SEJARAH MAT INDERA TERLIBAT DENGAN PARTI KOMUNIS MALAYA

Tiba-tiba nama yang paling popular sekarang di Malaysia adalah
Mat Indera.
Siapa yang boleh nafikannya? Tidak kira akhbar daripada pro kerajaan
mahupun pembangkang, ada sahaja berita dan artikel mengenai Mat
Indera……Yang tak minat sejarah, tiba-tiba timbul perasaan ingin tahun
dikalangan rakyat Malaysia terutamanya mengenai sejarah terutamanya
sejarah mengenai Mat Indera
NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera,
berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan
Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.
Meskipun
Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana
pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh
kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang
dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.
Pemuda
kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi
tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya.
Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya
membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.
Namun, tekanan
yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo
supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap
penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya
ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan
ketinggian ilmu Mat Indera.
Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan
kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan
mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan
kepada Mat Indera.
Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum
ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi
kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui
kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.
Pada
14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan
dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri
menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula
dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan
mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam
perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur
kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.
Kesempatan
itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya
dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat
Indera tidak lagi dapat digunakan.
Bekas ketua kampung Parit
Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan
basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya
menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira
dan ada yang sebak.
Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang
yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara
langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah
menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan
Mat Indera sebagai petualang.
“Cuma apa yang kerap diceritakannya
ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang
dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai
petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan
yang salah.
“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai
pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma
kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada
kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak.

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan