Tiba-tiba dari luar pintu, terdengar suara seseorang berseru
mengucapkan salam. "Bolehkah aku masuk?" tanya si tetamu itu apabila
puteri Rasulullah s.a.w., Fatimah az-Zahra' membuka pintu.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya. "Maaflah ayahku sedang demam," kata Fatimah. Pintu ditutup dan beliau kembali menemani ayahnya yang sedang terlantar di pembaringan. Rasulullah s.a.w. memandang puterinya itu dan bertanya," Siapakah itu wahai anakku?" " Tak tahulah ayah, baru sekali ini saya melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah s.a.w.menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Renungannya cukup sayu seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang. " Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatulmaut," kata Rasulullah s.a.w. menyebabkan Fatimah ditimpa kesedihanya yang amat sangat.
Fatimah membuka pintu dan Malaikatulmaut melangkah masuk. Dia datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w. menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudia dipangillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia untuk menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu para anbia' itu.
Jibril datang mendekati Rasulullah s.a.w." Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' tanya Rasulullah s.a.w. dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu." jawab Jibril.
Tetapi jaminan syurga yang penuh kenikmatan itu tidak sedikitpun membuatkan Rasulullah s.a.w. lega. Renungan matanya masih dibayangi perasaan cemas." Ya Rasulullah, engkau tidak senang mendengar khabar ini?' tanya Jibril. Rasulullah s.a.w. tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya berkata," Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" Jawab Jibril," Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku : Kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya."
Detik-detik memilukan semakin dekat, saat Izrail melakukan tugas akhirnya tiba jua. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak tubuh baginda bersimbahan peluh serta urat-urat lehernya menegang.
" Jibril, berapa sakit sakaratulmaut ini," kata Rasulullah s.a.w. dengan suara yang lemah.
Perlahan Rasulullah s.a.w. mengaduh. Fatimah memejamkan mata, Ali yang berada disampingnya menunduk ke lantai manakala Jibril memalingkan muka, tidak sanggup melihat kekasih Allah melalui detik-detik yang terakhir itu.
"Jijikkah kau melihatku wahai Jibril hingga kau palingkan wajahmu..?" tanya Rasulullah s.a.w. pada malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal ?" balas Jibril
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh kerana sakit yang tidak tertahankan lagi, "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." kata baginda lagi membuatkan Fatimah, Ali dan Jibril bertambah sayu.
Detik memilukan terus berlalu, baginda Rasulullah s.a.w mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Di saat-saat yang menggetarkan itu, bibir baginda bergerak seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinga, " Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Baginda berbisik, suaranya kedengaran terlalu perlahan.
Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahut-sahutan. para sahabat kehilangan orang yang paling mereka kasihi. Fatimah menekupkan tangan di muka, Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w. yang mulai kebiruan, "Ummati, ummati, ummati....," terdengar Rasulullah s.a.w. berbisik hinggalah nafasnya terhenti.
Berakhirlah hayat seorang insan yang membawa cahaya. Baginda meninggalkan dunia ini dengan rasa KASIH dan RISAU terhadap umatnya. Tanyakan pada diri kita, adakah kita juga mengasihi Rasulullah
s.a.w.? Dan adakah kita juga risau terhadap keadaan umat baginda yang ada pada hari ini? Sama-samalah ki fikirkan... ALLAHU AKBAR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan