Sejarah Patani telah melangkaui beratus-ratus tahun.Sebelum itu bumi
ini juga di kenali sebagai langkasuka.Sejak dulu-dulu lagi negara
Patani tidak henti-henti berperang dengan Siam.Raja-raja Patani dulu
berbeza dengan pemimpin-peminpin moden.Mereka sendiri mengempalai
peperangan. Ini termasuk raja perempuan yang terkenal yaitu Raja Hijau ,
Raja Biru,Raja Unggu dan Raja Kuning.
Diantara mereka lah Patani dapat beberapa kali bertahan dari
serangan Siam.Patani teramat mashur dan maju di masa pemerentahan Raja
Hijau.Negara Patani tersohor keseluruh dunia.
Dizaman moden Sultan Abdul Kadir adalah menjadi raja terakhir
bagi negara Patani. Beliau berjuang bersungguh mempertahan dan cuba
mengembalikan kedaulatan Patani tetapi gagal dan akhirnya beliau
meninggal di Kelantan.Selepas itu Patani bangkit dengan cara pergerakan
yang berlainan. Pada awal 40 han kebangkitan di pimpin oleh Haji Sulong
dan Tengku Mahmood Muhyidin.
Di zaman itu pergerakan mereka berlindung disebalik tuntutan 7
perkara bagi dalam negeri.Dan Tuntutan untuk bersama Malaya diluar
negara.
Kedua-dua pemimpin ini telah di bunuh. Haji Sulong dibunuh
dengan kejam oleh Siam.Mayatnya dibuang ka-laut tanpa di ketahui mana
kuburnya.Tengku Mahmud pula telah di racuni oleh Inggeris dan di tanam
di Kelantan . Pembunuhan mereka berdua adalah konspirasi diantara Siam
dan Inggeris.
Selepas itu gerakan kemerdekaan digerak oleh anak-anak muda
Yang di pimpin secara sulit oleh Pak Bung. Pemuda-pemuda saperti Haji
Amin,Ustaz Karim, Haji Yusuf ,Haji Harun ,Tengku Jala telah bersama
menubuh partai Barisan Revolusi Nasional pada tahun 1960. Kemudian
Tengku Jala menubuh kan Partai Barisan Nasional Pembebasan Patani
1972(sekarang berubah kapada Barisan Islam Pembebasan Patani). Tengku
Biro atau Kabir Abdul Rahman pula telah menubuh partai Patani United
Liberation Organisation 1968.(Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu.)
Mereka -mereka inilah yang menggerakkan perjuangan rakyat
Patani sehingga sekarang disambut oleh generasi muda yang telah
melakukan beberapa reformasi dari segi strateji dan taktik.Kesemua asas
perjuangan yang di letak oleh bapa-bapa perjuangan bermatlamatkan
kemerdekaan tanpa tolak ansur.Jika ada pemimpin baru yang cuba mengubah
matlamat dan strateji perjuangan ini seolah-olah cuba mengkhianati
aspirasi bapa-bapa kita dahulu.Kalau pejuang-pejuang dahulu tidak letih
menunggu begitu lama, takkan lah golongan muda yang baru mengambil alih
kepimpinan partai terus mahu berdamai dengan penjajah dan menerima
segala cadangan yang di pelopori oleh kuasa barat dan Malaysia.
Ustaz Abdul Karim bin Haji Hassan Haji Amin Tohmina bin Assyahid Hj Sulong \
Ustaz Abdul Karim dan Haji Amin Tohmina antara pengasas
BRN. Apabila berlaku perpecahan dalam BRN mereka masing-masing telah
memimpin BRN Ulama dan BRN Coordinate .Dari situ Ustaz Karim telah
bergabung dengan beberapa tokoh lain menubuh sebuah partai bernama
Gerakan Hizbollah Patani. Parti ini tidak pernah di ishtihar kan di atas
sebab-sebab tertentu. Beliau juga antara pemimpin yang menubuh satu
badan Kerjasama parti-parti yang di namakan PRC (Patani Research and
Coordinating Centre)bersama, almarhum Haji Amin,Baba Abdul Rahman
Pomeng, dan beberapa orang tokoh yang masih hidup. Badan inilah yang
menggerakkan kebangkitan masjid Kerisik pada tahun 1989-90 yang kononnya
terkenal di pimpin oleh Bomoh Din.Bermula dari kebangkitan inilah
rakyat Patani telah mula menonjolkan keberanian yang sejati.Pihak Wahdah
juga pernah mengambil kesempatan menjuarai isu tersebut.
Sultan Abdul Kadir Tengku Mahmud Muhyiddin
Tengku Biro atau Kabir Abdul Rahman juga dengan
Gelaran Pokku oleh adik-adik dan pengikut.
Tengku Jalal yang di kenali dengan Ayah Lal
Assyahid Haji Sulong . Bapa perjuangan Patani Moden. Dibunuh dengan kejam oleh penjajah Siam
dan mayatnya dibuang di laut senggora.Sampai sekarang tidak di ketahui kubor.
Perjuangan Patani akan
menuntut bela di atas kesyahidan nya beliau, dan menjadi inspirasi
besar.
Puteri berempat,Raja Hijau,Raja biru,Raja unggu dan Raja Kuning.
TuanLebih
RajaLegeh
Patanikini keluaran ini diterbit khas untuk memperingati
pejuang-pejuang dan pengasas perjuangan sekarang.Semoga golongan muda
lebih mengenali dan memahami perjuangan Patani dari dahulu hingga
sekarang.
12hb feb 2010
Alfatihah
Patanikini mengucapkan takziah dan
mendoakan semoga dicucuri rahmat ke-atas Roh Saudara seperjuangan Haji
Ramli sungai Padi yang kembali karahmatullah pada 10/2/10.Satu
kehilangan yang besar pada perjuangan Patani.Semoga yang hidup
meneruskan perjuangan tanpa luntur sedikit pun keyakinan kepada allah
swt. Amin
03-03-2010
Alfatihah
Dengan sedihnya diumumkan satu lagi
tokoh besar perjuangan Patani,sdr Ahmad Shariff(lebih terkenal dengan
nama Mat Bank) kembali ka rahmatullah pada jam kurang lebih 4.30 petang
ini.Beliau dalam perjalanan untuk mengimami solat asar di masjid
berhampiran rumahnya.Satu kemalangan jalanraya telah mengorbankan jiwa
beliau. Beliau adalah antara tokoh besar yang banyak berjasa kapada
perjuangan kebangkitan rakyat Patani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan