Rabu, 12 September 2012

HARI KEDATANGAN KIAMAT 2012

HARI KIAMAT.. siapa tak takut, kalau tak takut tu bukan manusia namanya. Jin dan syaitan pun takut hari kiamat apatah lagi kita ini manusia biasa yang banyak melakukan dosa. Sekarang ni heboh di sana sini orang berkata mengenai hari kiamat akan berlaku pada tahun 2012. Benarkah dakwaan ini, dari anak anak kecil hingga lebai lebai di surau pun sibuk berbincang mengenai kiamat ini. Suratkhabar pun ada yang menyiarkan tentang perbincangan fenomena hari kiamat 2012 tanpa ada satu jawapan yang benar benar kukuh untuk menafikan fenomena ini dari berlaku. Bagaimana dengan kita, adakah kita juga termasuk dari golongan golongan mereka yang percaya kiamat akan berlaku pada tahun ini?
Aku bukanlah alim ulamak yang pandai untuk menulis tentang isu ini, tapi aku merasakan sebagai seorang Islam yang percaya kepada Allah dan rasulnya Nabi Muhammad SAW, aku menolak dengan sekeras kerasnya akan dakwaan ini, dakwaan yang mengatakan hari kiamat akan berlaku pada tahun 2012. Aku tidak pernah percaya ada manusia yang boleh meramalkan hari kiamat, lebih lebih lagi ramalan ini di ramalkan berdasarkan kalendar kaum Maya. Adakah kaum Maya ini lebih hebat daripada Nabi kita Muhammad SAW. Tidakkah kita membaca dalam surah Al A`araf ayat 187, Allah menyatakan mereka bertanya kepada mu (wahai muhammad) mengenai hari kiamat `bilakah masanya` katakan, sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi tuhanku, tidak ada sesiapapun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan dia. Tidak kah ayat ini sudah cukup jelas bagi kita bahawa tiada siapa pun yang mengetahui perihal hari kiamat kecuali ALLAH.
Berimanlah kita pada hari kiamat berdasarkan Al Quran dan hadis, dan perihal hari kiamat yang banyak di ceritakan di dalam Al Quran. Tiada satupun ayat di dalam Al QURAN yang menyatakan bahawa planet Nibiru akan menghentam bumi pada tahun ini, malah sehingga ke hari inipun NASA tidak dapat membuktikan akan kewujudan planet ini. Yang ada hanyalah laman laman web yang sentiasa nak menakutkan kita tanpa ada fakta yang jelas lagi sahih. Itu belum lagi dengan penghasilan filem mengenai hari kiamat yang nak merosakkan akidah kita, licik betul mereka ini dalam mengaut keuntungan dan memesongkan akidah kita.
Tetapi bagi aku di dalam kita mengimani hari kiamat ini, perhatikanlah sememangnya hari kiamat itu semakin hampir dengan kita berdasarkan hadis hadis Nabi, janganlah kita percaya kepada dakyah yang merepek repek tapi solat dan Al Quran kita tinggalkan. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari ALLAH… Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin