Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka.
Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya.
Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.
1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.
2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk
3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat
4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.
5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.
6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.
7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.
8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli.
Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.
Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..
Pernah dulu kecoh kat Malaysia ada nama syaitan dalam al-Fatihah.
Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH.
2. HIR ROB (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya HI ROB.
3. KIYYAU (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KI YAU.
4. KANNAK (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAK.
5. KANNAS (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAS.
6. IYA (dibaca tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud matahari.
Entah betul entah tidak la artikel ni. Setahu saya nama-nama syaitan yang ada hanyalah yang disenaraikan oleh 5zul. Plus, setahu saya lagi, dalam bahasa Arab, matahari disebut SYAMS, bukan IYA.
Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH.
2. HIR ROB (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya HI ROB.
3. KIYYAU (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KI YAU.
4. KANNAK (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAK.
5. KANNAS (bila dibaca ada sabdu) sepatutnya KA NAS.
6. IYA (dibaca tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. IYA bermaksud matahari.
Entah betul entah tidak la artikel ni. Setahu saya nama-nama syaitan yang ada hanyalah yang disenaraikan oleh 5zul. Plus, setahu saya lagi, dalam bahasa Arab, matahari disebut SYAMS, bukan IYA.
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
Jenis-Jenis Jin
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
Al-Afrit - Penipu-penipu
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
Al-Ummaar - Pemakmur.
Anak-anak Iblis Yang Mempunyai Kerajaan Yang Besar
Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan