Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikan lah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Kita mempunyai pengetahuan agama saja tetapi TIDAK FAHAM, TIDAK BERLANDASKAN tatatertib agama, tidak membawa apa-apa erti sebenarnya. Jika tidak, tak kan majalah mastika mendedahkan, ada pelajar tahfiz lelaki dan perempuan, telah bersekedudukan, telah menggugurkan. ...astaghfiruLLa h, minta dijauhkan dari ku Ya ALLAH.
Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
"…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…" [TMQ an-Nur:31]
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada 'Aishah radhiAllahu 'anha:
"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju merekam dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."
"Ketika kami bersama 'Aisha r.a.,.. kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu 'Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."
Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama 'glamour', peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai 'seru', pakaian 'taqwa' lebih baik atau pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala Perintah Agama atau Kenyataan Politik?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan