Baru-baru ini di akhbar-akhbar diipaparkan gambar bongkah ais yang
berukuran 500 meter panjang dan tingginya 50 meter terapung-apung di
lautan. Bongkah ais itu terpisah dari induknya. Apakah yang sebenarnya
terjadi?
Faktor utamanya ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan
bongkah ais itu.Sekumpulan pakar penyelidik yang menjelajah kutub utara
(artik) untuk membuat penyelidikan benar-benar rasa bimbang dengan
fenomena itu. Ekspedisi penyelidik yang diketuai Pen Hadow bersama
rakan-rakannya Martin Hartley dan Ann Daniels itu meramalkan kemungkinan
besar kutub utara tidak akan dilitupi ais dalam tempon satu dekad.
Malah jika senario 'bongkah ais terapung' itu terjadi, pasti aia akan
mencetuskan fenomena baru apabila Artik bertukar menjadi lautan tanpa
susunan bongkah-bongkah ais. Penipisan ais berlaku dengan kadar yang
cepat.
Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah disuarakan oleh
pengkaji sejak bertahun-tahun yang lalu apabila manusia tidak lagi
mengendahkan jeritan dan kesakitan bumi hingga planet ini mula bertindak
balas terutama apabila pemanasan global sejak awal tahun 1940-an. Isu
perubahan cuaca dunia merupakan ancaman besar kepada kehidupan bumi.
Jika tidak ditangani dengan baik, maka kehidupan di bumi bakal
berhadapan dengan pelbagai bencana alam yang sukar diramal.
Simptom-simptom ini sebenarnya telah kelihatan. Antaranya, catatan suhu
udara di Artik telah mencapai sehingga 4 darjah celsius di atas paras
normal antara Oktober hingga Disember 2008. Ia tidak pernah berlaku
sebelum ini. Litupan ais pada musim panas tahun ini di Artik merupakan
yang ketiga terkecil mengikut laporan berbanding pada tahun-tahun
sekitar 1979-2006 dan laut Artik kini semakin menyusut kira-kira 11.2
peratus pada setiap dekad.
Jumlah sebenar litupan ais telah semakin menipis dalam masa kurang dari
satu tahun. Pada tahun 2008 kehilangan ais di Artik mencatatkan
peratusan di angka sembilan, satu penurunan mendadak berbanding pada
tahun 2007 (21%) yang dikatakan tahun dimana Artik mencair paling
drastic. Bayangkan apa yang tinggal sekiranya permukaan ais di Artik
berkurangan dari tahun ke tahun. Ais tua yang terdapat di Artik hanya
tinggal 19 peratus sahaja berbanding pada tahun di antara 1981 hingga
2000 dimana kewujudannya masih tinggal sebanyak 52 peratus sebelum
ketebalan ais semakin mengecil kepada 0.68 meter antara tahun 2004
hingga 2008. Ini betul-betul membimbangkan.
Lautan Artik merupakan posisi utama dalam sistem iklim bumi dan sama ada
sedar atau tidak bongkah-bongkah ais yang semakin mencair kini turut
memberi respons negatif kepada iklim bumi dan kesannya adalah jauh lebih
daripada terhadap Artik semata-mata. Litupan ais paling minimum di
Artik pada tahun ini hanya tinggal 4.13 juta kilometer persegi
berbanding tahun lepas. Perubahan ini lambat laun jelas akan memberi
kesan kepada manusia yang secara tradisi tinggal di Artik.
Pastinya terlintas di fikiran kita bagaimanakah keadaan dan nasib
penduduk dunia sekiranya ais di Artik dan di Antartika mencair dan
lenyap daripada pandangan. Di masa itu, dunia mungkin terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada negara-negara yang terjejas seperti
Bangladesh, utara Eropah, sebahagian Siberia, Amazon, tanah besar China
dan termasuk sebahagian kawasan daratan di tenggara Amerika Syarikat.
Menakutkan!!!
Jadi kerajaan di seluruh dunia harus bersatu menubuhkan sebuah
jawatankuasa bermula 2013 bagi merangka dasar berhubung langkah-langkah
menangani perubahan iklim dunia memandangkan fasa pertama yang dikenali
sebagai Protokol Kyoto bakal tamat pada Disember 2012. Pemimpin-pemimpin
dunia perlu mendapatkan persetujuan daripada kesemua 191 buah negara
berhubung perjanjian baru yang akan diadakan pada Sidang Kemuncak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copanhagen, Denmark pada
Disember 2009. Dasar baru itu kelak dapat mewujudkan satu jalinan
usahasama seluruh dunia untuk bersama-sama
mengambil apa sahaja langkah bagi menangani isu ini. Kita dan seluruh
umat manusia di muka bumi ini dapat memainkan peranan masing-masing
walau sekecil hama sekali pun demi memastikan dunia tidak terus
tenggelam. Bersediakah kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan