Khamis, 6 September 2012

KENAPA PEREMPUAN SANGGUP MENJUAL MARUAH ATAU PELACUR

Hakikatnya pelacur di Malaysia terdiri daripada perempuan pelbilang kaum, Melayu, Cina, India, pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan warga asing. Mereka melacur antaranya di rumah tumpangan, hotel murah maupun di hotel bertaraf lima bintang.

Sebahagian mereka menjalankan kerjaya tertua di dunia terbabit secara terang-terangan, selebihnya secara tersembunyi. Manakala, imbuhan mereka terima berbeza, antara puluhan dan ribuan ringgit mengikut usia, masa dan syarat ditetapkan.

Mengapa perempuan sanggup melacur? Jawabannya bergantung kepada individu terbabit.

Antaranya, jalan pintas dan mudah mendapatkan wang. Pelacur jalanan, tidak berpendidikan tinggi, justeru dikata sukar mendapatkan pekerjaan lebih baik. Menjual diri, mereka hanya menerima bayaran antara RM30 dan RM50 bagi satu sesi bergantung kepada usia dan servis ditawarkan. Kegiatan harian itu cukup bagi menampung kos kehidupan mereka. Puluhan ringgit diraih pelacur jalanan mungkin tidak menarik perhatian pelacur kelas atasan. Segelintir pelajar institusi pengajian tinggi contohnya mensasarkan pelanggan golongan elit. Menggunakan status ‘pelajar’, pendapatan mereka mampu mencecah lebih RM1200 bagi satu sesi. Apapun mereka semua perempuan dan pelacur.

Majoriti daripada pelacur pernah ditemubual, ibu tunggal hidup tersepit, punyai tanggungan, anak untuk dibesarkan. Justeru, mereka rela ‘dibela’ bapa ayam. Bapa ayam memudahkan mereka memancing pelanggan. Jika tidak, terpaksa berembun setiap hari dan pulang tangan kosong.

Pelacur warga asing dari China, Indonesia, Thailand dan Vietnam diberkas pihak berkuasa mengemukakan alasan berbeza. Mereka mendakwa ditipu ejen. Kononnya dibawa masuk untuk bekerja kilang akhirnya tersadai di rumah pelacuran.

Apapun saya percaya, majoriti perempuan tidak melacur kerana nafsu.

Kini segelintir lelaki dilapor melacurkan diri. Imbuhan lumayan melayan wanita berkedudukan tinggi dan hidup mewah membuatkan mereka rela menjual maruah. Bezanya, mereka tidak digelar pelacur, ‘gigolo’ terma digunakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin