disebut dengan mana. (Rujukan www.wikipedia.com)
  • Ajaran Hindu-Buddha.
  • Syiah Sabaiyyah. Yaitu Syiah pengikut Abdullah bin saba’, golongan ini termasuk syiah yang keterlaluan, yang berlebih-lebihan, yang mempercayai bahwa nabi Muhammad akan kembali kedunia seperti nabi Isa, bahwa saidina ali belum mati tetapi bersembunyi dan akan lahir kembali kedunia kembali, bahwa Jibril tersalah menurunkan wahyu yang seharusnya diturunkan kepada Ali lantas diberikan kepada Muhammad, bahwa petir dan kilat adalah suara saidina ali yang sedang marah, bahwa ruh Tuhan turun kepada Ali dll, i’tiqad yang ganjil-ganjil.]

     K.H. Siradjudin Abbas, I’TIQAD AHLUSSUNAH WAL-JAMA’AH, (Jakarta Selatan: CV Pustaka Tarbiyah,2006), 121

  • Syiah Kaisaniyyah. Al-Kaisaniyyah pernah menjadi Syi'ah yang terbesar (Syi'ah: bererti Pengikut) sekta Ghulat (dikalangan puak Shi'a pada tempoh) yang terbentuk dari pengikut Al Mukhtar. Mereka percaya pada Imam Muhammad ibni alHanafiyyah.  Selepas kematian Muhammad ibn al-Hanafiyyah sekta berpecah kepada beberapa sekta kecil setiap satu dengan iman dan kepercayaan tersendiri. Kaysanites melalui sejarah berterusan berpecah kepada sekta kecil dengan kematian pemimpin mereka. Satu dari sekta kecil Kaysanite yang dipimpin oleh Abbasids, yang berjaya memberontak menentang Khalifah Umaiyyad dan seterusnya mendirikan Khalifah Abbasid. Bagaimanapun, selepas perlantikan Abbasids sebagai Khalifah dan penolakan mereka pada asal Kaysanite mereka, sebahagian besar Kaysanites bertindak balas dengan meninggalkan sekta Kaysanite mereka dan sebaliknya bertukar kesetiaan mereka kepada sketa Shi'a yang lain. Dengan itu, sekta Shi'ah Kaysanite menjadi pupus sungguhpun pernah mendapat tempat terulung dikalangan Syi'ah.
  • Etymologi. Pengikut Al-Mukhtar yang muncul dari pergerakannya (termasuk semua sekta kecil berikutnya yang berasal dari gerakannya) yang mempercayai sebagai Iman, Muhammad ibn al-Hanafiyyah dan keturunannya atau sebarang pengganti yang ditetapkan pada asalnya digelar Mukhtariyya (sempena Al-Mukhtar), tetapi lebih biasa digelar sebagai Kaysaniyyah (contoh. Kaysanites). Nama Kaysaniyya kelihatannya berasaskan pada nama keluarga Kaysan, kononnya diberikan kepada Al-Mukhtar oleh Ali atau nama Mawali yang dibebaskan oleh Ali yang terbunuh dalam Peperangan Siffin yang dikenali sebagai Kaysan, dari mana didakwa Al-Mukhtar mendapat ideanya. Bagaimanapun, ia kemungkinannya dinamakan sempena Abu ‘Amra Kaysan, Mawali terkemuka dan ketua pengawal peribadi Al-Mukhtar. Kaysanites turut dikenali sebagai Hanafis (sempena Muhammad ibn al-Hanafiyyah). Shi'a Berempat (contoh. mereka mengakui hanya 4 Imam selepas Muhammad dan Khashabiyya (contoh. lelaki bersenjata belantan, kerana mereka bersenjata belantan atau tongkat).
    • Al-Mukhtariyyah
    • Al-Hashimiyyah
    • Al-Bayaniyyah
    • Al-Rizamiyyah
Ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.


Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini. 

Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti:

  • Seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 19 Oktober 1974.
  • Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979.
  • Pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.
  • Dua orang lelaki Indonesia yang menyebarkan ajaran sesat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah cedera ditembak selepas mengamuk di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu pada 1 Februari 1996.
  • Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran sesat Tabarani telah bertindak keterlaluan dengan memukul Ketua Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.
.
Ghulam Mirza Ahmad Qadyani

Ciri-ciri Ajaran Sesat

Di antara ciri-ciri yang boleh dikenalpasti bagi sesuatu ajaran sesat adalah:

  • Pemimpinnya mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
  • Pemimpinnya mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi (ajaran sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).
  • Mereka mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
  • Mereka mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
  • Mereka mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
  • Mereka mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
  • Mereka mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
  • Mereka mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru.
  • Mereka memohon kepada objek tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
  • Mereka melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
  • Pemimpin mereka mengaku Allah menjelma dalam diri.
  • Pemimpin mereka mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
  • Pemimpin mereka mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi terus daripada Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga).
  • Mereka mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.
  • Mereka memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
  • Mereka meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
  • Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.
  • Pemimpin mereka mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.
  • Mereka mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.
  • Mereka mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar.
Faktor-faktor Ajaran Sesat

Hasil daripada penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang hasil daripada faktor-faktor berikut:
  • Tasawuf Falsafah @ Teosofi
  • Ajaran Batiniah
  • Ajaran Syiah
  • Khurafat, amalan bomoh dan tradisi
  • Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan sunah.
Teknik Penyebar Ajaran Sesat Memikat Pengikut
  • PerhatiPenyebar mesti pandai dan memahami hati serta pendirian orang yang dipikat. Mangsa selalunya seorang yang warak dan kuat mengerjakan amal ibadat. Penyebar ajaran sesat akan berpura-pura lebih kuat beragama dan beribadat daripada mangsa.
  • Beramah MesraPenyebar cuba mencari jalan untuk mendampingi dan mendekati orang yang hendak dipengaruhinya. Misalnya, penyebar akan meminta bermalam di rumah orang berkenaan dengan tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran dan dalam syarahannya akan diselitkan keburukan ulama lain.
  • Mencetus KeraguanJika seseorang itu mengerjakan sembahyang fardu dan sunat dengan tekun dan tidak berhenti-henti, mereka akan menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan tujuan bersembahyang.
  • Gantung Tidak Bertali.  Setelah tujuan penyebar berjaya menimbulkan keraguan dalam pemikiran seseorang dan orang yang dipikat benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai rahsia seperti rahsia di sebalik huruf awal surah, sembahyang dan puasa, penyebar seringkali bersikap ‘pura-pura jual mahal’. Jika didesak penyebar akan meminta mangsa bersabar, banyak mengerjakan sembahyang dan amal ibadat.
  • Ikat.  Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah tidak membocorkan rahsia. Mangsa ‘diikat lidah’ agar tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.
  • Kesamaran.  Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang ‘berat dan kabur’. Contohnya, “manusia itu ada bermacam pendapat, bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan pihaknya betul. Tetapi kita dengan mengenal diri, maka mengenal Allah dan Allah tidak menyembunyikan kebenaran, manakala orang lain berada dalam keadaan meraba-raba”.

Mangsa Ajaran Sesat

  • Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.
  • Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur kerohanian dengan cara jalan singkat tanpa ikut sunnah.
  • Golongan yang menyeleweng dalam hal yang berhubung usul. Ini berlaku kerana kurang kemantapan dalam usul syariah dan tunjangan serta pengetahuan yang lemah dalam shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.
Ancaman Ajaran Sesat Kepada Umat Islam dan Negara.
  • Mencela Ulama dan FuqahaKebanyakan penganjur ajaran sesat mendakwa diri dan pengikutnya sebagai manusia yang mengetahui segala ilmu hakikat dan telah mencapai ke maqam yang tinggi serta menolak syariat. Mereka meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir dianggap hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama pada hari ini sedangkan diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.
  • Membuat Takwilan Dalam AgamaGuru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran batiniah dan menggunakan doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah. Hal ini dapat dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atau lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti angka dan pandangan huruf.
  • Kepentingan Peribadi dan Seks. Kebanyakan ajaran sesat ini mempunyai motif dan kepentingan peribadi kepada gurunya seperti kepentingan terhadap kedudukan, pangkat, kebendaan dan seks bebas dengan mengamalkan nikah batin. Nikah batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia yang boleh berlaku sama ada antara guru dengan pengikutnya atau sesama di kalangan pengikutnya yang tidak terikat dengan hukum syarak.
  • Agenda Menghancurkan Perpaduan Umat IslamSejak zaman Rasulullah lagi, terdapat golongan yang ingin merosakkan agama Islam secara halus tetapi menemui kegagalan. Namun, ketika zaman Khalifah Umaiyyah dan zaman selepasnya, pelbagai penyelewengan akidah dan syariah telah berlaku. Golongan tertentu telah menyelewengkan hukum dan syariat Islam seperti ajaran Crypto Mokhtar Hassan yang menafikan al-Quran, membatalkan sembahyang dan ibadat lain dan ajaran Tajalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana yang memperkecil-kecilkan ulama syariat.
  • Agenda Memecah-belahkan Perpaduan dan Persaudaraan Umat IslamFahaman Syiah mula tumbuh pada tahun 36H yang diamalkan di Iran, Lubnan dan Pakistan telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam. 
  • Untuk menguji sejauh mana kefahaman dan ketaatan umat Islam terhadap agamanya. Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, ini memudahkan agama Islam dan umatnya dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.


Ajaran-ajaran Sesat Dari Kategori Ajaran Baru

Didalam kehidupan moden pada hari ini, sebenarnya terdapat banyak aliran-aliran kepercayaan baru yang telah digambar gemburkan, dicanang dan dihebahkan keseluruh pelusuk dunia dengan tajaan kumpulan dan kaum tertentu untuk menghancur leburkan Akidah umat Islam. Ini adalah propaganda-propaganda kaum kafir Laknatullah dimana-mana yang sentiasa bersepakat untuk menghancurkan kepercayaan umat Islam semua. Sedangkan umat Islam terus berdiam diri tanpa berbuat sesuatu keatas mereka. Ia memang menguji kesabaran kita semua.

Telah pun kita diberitahu didalam Al-Qur’an akan pekara ini akan berlaku diakhir zaman. Jadi kita umat Islam akhir zaman harus kuat disemua segi untuk mengatasi pekara seumpama ini. Kita semua semamangnya tidak mampu untuk menghapuskan ajaran-ajaran sesat baru mereka. Tetapi kita masih boleh berhubung dan nasihat menasihati diantara kita supaya kita terhindar dari dakyah songsang mereka. Kita jaga dan pelihara keluarga kita dengan keimanan yang kukuh dan sentiasa memohon perlindungan Allah swt.
Diantara ajaran sesat yang baru di dunia ini seperti:
  • Kominisme.
  • Sosialisme.
  • Materialisme.
  • Liberalisme.
  • Kapitalisme.
  • Sintisme.
  • Metalisme.
  • Darwinisme dll.
Pelopor kepada ajaran baru moden ini adalah manusia biasa yang berfikiran sempit dan sesat.Sememangnya mereka-mereka ini orang kafir dan semestinyalah ajaran-ajaran mereka itu tidak menyentuh langsung soal Akidah umat Islam malah jauh daripada itu. Ia amat mudah kita ketahui akan dakyah songsang mereka yang amat sesat, cuma yang menjadi masaalah, mereka suka mendatangi orang-orang Melayu terutama remaja cuba untuk memikat mereka untuk menyertai kumpulan mereka dengan tawaran keseronokan dunia dan wang ringgit yang banyak. Hati siapa yang tak goyang melihat akan tawaran lumayan seperti itu yang jarang sekali hadir kini terbentang didepan mata.


Mungkin di Malaysia pernah digemparkan akan pekara sebegini yang baru-baru berlaku dahulu, tetapi diseberang pekara inilah punca utama Melayu Murtad yang dapat kita kesan hasil daripada penyelidikan bertahun-tahun lamanya dengan cara terjun dan tinggal bersama-sama mereka kerana mereka tidak akan bercakap tentang pekara ini dengan mudah jika kita tidak menjadi sebahagian dari mereka. Bukannya satu aliran kefahaman atau agama saja yang berbuat demikian, semua yang kita senaraikan disini berbuat taktik yang sama. Ini untuk aliran baru atau moden saja, belum lagi kita masuk kepada aliran-aliran kepercayaan sesat dan agama baru yang beribu jumlahnya yang disebarkan diceruk-ceruk desa disana. Semua dikatakan mengunakan wang sebagai umpan untuk menarik minat orang ramai menjadi ahli mereka. Punca utama ialah mereka lemah dalam pegangan agama dan kedua kerana kemiskinan. 

Benar kata-kata Rasullah saw dalam sebuah hadis Qudsinya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang maksudnya :

"Jauhi kamu dari kefakiran (kemiskinan) kerana ia membawa kepada kekufuran (murtad)".

Umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana tinggal dengan aman tanpa gangguan hebat dari golongan ini. Ini kerana pegangan kepada Islam mereka masih kukuh dan ekonomi mereka juga amat baik. Sebenarnya kerajaan Malaysia amat ketat dalam pengawalannya akan dakyah sesat yang cuba masuk kemari. Kalau ada pun hanya kedengaran sedikit saja disana sini yang menunggu masa untuk dibentras dan dihancurkan. Disamping itu masyarakat Islam disini walau pun tak semua tetapi dikira mengambil tahu dan prihatin benar akan unsur-unsur ajaran sesat dan cepat bertindak membuat laporan kepada kerajaannya untuk diambil tindakan. Mereka juga bising menyuarakan bantahan kepada kerajaan supaya dibendung akan unsur-unsur kesesatan yang berlaku didalam masyarakat. Ini semua membantu kepada pemeliharaan Agama Islam dari dicerobohi. 

Kita seharusnya terus mengembling tenaga dan bantu membantu didalam soal yang besar ini kerana mengambil iktibar apa yang belaku diseberang. Ia tidak dapat dikawal dengan mudah dan menjadi begitu kompleks dan kronik hingga tidak dapat dileraikan lagi. Didalam muktamar yang baru-baru ini berlangsung di Bandung, Indonesia, didalam kertas kerja yang kawan bentangkan, mengariskan antara lain ialah masaalah kekurangan dana untuk kami melancarkan gerakan pemulihan dan pembetulan Skidah. Oleh itu telah ada pertubuhan antarabangsa negara-negara Islam yang sudi menghulur bantuan dana bagi melaksanakan tugas tersebut. Sekarang usaha itu telah pun dimulakan hampir disemua tempat secara besar-besaran tetapi senyap. Mudah-mudahan dengan izin Allah dan RasuNya, kami akan berjaya dalam misi kami kali ini kerana telah mengalami kegagalan beberapa kali sebelum ini. 

Apa yang dimaksudkan disini ialah untuk memperbetul dan memberi kesedaran berkenaan Akidah yang benar kepada masyarakat yang telah terpesong dengan dakyah-dakyah aliran kepercayaan kebatinan dan ajaran-ajaran tradisi kuno yang menebal dihati mereka. Usaha-usaha ini agak sulit tetapi InsyaAllah dengan pertolonganNya pekara ini dapat dilaksanakan kerana banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan. Ajaran-ajaran (diseberang) yang kami maksudkan itu ialah ajaran-ajaran sesat seperti:
  1. Ajaran Syekh Siti Jenar.
  2. Ajaran Sabdo Palon dan Ratu Lorogidul 
  3. Ajaran Aliran Sapta Dharma (tujuh kewijipan suci) - aliran kebatinan.
  4. Ajaran Aliran Darmo Gandul - aliran kebatinan.
  5. Ajaran Paguyubian Sumarah - aliran kebatinan
  6. Ajaran Prikemanusiaan Sejati - aliran kebatinan
  7. Ajaran Al-Hallaj (‘Ana Al-haq’) - aliran kebatinan
  8. Aliran Kabulani
  9. Aliran Mufaridiah
  10. Ajaran Mokthar Baginda Sumatra
  11. Ajaran Imam Bronjol tarikat Sumariah
  12. Ajaran Syiah 
  13. Ajaran Ahmadiah Qadiani
  14. Ajaran Kebatinan Sakti Jawa
  15. Ajaran Sakti Roso
  16. Ajaran Wahdatul Wujud
  17. Ajaran Wahabi
  18. Ajaran Kebatinan Wali Songo
  19. Ajaran Anti Hadis
  20. Ajaran Bahai
  21. Aliran Silat Kebatinan Nurani (terdapat ratusan nama), dan lain-lain lagi.
Kemudian menyalusup masuk ke Malaysia menerusi berbagai cara samada dengan cara:
  • guru yang berpindah kemari atau
  • guru mereka yang membuka cawangannya di sini dan
  • anak murid mereka yang membuka cawangan disini.
Ini telah dapat dikesan bahawa ajaran-ajaran sesat itu berasal dari seberang atas 3 dasar yang telah disebukan diatas. Ajaran-ajaran sesat itu adalah seperti berikut:
  1. Tarikat Syeh Siti Jenar
  2. Ajaran Lorogidul Ratu Laut Selatan (anak muridnya seperti Mona Afendy)
  3. Tarikat Sumarah Hj Ishak
  4. Perimbun Kemanusiaan Sejati
  5. Tarikat Al-Hallaj - Ana Al-Haq
  6. Ajaran Kabulani
  7. Tarikat Mufaradiah
  8. Ajaran Mokthar Baginda
  9. Ajaran Qadiani Ahmadiah.
  10. Tarikat Sumaniah Ibrahim Bonjol.
  11. Ajaran Syiah.
  12. Ajaran Bahai.
  13. Ajaran Martabat Tujuh *(ala Sapta Dharma).
  14. Tarikat Sumarah.
  15. Gerakan Kemanusiaan sejati (Gerak Sejati).
  16. Ajaran Wahabi.
  17. Tarikat Wali Sembilan.
  18. Gerakan Anti Hadis.
Manakala ajaran sesat Kebatinan yang berupa persilatan yang memasuki negara ini dikenali dengan beberapa nama iaitu:
  1. Persilatan Tahan Diri (kuasa ghaib)
  2. Ilmu Tenaga Dalam Hikmah
  3. Silat Pukulan Jauh
  4. Silat Sunda
  5. Silat Kalimat Sakti
  6. Silat Budi Suci
  7. Silat Budi Suci Sejati (Gerak Sejati)
  8. Silat Harimau Jadian
  9. Silat Wali Suci
  10. Silat Nasrulhaq
  11. Persilatan Tusuk Hikmat
  12. Silat Gayong Halilintar
  13. Silat Potong Maya (pancung dari jarak jauh)
  14. Silat Seru (kebatinan dalam)
  15. Silat Tangan Ghaib dan lain-lain lagi.
Sebenarnya terlampau banyak aliran ajaran-ajaran sesat yang tidak dapat disenaraikan semua didalam ruangan ini, baik diseberang mahupun disini. Kami harus mendedahkan persamaan antara ajaran-ajaran sesat disebarang dan disini kerana kebanyakan masyarakat disini telah terpengaruh dengan keilmuan orang diseberang sedangkan mereka pun tidak tahu asal usul ilmu tersebut. Ada pula yang taksub dengan Ilmu Sakti yang mampu diperolehi disana, walhal pekara itu adalah salah dan menyimpang dari ajaran agama Islam.

Masyarakat di sana sini memang mempunyai minat yang hampir sama didalam bidang kerohanian, baik berunsur ajaran Tarikat mahupun dibidang seni bela diri dan persilatan. Di Indonesia seni bela diri telah terlalu lama hingga telah mengalami banyak perubahan dan bercampur adok dengan ajaran kebatinan yang terang-terang terpesong dari ajaran Islam. Sedangkan orang-orang disini tidak mengenal akan apa yang dimaksudkan dengan ‘Kebatinan’. Ia sebanarnya melibatkan penggunaan Jin malahan ada yang telah menyampai kepada ‘bersatu’ dengan Syaitan dan Iblis kerana mahukan Ilmu Sakti dan Kebal. Inilah pekara khurafat dan syirik yang banyak berlaku didalam ilmu beladiri dan persilatan disana, kemudian menular kemari dengan menggunakan nama-nama asli dan juga nama-nama baru yang direkacipta oleh pengasasnya.

Semua yang disenaraikan disini dan juga yang seumpama dengannya adalah dikategorikan sebagai Ajaran-ajaran Baru yang Bidaah, Syirik, Kufur, Sesat lagi menyesatkan. Sesiapa yang pernah dan sedang atau akan belajar dalam salah satu dari ajaran yang disenaraikan diatas dan juga telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dimana-mana Negeri di Malayisa,hendaklah dengan segera memisahkan dirinya dan bertaubat nasuha kerana ditakuti jika kamu mati didalam keadaan itu, kamu akan ditempatkan ditempat yang buruk dan mendapat seksaan yang sangat pedih di Neraka Jahanam sampai bila-bila seperti yang disebutkan didalam ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang telah dinyatakan terdahulu.

Ajaran-ajaran tersebut telah diperhalusi dan dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya oleh Majlis Ulama dan semua pegawai-pegawai yang telah diberikan tanggungjawab untuk menilai dari semua segi didalam Syarak, Ijmak Ulama, Kias, Hadis dan Al-Qur’an juga tidak ketinggalan pendapat-pendapat Ulama-ulama yang lain, barulah sesuatu ajaran itu diberi Fatwa Ajaran Sesat. Bukan dibuat sembarangan atau sembrono saja. Sebab itu mereka mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan sesuatu kes. Ia sebenarnya melalui berbagai-bagai proses penapisan dan penilaian yang dikelola oleh pejabat Mufti Negeri hingga benar-benar berpuas hati, barulah Fatwa dikeluarkan.Begitulah serba sedikit penjelasan untuk meletakkan sesuatu ajaran itu sesat atau pun tidak, untuk kefahaman kita semua.

Rujukan:
www.hanputra.blogspot.com
www.saifuddinaz-zafaraniy.blogspot.com
www.al-azim.com
www.khalic.com/mengenali-ajaran-sesat-di-malaysia
www.hanputra.blogspot.com/2010/10/ajaran-sesat.html




Senarai Ajaran Sesat yang diwartakan oleh JAKIM

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai Haji Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55 Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin