Isnin, 17 September 2012

BENDERA PATTANI DARUL SALAM

Dari sudut persejarahan, Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Patani telah lama wujud sebagai sebuah kerajaan yang agung dan maju dalam pelbagai bidang.

Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kerajaan Melayu purba bernama Langkasuka telah diasaskan sekitar kurun pertama masihi.Paul Wheatly turut menyatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jering dan Pujud.
Kerajaan lama ini menguasai satu kawasan yang luas di sekitar Segenting Kra dan di kawasan dimana Patani sekarang berada.Ini dijelaskan dalam sumber-sumber China sekitar abad ke-6 seperti Lang-ya-hsiu yang merekodkan bahawa telah wujud sebuah kerajaan yang telah diasaskan 400 sebelum itu.Turut dinyatakan dari sumber yang sama bahawa kerajaan tersebut merupakan sebuah kerajaan yang makmur dan ramai penduduknya.

Sejarah lama Patani turut merujuk kepada kerajaan Melayu tua berpengaruh Hindu-India bernama Langkasuka ini sebagaimana dikatakan oleh Paul Wheatley. Ini disokong oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani.

Ini ditegaskan juga oleh John Braddle yang menyatakan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah.
Kawasan ini telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi lagi. Seorang pengembara China menyebutkan bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.

Sebelum menjadi negeri Islam, Patani atau Langkasuka waktu itu terkenal sebagai kerajaan Hindu Brahma. Rajanya yang terkenal adalah Bhagadatta yang telah membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 515 M. Ketika kerajaan Sriwijaya berjaya menakluki Nakorn Sri Thamarat (sekarang Ligor di Thailand) pada 775 M dan kemudian mengembangkan kekuasaannya ke selatan (Patani), penduduk Patani mula meninggalkan agama Hindu dan memeluk Buddha. Sebuah berhala Buddha zaman Sriwijaya yang ditemui dalam gua Wad Tham di daerah Yala membuktikan transmisi pertukaran agama dari Hindu ke Buddha.

Ketika di bawah pengaruh Sriwijaya inilah Patani mulai menampakkan kemajuan, dengan penduduk yang ramai serta menjadi sebuah kerajaan yang terkenal. Hasil negeri Patani pada waktu itu banyak berasaskan pertanian dan perniagaan. Beberapa pengetahuan bernilai seperti teknik membajak dan berdagang diterima oleh orang Patani dari orang Jawa. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Sriwijaya inilah yang membawa dan mengembangkan bahasa Melayu ke Patani. Nilai ufti yang tinggi yang diberikan pada setiap tahun kepada kerajaan Sriwijaya menunjukkan bahawa Patani ketika itu amat kaya dan makmur.

Abdul Rahman Abdullah berpendapat selepas lenyapnya nama Langkasula, wujud sebuah kerajaan bernama Wurawari yang membawa maksud air jernih.

1 ulasan:

  1. Kalau mahu hina kerajaan Malaysia, hinalah. Tapi jangan sesekali hina nama negara.

    BalasPadam


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin