Jumaat, 7 September 2012

PERDANA MENTERI MALAYSIA BERI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT SIAM MALAYSIA

Post Pic




PENDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan masyarakat Siam di negara ini akan mempunyai hak sama rata seperti kaum Bumiputera yang mendapat pelbagai hak keistimewaan.

Keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kesetiaan masyarakat Siam kepada kerajaan dan negara sejak sekian lama.

"Saya hari ini bukan untuk mengulangi apa yang dizahirkan secara terbuka oleh Perdana Menteri yang pertama, beliau telah menzahirkan orang Siam
di negara ini sebagai status Bumiputera.

Maka hari ini, kerajaan kita dan saya sebagai Perdana Menteri mengisytiharkan komitmen kita kepada hakikat bahawa orang Siam adalah status Bumiputera. Dan bererti bahawa Amanah Saham Bumiputera, kemasukan ke UiTM, pinjaman MARA dan lain-lain lagi yang berhak untuk kaum Bumiputera, orang Siam pun berhak menerimanya," ujar beliau.

Najib turut memberi jaminan perkara itu dapat diterima dan dilaksanakan sebaiknya.

Beliau berkata demikian kira-kira 10,000 hadirin di Karnival Kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Wat Nanai, Kampung Tok Set, dekat sini, petang tadi.

Najib dalam pada itu melahirkan kebanggaannya terhadap masyarakat Siam yang begitu komited memberikan sokongan kepada kerajaan ketika tsunami politik 2008.

Mengambilkira taat setia yang tidak berbelah bahagi, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada 48 wat Siam negeri ini dimana setiap satu wat menerima sumbangan berjumlah RM9,000.

" Kerajaan kita bersikap inklusif. Bila kita bagi bantuan, kita beri secara adil dan saksama,"kata Najib lagi.

Najib dalam ucapannya turut menyindir pentadbiran Pakatan Rakyat yang disifatkan beliau "parti yang banyak masalah" sehingga gagal mengotakan janji kepada rakyat.

"Kita tidak boleh memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah. Parti yang bertentangan ideologi, ada yang kata ini, ada yang kata itu, ada yang sokong Israel, ada yang ada masalah peribadi. Macam-macam. Kita tidak boleh pakai parti yang banyak masalah. Kita perlu sokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Kita tak cakap (kosong), kita tak main politik, kita tak janji bulan, bintang, cakerawala, kita tak janji, kita buat dan bela rakyat. Tuan-tuan dan puan-puan, tiga tahun ini, kita bela rakyat. Bagi kita lima tahun lagi, banyak lagi yang akan kita lakukan," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin