Jumaat, 7 September 2012

SEJARAH NEGERI SABAH MENYERTAI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

  • Abad ke-6 : Sabah dan Sarawak adalah tertakluk di bawah kerajaan yang berpusat di Brunei. Walau bagaimanapun, Brunei sendiri adalah dipengaruhi oleh dua kuasa besar iaitu Sri Vijaya di Sumatera dan Majapahit di Jawa.
  • Tahun 1658, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan timur laut Borneo kepada Sultan Sulu. Nama tempat itu ialah Sandakan.  Adapun Sandakan dalam bahasa Sulu bermaksud 'Tanah Yang Digadaikan'. Ini adalah sebagai balasan kerana Sultan Sulu telah menamatkan perang saudara antara Sultan Abdul Mubin dengan Pangeran Mohidin. (Implikasinya, pemerintahan Sabah telah terbahagi kepada dua kuasa iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu).
  • Tahun 1665, Borneo menerima lawatan orang Inggeris yang pertama iaitu Kapten Cowley.
  • Tahun 1761, Sultan Sulu telah membuat perjanjian dengan Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia-Timur British di Madras yang membenarkan Syarikat Hindia Timur British membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara iaitu di Pulau Balembangan kira-kira 20 batu dari utara bandar Kudat. (Kesannya, kini Sabah telah diperintah oleh 3 kuasa pula, iaitu Inggeris, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu).
  • Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balembangan dan menukar nama Balembangan kepada 'Felecia'. Pengawai British John Herbert telah dihantar untuk mendirikan penempatan di  pulau itu.
  • Pada tahun 1775, petempatan tersebut mengalami kehancuran kerana banyak faktor seperti ancaman lanun dan pentadbiran yang lemah.
  • Pada 1803 General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina telah cuba membangunkan semula 'Felecia' sebagai stesen ketenteraan. Usaha ini juga akhirnya menemui kegagalan. Pada November 1805, British meninggalkan pulau itu. Namun, ini tidak bermakna, British tidak lagi berminat dengan Borneo Utara.
  • Pada 1881, Sabah telah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company). Ibu negeri Sabah pada masa tersebut ialah Kudat .
  • Pada tahun 1883 ibu negeri Sabah berpindah ke Sandakan.
  • Tahun 1888, dengan rasminya, Sabah telah menjadi sebuah negeri naungan Empayar British. Maknanya, pada masa tu juga, kekuasaan Sultan Sulu ke atas Sabah telah dirampas oleh British.
  • Semasa Perang Dunia Kedua, Sandakan (ibu negeri Sabah pada masa tersebut) di duduki Jepun bermula pada 19 Januari 1942 hingga 19 Oktober 1945, apabila Perang Dunia Kedua tamat dan orang-orang Jepun balik ke negara mereka yang antara faktornya ialah pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.
  • 1946, pemerintahan British melalui Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tamat. Tetapi ini tidak bermakna British sudah melepaskan Sabah kerana Sabah telah menjadi tanah jajahan Borneo Utara yang masih diperintah oleh orang British. Perang Dunia Kedua telah meranapkan Sandakan keseluruhannya oleh itu ibu negeri baru Sabah berpindah ke Jesselton yang kini dinamakan Kota Kinabalu.
  • Penjajahan ini terus berlarutan sehinggalah pada 31 Ogos 1963 di mana usaha membentuk 'Malaysia' melalui gabungan Sabah, Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura sedang giat dijalankan.
  • Pada tahun 1961, langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula. Ia dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Filipina dan Indonesia membantah cadangan ini, kerana mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai hak ke atas Sabah.  Indonesia juga bercita-cita untuk menubuhkan 'Indonesia Raya' yang dperintah oleh Parti Komunis Indonesia pada masa itu.
  • Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk antaranya adalah untuk membuat tinjauan tentang pandangan rakyat Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, sama ada bersetuju atau tidak dengan penubuhan Malaysia.
  • Pada 31 Ogos 1963, keputusan tinjauan Suruhanjaya Cobbold telah diperolehi. 70% penduduk Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
  • 16 September 1963, dengan rasminya Malaysia dibentuk melalui gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura (Singapura menarik diri dari Malaysia pada tahun 1965).
  • Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia,Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin