Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16
Sebelum abad
ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan
Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600
Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara
kerajaan Brunei dan Kerajaaan
Cina pada ketika itu. Penempatan Cina dikatakan berada di kawasan
Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi seperti seramik yang di temui
di kawasan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti petukaran
barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku.
Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai tiga bentuk sistem politik iaitu:
1. 1. Sistem politik kesukuan
Terdapat
di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan di huni oleh kaum-kaum
Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan kumpulan
lain atas factor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai
dan jeram.
2. 2. Sistem politik Kesultanan
Sistem
ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan
bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di
tadbir oleh wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam system
Kesultanan Brunei tanah dan rakyat terletak di bawah kuasa mutlak
Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum bangsawan Brunei di beri hak
ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan tanah-tanah di Pantai
Barat terpecah kepada 3 iaitu :
a) Tanah milik para Pengiran
b) Tanah Kuripan
c) Tanah Sultan
3. 3. Sistem Politik Kuasa Bebas
Sistem
ini wujud kerana keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat
mencabar kuasa Sultan.Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan
kewibawaan mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau
menghiraukan kuasa-kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada
ketua-ketua yang mempunyai pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta
keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh-tokoh ini adalah seperti Sharif
Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830-1840.
KESULTANAN SULU DAN SABAH.
Kesultanan
Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan
Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan
Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan
pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai
ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah
(bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.
PERTAPAKAN KUASA BARAT KE ATAS SABAH
Peta kemorosotan kuasa Brunei dan Sulu
British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan
Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British
di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat.
Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”.
Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak
lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.
Pada tahun
1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menyerahkan
Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan
Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta
meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan British sehingga tahun 1907, apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.
Pada tahun
1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian
pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan
Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan
tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas
Harris.
Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa
Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama
Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan
seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu
dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun.
Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British
Pada
tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk
menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu
kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya
dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi
kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga
sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah
tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam
bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.
Selain
tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British
kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal
perdagangan senjata api dan ubat bedil.
Sehingga
kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di
sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ;
“sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak
ada matahari dan bulan”.
British
walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat
Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta
suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British
bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil
British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck
yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred
Dent.
Pada tahun
1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan
British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah
pengaruh British.
Sepanjang
pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak pembangunan telah
di lakukan. Walaupun pemerintahan British aman, masih terdapat juga
beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan
penentangan Rundum oleh kaum murut pada tahun 1915.
Pihak BNBCC
berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila
Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1
Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar
dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945.
Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran
Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai
1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.
Pada 15 Julai
1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC
tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia
Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah
menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang
Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran
penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era
BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi
fokus utama para pentadbir.
Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963
Pada amnya
keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun
1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan
seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara.
Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh
Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan
dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya,
Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan
rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara
telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah
mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada
tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
FILIPINA MENUNTUT SABAH
Presiden Diasdado Macapagal
Pada 12
September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah
Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika
itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I,
kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan
Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah
Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan
Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun
1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan
Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk
memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang
terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina
untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah
Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke
atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat
oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka
tuntutan tersebut tidak diendahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan