Jumaat, 7 September 2012

SOLAT DI ATAS KENDERAAN

Alhamdulillah, wassolatu wassalam 'ala Rasulillah waba'd. Solat ibadat yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam berbeza dengan ibadat lain. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad."

Solat tiang agama, orang yang tetap mendirikan solat, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama pada dirinya, manakala orang yang meninggalkan solat, maka ia telah meruntuhkan agama pada dirinya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk.”

Untuk melakukan solat atas kenderaan, caranya iaitu hendaklah menghadap kiblat pada permulaan solat sebagai mana hadis diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas, beliau berkata yang bermaksud: “Rasulullah ketika musafir dan ingin bersolat sunat di atas tunggangannya, Baginda menghadap ke arah kiblat dan bertakbir untuk solat, kemudian Baginda melepaskan (tali) tunggangannya dan bersolat ke arah mana tunggangannya menghala.”

Namun, solat di atas kenderaan hanya untuk solat sunat. Sekiranya dilakukan untuk solat fardu, hendaklah diulang solat terbabit apabila sampai destinasi yang dituju kerana berdiri adalah rukun solat. Sekiranya dilakukan dengan cara duduk, maka tidak sempurna rukun.

Kedua, solat dalam kenderaan yang bergerak seperti kereta api menjadikan kiblat tidak tetap. Justeru, hendaklah diulang semula solatnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, daripada Amir bin al-Rabi’ah, katanya yang bermaksud: “Saya melihat Rasulullah SAW bertasbih (melakukan solat) ketika Baginda berada di atas tunggangannya dan menghadap kepalanya ke mana-mana arah yang dituju (oleh tunggangannya) dan Rasulullah SAW tidak melakukannya untuk solat fardu.”

Sekiranya seseorang itu melakukan solat sunat ketika dalam kapal terbang dalam keadaan duduk di kerusi, pertama dia hanya perlu niat dan takbir seperti biasa. Sekiranya dapat menentukan arah kiblat, sunat kepadanya untuk menghadap kepadanya pada permulaan solat, iaitu pada ketika takbiratulihram. Lakukan rukun qauli (bacaan) seperti biasa, manakala rukun-rukun fi’li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Wallahua’lam.




Solat di atas Kereta Api

 Soalan:

Saya sedang belajar di sebuah universiti di Selatan tanah air. Setiap kali pulang ke Perlis menaiki kereta api saya tidak dapat bersolat Zuhur dan Asar kerana takut ketinggalan kereta api. Apa yang perlu saya lakukan?


Jawapan Rohidzir Rais:

Dalam keadaan ini, anda boleh bersolat di dalam kereta api dalam keadaan duduk. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu niat dan takbir seperti biasa. Lakukan rukun-rukun qauli (bacaan) seperti biasa. Rukun-rukun fe’li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Seperti, rukun qiam (berdiri) digantikan dengan bersandar pada kusyen; rukuk, dilakukan dengan menggerakkan sedikit tubuh ke hadapan; i'tidal, dilakukan dengan kembali bersandar ke kusyen; sujud, dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit lagi ke hadapan; duduk, dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit ke belakang.
-




Solat Dalam Kenderaan

Salam

Kalau solat dalam kapal terbang, keretapi, perlu ke cari arah kiblat dulu, sebelum mula solat duduk di seat?

Kalau kasut tu ada terpercik air kencing ke dsb nya macam mana? Sebab setau saya bahagian tapak tu takpe kalau dah bergosok dengan tanah. Tapi bahagian atas kasut, kot la kena time bertenggong/istinjak

Macam mana nak tentukan waktu, say flight dari KL-LAX lebih kurang 20 jam.. time nak sembahyang tu tak tau kat bahagian udara mana, dan mungkin kita satu2nya muslim dalam flight tu. flight lak naik SIA ke or flight lain yg bukan MAS

****************
JAWAPAN:

Salam
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:Kalau solat dalam kapal terbang.keretapi , perlu ke cari arah kiblat dulu, sebelum mula solat duduk di seat?

Sekiranya kita mampu untuk mengetahui arah kiblat yang tepat semasa ingin menunaikan solat , maka wajiblah kita mengadap ke arahnya sebelum mengangkat Takbir.Jika tidak mampu maka boleh sahaja mengadap ke arah mana-mana semasa mengangkat takbir.

Kalau kasut tu ada terpercik air kencing ke dsb nya macam mana? Sebab setau saya bahagian tapak tu takpe kalau dah bergosok dengan tanah. Tapi bahagian atas kasut, kot la kena time bertenggong/istinjak

Jika perkara tersebut berdasarkan kepada sangkaan atau syak wasangka semata-mata , maka perkara tersebut hendaklah dielakkan.Ini kerana keyakinan yang wujud dalam diri dengan mengatakan kasut tersebut bersih tidak boleh hilangkan dengan syak wasangka yang tidak pasti.Melainkan sekiranya kita pasti dan yakin bahawa kasut tersebut terkena najis yang boleh menyebabkan solat tidak sah , maka pada ketika itu hendaklah kita menanggalkan kasut tersebut sebelum mendirikan solat atau menghilangkan najis tersebut jika mampu dengan cara membasuhnya..

Macam mana nak tentukan waktu, say flight dari KL-LAX lebih kurang 20 jam.. time nak sembahyang tu tak tau kat bahagian udara mana, dan mungkin kita satu2nya muslim dalam flight tu. flight lak naik SIA ke or flight lain yg bukan MAS

Unttuk menjawab persoalan tersebut , kami bawakan jawapan daripada laman Islam-qa seperti dibawah :

Jelasnya bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh akan dapat diketahui dengan melihat kepada tanda-tanda masuknya waktu , seperti waktu Maghrib masuk apabila matahari tenggelam , hilangnya cahaya merah menandakan masuknya waktu Isyak dan terbitnya matahari, adalah tanda masuk waktu Subuh.

Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh dikerjakan dengan cara melakukan ijtihad dan berusaha dengan apa sahaja cara yang termampu untukk mencari dan mengetahui masuknya waktu solat , apabila dapat diketahui waktunya di Negeri yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat.Ini kerana waktu anda berada di dalam kapal terbang adalah tidak sama dengan waktu ketika berada di bumi. Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samaada dengan cara jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah dan tidak membebankan bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten pesawat kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.

Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, kemudian dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, dan dia solat (berdasarkan ijtihadnya tadi) , maka solatnya dikira sah, kecualilah apabila jelas padanya (selepas itu) bahawa solatnya tadi dilakukan sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya.Jika tidak , maka tidak mengapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin