Jumaat, 7 September 2012

PERJUANGAN MELAYU PATTANI

Buku terbaru. Ada beberapa sebab mengapa aku menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebab yang pertama dan utama ialah kerana ianya kategori genre thriller aksi tempur. Sebab kedua ialah kerana ianya mengisahkan perjuangan Angkatan Bersenjata Republik Islam Patani (ABRIP) melawan penjajahan Thailand dan teroris Parti Komunis Malaya (PKM).
Buku ini merupakan antara beberapa buah fiksyen terbitan PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperjuangkan oleh penerbit.  Secara umum, narasi penulis umpama air deras. Namun ada ketikanya terhalang oleh ‘batu-batu besar di sepanjang aliran sungai’. Mengapa begitu? Ianya justeru kerana ada di beberapa halaman plot seakan-akan melompat secara tiba-tiba.
Walaupun begitu, saya masih dapat merasai jerih sebuah perjuangan suci. Ada ketika saya terkedu dan terasa bening. Ya, memang saya dapat merasainya lewat bait-bait narasi penulis. Pedih, pilu, marah, geram dan terkesima.
Sinopsis novel….
Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani. Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785. Kisahnya tentang Kapten Ruzaiman, seorang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruzaiman menyertai perjuangan gerila itu. Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM. Gerila penuh dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan konflik kuasa!
- – - – - – - PPPPPffttttt – - – - – - – -
Sehubungan itu, aku terus mencari-cari sumber rujukan berhubung perjuangan Masyarakat Melayu Muslim di Patani dan akhirnya melalui carian di laman web dan buku-buku aku menjumpai serba-sedikit berkaitan kisah perjuangan rakyat melayu muslim di selatan Thai. Sila baca ya! Ini aku dapati di laman “Revolusi Perjuangan” dan penulisan di bawah telah diedit sedikit untuk dimudahkan pembacaan umum.
Tanggal 4 Januari merupakan memori bersejarah dalam sejarah perjuangan kemerdekaan umat islam Bangsa Melayu Patani, sejak Patani dijajah oleh kerajaan Siam (Thai) pada 1785 m dan menghapus sistem pemerintahan kerajaan Islam Melayu Patani pada 1902 m.
Pada awal pagi menjelang tanggal 4 Januari 2004 tembakan dari berbagai jenis senjata api meletus di Kem Batalion Askar Pileng Choh-erong wilayah Naratiwat, yang merupakan suatu proklamasi pencetusan revolusi bersenjata antara Pejuang Pembebasan Patani dengan rejim penjajah kerajaan Thai.
Peristiwa di Kem Batalion Askar Pileng tersebut mungkin pertama kali dialami oleh pasukan tentera Thailand sejak angkatan bersenjata itu dikemaskinikan pada 8 april 1959. Kerana peristiwa tersebut merupakan suatu kejutan yang mungkin tak pernah terlintas di hati para pembesar dan ahli strategi perang, juga para jeneral Thailand yang selalu memandang remeh dan kecil terhadap kekuatan pejuang pembebasan Patani. Peristiwa di Kem askar Pileng itu tidak hanya mencatat kerugian 413 pucuk senjata askar Thai yang dirampas oleh pejuang Pembebasan Patani, terbunuhnya 4 orang askar Thai, dan termusnah beberapa lokasi strategik dalam Kem tersebut. Tetapi lebih dari itu yang dirasakan oleh para pembesar pemerintah dan askar Thai adalah telah mencalar muka dan merupakan suatu cabaran besar terhadap maruah, keangkuhan dan kesombungan kerajaan Thai selama kini yang memandang orang Melayu Patani sebagai manusia yang bodoh tak berpendidikan dan menghina pejuang Patani sebagai pejuang kampungan.
Tanggal 4 Januari 2011 genapnya tujuh tahun tercetusnya revolusi bersenjata di Patani. Tentu sekali, selama tujuh tahun itu masa tidak berjalan begitu saja, akibat dari perang itu memang yang paling terasa rugi dan sakitnya adalah kerajaan Thai itu sendiri yang salah menghitung dan menilai tentang kekuatan Pejuang Pembebasan Patani yang jauh lebih maju dan professional dari apa yang dianggap oleh penjajah Siam Thai. Memang sebelumnya mungkin para jenerral, ahli strategi dan kerajaan Thai sudah terasa cukup pengalaman dan ilmu perangnya untuk menghancur dan mengalahkan pejuang Patani, kerana sebelum ini pada awal tahun 90 an memang kerajaan dan para jeneral Thai telah mampu menyelesai dan menamatkan riwayat Parti Komunis Thai dan Parti Komunis Malaya di kawasan sempadan selatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin