Apa yang anda tahu tentang pijat? Ia adalah sejenis vampire atau blood sucker. Hahaha. Ia juga dikenali sebagai bedbug. Bagaimana cara menghapuskan pijat? Okay, sebelum tu kita harus tahu sifat bedbug. Sebelum memulakan perang, anda harus mengenali dan mengetahui kelemahan musuh. Bedbug suka tinggal di tempat yang kurang cahaya dan tersembunyi jadi pastikan tempat tinggal anda mempunyai cahaya yang cukup dan tiada tempat bersembunyi.
Jika masih terdapat persembunyian bedbug dalam rumah anda, letakkan silica gel di bahagian tersebut. Bedbug yang terkena silica gel akan beransur kering dan mati.
Bedbug juga tidak tahu berenang jadi anda bolehlah membuat parit di sekeliling tempat tidur anda atau tidur dalam kolam renang anda.
Bagi anda yang mahu mengadakan direct-war dengan bedbug, anda bolehlah menggunakan spray alcohol dan air panas sebagai senjata. Pepatah melayu mengatakan, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Bagaimana cara mencegah bedbug daripada membiak dalam rumah anda? Pastikan rumah anda sentiasa bersih dan elakkan pembawa bedbug ke rumah anda. Siapa/apa pembawa bedbug?? Kemungkinan pembawa-pembawanya ialah: Anjing, kucing, ayam, burung, tetamu majlis harijadi anda, kawan-kawan atau girlfriend/boyfriend anda sendiri. Sila lakukan pemeriksaan sebelum mereka memasuki rumah anda. Itulah antara langkah-langkah mencegah kehadiran bedbug dalam rumah anda. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan