Pada kebelakangan ini,kes rogol yang melibatkan remaja sering menjadi
tajuk utama surat akhbar.Di mana perginya akhlak anak-anak muda
kita?Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku tentunnya ada sebab
musabab yang tersembunyi.Mangsa-mangsa rogol merupakan golongan wanita
yang lemah dari segi fizikal berbanding golongan lelaki.Kes
rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi
tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama
tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun
ke bawah. Memanadngkan perkara ini semakin hari semakin serius,ia adalah penting bagi kita untuk melihat secara mendalam perkara ini.
Sebab-sebab
- Gadis remaja yang berpakaian tidak senonohRemaja pada masa kini telah mengabaikan adat sendiri dan mengagung-agungkan budaya barat yang membawa padah mereka.Akibat daripada pengaruh budaya barat,sesetengah gadis remaja memakai pakaian yang menjolok mata dan yang beragam islam itu enggan memakai tudung.Apabila pakaian mereka terlalu kurang,ia akan membangkitkan hawa nafsu lelaki dan merogol gadis tersebut apabila mereka gagal mengawal hawa nafsu mereka.
- Boleh mendapat gambar dan video lucah dengan senangKemajuan teknologi memberi kemudahan kepada kita untuk mendapat maklumat dengan senang.Sesetengah remaja telah menyalahgunakan kemudahan ini untuk mendapatkan gambar dan bahan lucah.Dalam kegairahan mereka menonton video-video lucah,mereka tidak sedar bahawa mereka menuju ke arah melakukan jenayah seks iaitu rogol.
- Tidak mempunyai pegangan agama yang kuatRemaja yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat berkemungkinan besar gagal dalam mengawal hawa nafsu mereka.Akibatnya,gadis yang tidak berdosa akan menjadi bahan korban demi memenuhi kepuasan penjenayah.
Kesan-kesan
- Kesan buruk terhadap psikologi mangsa rogolApabila gadis itu dirogol,dia akan menghadapi masalah dari segi fizikal dan mental.Pertama,mereka akan berasa malu dan mula menghindarkan diri daripada orang ramai termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.Mangsa rogol akan menghadapi trauma dan mungkin tidak akan berkhawin akibat daripada peristiwa yang dihadapi masa dahulu.
- Masalah kesihatanSesetengah perogol mungkin mempunyai penyakit-penyakit seks yang berjangkit.Jika perogol itu menghadapi penyakit seperti AIDS malah mangsa rogol turut dijangkiti.Penyakit AIDS adalah penyakit yang tidak dapat diubati dengan teknologi masa kini.Oleh itu,mangsa rogol yang tidak berdosa ini terpaksa menanggung kepahitan ini.
Langkah-langkah
- Penguatkuasaan undang-undangDemi mengurangkan gejala sosial ini berleluasa,polis harus menangkap perogol-perogol dan memberikan hukuman yang berat kepada mereka sebagai amaran keras kepada yang lain.Hukuman terhadap perogol harus diberatkan lagi agar mereka yang berniat untuk melakukan jenayah takut.
- Mengadakan kempen dan ceramahkerajaan memainkan peranan yang penting dalam memaparkan iklan yang berkaitan dengan akibat melakukan jenayah seks terhadap kaum lelaki.Bagi perempuan pula,ceramah yang diberi harus fokus pada cara melindungi diri mereka seperti berjalan berdua-duaan ataupun dalam kumpulan pada waktu malam,menggalak mereka belajr seni mempertahankan diri.Dewasa ini,kita sering mendengar berita tentang bayi yang baru dilahirkan dibuangkan ke dalam tong sampah ataupun dibiarkan di tempat-tempat yang tersembunyi.Masalah ini makin hari makin serius dan telah menjadi salah satu masalah remaja.Perbuatan seperti dianggap berdosa sama ada kita melihatnya dari segi agama ataupun moral.Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan 65 kes buang bayi dicatat pada tahun 2000 meningkat kepada 83 kes pada 2006. Daripada 83 kes itu, 79 membabitkan pembuangan bayi yang baru dilahirkan dengan empat lagi masih janin.Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006).Dengan merujuk kepada statistik yang diberikan oleh pihak polis,gejala ini mencatat peningkatan pada kebelakangan tahun ini.Demi membantu pembaca memahami apa yang sedang berlaku,kita akan mengkaji sebab-sebab,punca-punca,kesan-kesan,dan langkah-langkah untuk mengurangkan kes pembuangan bayi.
Faktor-faktorBagi setiap perkara yang berlaku tentunya ada sebab musabab dan masalah pembuangan zuriat juga tidak terkecuali.Berikut adalah sebab-sebab berlakunya masalah pembuangan bayi:
1. Kurangnya kasih sayang daripada ahli keluargaGadis remaja yang mengandung tanpa disedari membuang zuriat tersebut sebaik sahaja mereka melahirkannya.Hal ini disebabkan mereka kekurangan prihatin daripada keluarga dan menyebabkan sesetengah daripada mereka terpaksa mendapat kasih sayang daripada teman lelaki.Demi memenuhi permintaan seksual daripada teman lelaki,mereka mengadakan hubungan seks dan mengandung.Untuk mengelak tanggungjawab perundangan, mereka melahirkan zuriat tersebut dalam keadaan bahaya dan membuang bayi tersebut sebaik sahaja dilahirkan.Selain itu,keengganan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka berkahwin merupakan antara faktor remaja lari mengikut teman lelaki dan bersekedudukan sehingga hamil dan melahirkan anak
2. Golongan ini berpelajaran rendah dan lemah dari segi ilmu pengetahuan.Mengikut kajian yang dijalankan,gadis remaja yang terjebat dalam gejala ini tidak berpelajaran tinggi dan ada sesetengah daripada mereka tidak tahu tentang fungsi bahagian badan dan sistem reproduktif mereka.Hal ini akan meyebabkan mereka mudah tertipu oleh orang yang jahat untuk menjalani hubungan seks san seterusnya kemungkinan mereka mengandung dan membuang bayi tersebut adalah besar.
3. Tidak mempunyai pegangan agama yang kuatSelain itu,Remaja yang tidak berpegang kuat kepada agama akan mudah terjebat dalam maksiat yang tidak sihat.Demi wang,sesetengah daripada mereka sanggup melacurkan diri dan akibatnya mereka mengandung tanpa menyedari perkara tersebut.Seterusnya,mereka akan melahirkan bayi tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.
4. Hukuman yang kurang beratWalaupun ada di kalangan mereka yang sedar tentang akibat perbuatan itu tetapi mereka masih melakukannya.mereka berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan tidak akan memberi apa-apa kesan yang mendalam kepada mereka.
Kesan-kesan
Pembuangan zuriat mempunyai kesan yang akan mempengaruhi pembangunan negara.Kesan-kesan pembuangan zuriat adalah berikut:
Peningkatan bilangan anak yatimAhamdulilah,sestengah bayi yang dibuang masih sempat diselamatkan jika ditemui tetapi nasib mereka akan menjadi pahit selepas itu.Dalam kehidupan mereka, mereka mungkin tidak berpeluang tahu siapa ibu bapa mereka dan kehidupan mereka diteruskan dengan mengadu kepada simpati orang ramai.Disebabkan oleh masalah kewangan,mereka juga tidak mempunyai peluang untuk belajar dan menyara anak-anak yatim ini merupakan kos kepada negara.
Cara mengatasi
Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut diambil adalah seperti berikut:
1. Mengadakan kempen kesedaranDengan mengadakan kempen,remaja-remaja akan sedar akibat dan kesan pembuangan zuriat.Polis juga boleh memberi amaran keras kepada mereka semasa kempen dijalankan supaya perkara seperti ini tidak berlaku pada remaja-remaja tersebut.Pihak penganjur juga boleh menjemput doktor untuk memberi ajaran seks yang betul kepada mereka supaya mereka tidak menjalani hubungan sekd sesuka hati.
2. Iklan-iklan juga harus dipaparkan.Pihak-pihak media dengan kerjasama kerajaan terutamanya daripada kementerian kesihatan harus mengiklan tentang keburukan pembuangan bayi biarpun di akhbar,television ataupun di surat khabar.
3. Mempunyai pegangan agama yang kuatSelain itu,ibubapa harus mendidik anak-anak mereka supaya sentiasa beriman.Hal ini boleh membantu mengelak daripada melakukan sebarang perbuatan yang akan membawa kepada mereka masalah pembuangan zuriat.