Khamis, 6 September 2012

SEJARAH NEGERI KEDAH SEMASA KERAJAAN SIAM MENTADBIR TANAH MELAYU





Sejarah realiti peperangan di medan perang Tanah Merah Daerah Pendang, Kedah Darul Aman, Malaysia pada tahun 1876 Masihi di antara tentera Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn dengan tentera Raja Islam Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah.

Kesan-kesan bukti sejarah realiti nama tempat-tempat berbahasa Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah.

Dinamakan Tanah Merah Pendang Kedah pada tahun 1876M. Tanah Merah Pendang Kedah - tanah menjadi  merah di tempat tersebut oleh kerana banyaknya darah manusia mangsa peperangan tersebut tumpah ke bumi 'Tanah Merah Pendang Kedah'. Pendang dalam bahasa Siam bermakna 'bunyi senapang'. 

Dalam peperangan tersebut, Raja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah dibantu oleh tentera Islam Majapahit Indonesia maka tempat penempatan tentera Majapahit tersebut digelar Kampung Majapahit Tanjong Radin daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Patani ditempatkan di Kampung Patani Guar Kepayang Tanah Merah daerah Pendang Kedah. Tentera Islam Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah ditempatkan di Pelabuhan Tok Pija Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Padang Besar Kweng We Tobiar Mukim Tobiar daerah Pendang Kedah.

Di sini terdapat sebuah tongkang purba telah ditemui oleh ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Tempat tersebut digelar dengan bahasa Melayu pelat Siam sebagai 'Alor Berala' bermaksud Alor Berhala Buddha Thailand. Dan tidak jauh dari kawasan tersebut digelar dalam bahasa Siam 'Bang Ba Rak' bermaksud 'Kuala Gila Mencantas' dalam bahasa Melayu.


Pada zaman ini tahun 1876M, Perdana Menteri Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah ialah Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah @ Paduka Seri Sultan Ngah Haji Muhammad Diah yang bersemayam di Kampung Alor Pak Ngah, Mukim Tajar, Kota Star, Kedah atau beliau dikenali sebagai Keramat Tok Bai @ Tak Bai. Permaisurinya bernama Dato' Nai Mariam binti Syeikh Abdul Latif ulamak Nusantara, putera kepada Paduka Seri Sultan Iskandar Riau Johor @ Koya Fai mangsa Musuh Bisik 1821M yang mana makam al-marhum berada di dalam Kota Mengkuang, Wang Tepus, Kubang Pasu Kedah.

Pada tahun 1876M tentera Raja Buddha Thailand telah membunuh Raja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah di Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia. Maka negeri Kedah dijajah oleh tentera Raja Buddha Thailand selama 5 tahun kemudian mereka mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dilantik menjadi Sultan Kedah darul Aman yang pertama di tahun 1881M.

Hubungan persaudaraan di antara Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan Sultan Muhammad I Kelantan ialah Sultan Abdul Hamid Halim Shah berketurunan Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram Pulau Pinang dan Sulatan Muhammad I Kelantan berketurunan Tengku Long Putra Sultan Legeh, yang bersemayam di Kampung Raja Legeh, Ayer Lanas, Kelantan. Manakala Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram pula bersemayam di Istana Bukit Gelugur, Pulau Pinang semasa menjadi Raja Daerah Pulau Pinang Siam Malacca Benua Siam Kedah. Pada tahun 1786M Paduka Seri Sultan Abdullah Mukaram 'belot' dengan menyerahkan daerah Pulau Pinang Siam Malacca Benua Siam Kedah kepada penjajah Inggeris. Manakala Paduka Seri Dato' Raja Long Putra kekanda Abdullah Mukaram menjadi Raja Legeh Siam Malacca Benua Siam Kedah dibunuh pada tahun Musuh Bisik 1821M di Kepala Bendang, Mukim Tualang, Kedah oleh tentera Raja Buddha Thailand Rama V Chakri Sukho Thai.


Pada tahun 1881M pihak penjajah Thailand mewujudkan negeri Kedah Darul Aman dan Chulalongkorn melantik menantunya yang berkahwin dengan Mak Enchik manjalara Raja Perempuan Thai Negeri Kedah darul Aman iaitulah Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sultan Abdul Hamid Halim Shah dipaksa oleh penjajah Thailand supaya menceraikan dam membunuh isterinya yang bernama Nai Sofea @ Syarifah Sofea yang merupakan anak saudara Maharaja Islam Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, Sultan Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah. Dan puteranya ialah Tunku Badlishah, tetapi Che Wan Muhamad Arsyad menyerahkan kepada Sultan Muhammad I Kelantan Nik Diah, akhirnya Wan Muhamad Arsyad lari ke India. Wan Muhmad Arsyad ditangkap di India dan dibawa pulang ke negeri Kedah serta di paksa menulis sejarah Negeri Kedah darul Aman secara imaginasi dan metos. Sejarah Imaginasi Negeri Kedah Darul Aman dihasilkan oleh Wan Muhamad Arsyad secara paksa untuk mengelak dirinya dibunuh oleh penjajah Buddha Thailand.

Apabila Raja Kubang Pasu Nai Sim @ Nai Hashim Ibni al-marhum Nai Cau Doi dibuang ke Kulim Kedah pada zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah maka Syarifah Sofea lari berlindung di Kulim Kedah bersama keluarga Nai Sim dan berkahwin di sana. Manakala puteranya Tunku Badlishah dipelihara oleh nenek saudaranya Dato' Nai Mariam isteri kepada Sultan Muhammad I Kelantan di Kampung Alor Pak Ngah Mukim Tajar, Kota Star Kedah. Pada zaman Kedah Darul Aman di tahun 1881M Raja Kubang Pasu masih wujud di bawah pemerintahan Paduka Seri Sultan Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi yang bersemayam di istana Paduka Seri Sultan Dato' Paduka Maharaja di Kampung Pulau Maharaja, Tunjang Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Nai Sim ialah Raja Kubang Pasu Kedah dan beliau ialah cicit kepada Sultan Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia.

Nai Sim ialah adik pupu kepada Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah waris mutlak Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Siam Malacca Benua Siam Kedah. Di dalam buku Cempaka Sari muka surat 140 dan 148 sejarah Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia ada mencatitkan Sultan Jaafar melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut, Perak dan Putera Raja dari Kedah Raja Alang pula dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mudzaffar Shah Ibni Pho Chan Koya Long Raja Siam Kemboja tahun 1758M. Raja Alang @ Sultan Syed Alang Alauddin Dato' Ku Raja Chenak @ Raja Siam Songkla ada di catitkan di muka surat 43 buku Undang-Undang Kedah yang diselenggara oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2005.


Putera Raja dari Kedah Raja Alang @ Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang @ Dato' Ku Chenak @ Raja Chenak ialah ayahnda Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah. Kubang Pasu pada zaman Maharaja Melayu Siam Malacca Benua Siam Kedah Sultan Jaafar Muadzam Shah ialah cicit kepada Maharaja Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan @ Raja Ligor tahun 1767M yang diusir oleh tentera Burma dari Ayuthia Siam Malacca Benua Siam Kedah. Paduka Seri Sultan Nai Sim Raja Siam Kubang Pasu dilantik oleh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1862M dengan Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut, Perak. Paduka Seri Sultan negeri Kubang Pasu ini dibuang atau dilucutkan jawatan Raja Kubang Pasu oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1881M apabila penjajah Thailand mewujudkan Negeri Kedah Darul Aman dicantumkan dengan negeri Kubang Pasu Siam Malacca Benua Siam Kedah.

Menarik perhatian keturunan Raja Kubang Pasu "Dato' Paduka Maharaja" Koya Abu Kasim @ Nai Cau Doi @ Megat Manja masih ada hingga sekarang seperti YB Dato' Johari Baharum Timbalan Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Dr. Afifuddin Haji Omar pekan Napoh dan lain-lain menjadi bukti. Dengan wujudnya Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1881M dan Raja Melayu Siam negeri Kubang Pasu dibuang jawatan oleh penjajah Thailand serta dibuang daerah ke Kulim, Kedah Darul Aman Malaysia. Kewujudan Kedah di tahun 1881M bersamaan pembinaan Wat Buddha di Negeri Kedah Darul Aman bergelar Wat Buddha Bakar Bata Kanchut, Alor Setar Kedah Darul Aman Malaysia. Wat Buddha ini berada di belakang Muzium Negeri Kedah sekarang.

Apabila Raja Muda Kedah meninggal dunia iaitu Tunku Sulong @ Tunku Aziz diganti oleh Tunku Badlishah, dari sinilah bermulanya keturunan Syarif Shah Raja Ligor mendapat tempat dalam urusan Negeri Kedah Darul Aman. Nai Long Mahmud Ibni Nai Long Haji Yasin cucunda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah pula dilantik menjadi penghulu di mukim Tajar daerah Kota Star Kedah. Baginda adalah abang pupu kepada DYMM Sultan Badlishah sebelah bondanya Syarifah Sofea. Pada tahun 1909M pihak penjajah Thailand menyerahkan Semenanjung Malacca Benua Siam Kedah (Malaya) kepada penjajah Inggeris. Pada tahun 1941M, Tunku Badlishah dan Nai Long Mahmud Penghulu mukim Tajar Kota Star telah membawa masuk tentera Jepun melalui Bukit Kayu Hitam untuk mengusir penjajah Inggeris dari Malaya, usaha tersebut berjaya menyebabkan Sultan Abdul Hamid Halim Shah kehilangan kuasa dan magkat digantikan oleh Tunku Badlishah menjadi Sultan Kedah Darul Aman Malaysia.


Bukti kenyataan ahli sejarah Inggeris James low dari buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu, catitan Raja Penjajah Thailand Rama V Chakri Sukho Thai Chulalongkorn mengarahkan tenteranya menghapus dan membakar habis-habisan kesan bukti sejarah Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia Boromoraja V ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Malacca Benua Siam Kedah :-

1. Termasuk Istana Raja Melayu Siam Islam ke-33 Kota Mengkuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah.

2. Istana Raja Muhammad Hatta Raja Siam Pertama Perlis @ Istana Raja Melayu Siam Syburi Sultan Kaifa Tabim Sheikh Ali di Bukit Raja, Utan Aji, Perlis.

3. Istana Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi II Sultan Rijaluddin di Kota Naga dan Kota Siputih daerah Kubang Pasu Kedah.

4. Istana Kota Serjana Alor Ganu Kota Star Kedah Darul Aman Raja Melayu Siam ayahnda Maharaja Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi I Ananda Pagan Ibni Sultan Muhammad Yang Adil, baginda mereka cipta wang syiling emas, sekarang ada buktinya disimpan oleh Muzium Kedah.

5. Istana Dato' Paduka Maharaja tempat bersemayam Raja Melayu Siam Kubang Pasu, Nai Sim Ibni al-marhum Nai Cau Doi di Kampung Pulau Maharaja Tunjang Kedah.

6. Istana Raja Melayu Siam Kedah di Pelabuhan Kota Kuala Kedah.

7. Istana Sultan Sheikh Abdul Kadir Ibni Husin Shah Alirah di Kota Raja Pekan Langgar Kedah.

8. Istana Raja Melayu Siam Islam Husin Shah Alirah di Kota Pagar Ayer mukim Limbong Kota Star Kedah.

9. Istana Sultan Saidina Ali Ibnu Sultan Saidina Jamalulalam Badrul Munir di Bukit Choras, Pendang Kedah. Perigi Raja masih wujud di kampung tersebut.

10. Istana Maharaja Melayu Siam Islam Phodiset @ Sultan Saidina Jamalulalam Badrul Munir di Kampung Kota Pinang Tunggal, Kulim Kedah.

11. Istana Merong Maha Wangsa @ Sultan Muzaffar Shah I (700 Masihi) di Kampung Sungai Mas Kuala Muda, Kedah.

12. Candi-candi kubu tentera Islam Raja Iskandar Zulkarnain di Lembah Bujang, Kuala Muda, Kedah.

13. Istana Majlis Iskandar Zulkarnain di Pulau Tiga, Sungai Merbok Kuala Muda, Kedah dan gok arang Raja Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Pulau Tiga, Kedah. Catatan bukti di muka surat 49 buku Undang-undang Kedah Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005.

14. Pusat pembuatan senjata api Raja Melayu Siam Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah atau tempat melebur besi di Merbok, Kedah.

15. Istana Maharaja Melayu Siam Kedah Bukit Meriam, Merbok Kedah.

16. Istana Raja di Bendang Raja, Kubur Panjang daerah Pendang Kedah ialah istana Sultan Muzaffar Shah III Raja Melayu Islam Siam Koya Long @ Pho Chan Raja Kemboja tahun 1788M.

17. Istana Raja Legeh Tunku Long Taha Ibni Tunku Long Putra di Kampung Raja Kota Burha Che Long, mukim Padang Kerbau Pendang, Kedah.

18. Istana Raja Melayu Siam Patani, Raja Idris Jammu Patani di kampung Kota Oo Pelantek, Sik Kedah.

19. Kota Istana Raja Melayu Siam Patani Raja Idris Jammu Patani di Kota Ruman, Sik Kedah.

20. Kota Istana Bukit, Nai Long Sultan Jaafar Muadzam Shah di Jeniang Kedah.

21. Istana Raja Melayu Siam Kemboja Pho Chan @ Koya Long Sultan Muzaffar Shah III di Kampung Dusun Raja, Padang Terap Kedah.

22. Istana Raja Melayu Siam Songkla, Nai Long Sultan Alang Alauddin di kampung Nai Lang, Durian Burung sebelah Thailand.

23. Istana Raja Melayu Siam Dinasti Ayuthia ke-31 Sultan Syed Maharaja Boromokot Muhiyuddin Mansor Shah Ibni Sultan Mahmud Shah Siam Malacca di Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin