Selasa, 4 September 2012

SEJARAH KERAJAAN PATANI

Patani merupakan sebuah negeri Melayu yang merdeka dan berdaulat. Majoriti penduduknya adalah Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu. Pada tahun 1785, Patani telah ditakluki oleh kerajaan Siam. Pada tahun 1902, pemerintahan beraja Melayu Patani telah dihapuskan oleh kerajaan Siam dan digantikan dengan sistem Thesaphiban. Tengku Abdullah Kadir Kamaruddin merupakan Raja Melayu Patani yang terakhir. Baginda telah dipenjarakan kerana menghalang usaha kerajaan Siam untuk menghapuskan sistem pemerintahan beraja Melayu-Islam.

Perjanjian Bangkok 1902 telah mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai naungan Siam. Penjajah British telah mengishtiharkan Negeri-Negeri Melayu Utara sebagai ‘The Siamese Malay State’.


Kerajaan Siam telah memperkenalkan beberapa polisi iaitu :

1. Divide and Rule also known as Divide and Conquer (pecah perintah).

Dasar ini adalah kombinasi strategi politik, ketenteraan dan ekonomi untuk mendapatkan kekuasaan yang padu ke atas mereka yang kurang berkuasa dan menghalang kumpulan itu untuk menjadi berkuasa kerana struktur sistem yang sukar untuk digugat.

2. Asimilasi.

Dasar ini menyebabkan kebudayaan asli masyarakat Melayu hilang dan mencetuskan perubahan sosio masyarakat Melayu Patani. Contohnya bahasa Melayu telah diharamkan penggunaannya dan usaha untuk mengamalkannya telah dilarang secara keras. Kesannya generasi muda secara puratanya tidak tahu lagi untuk bertutur bahasa Melayu.

3. Transmigrasi.

Kerajaan Siam telah membawa masuk orang Siam yang beragama Buddha untuk membuka perkampungan baru di Patani.

4. Rathaniyom.

Dasar ini telah menukar identiti daripada masyarakat berbangsa Melayu kepada Siam.

Perjanjian Bangkok 1909 telah termeterai. Kerajaan Melayu Pattani yang meliputi wilayah Yala dan Narathiwat di Thailand disahkan sebagai jajahan Siam. Padahal kerajaan Melayu Patani tidak diajak berunding dalam perjanjian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin