Khamis, 17 Oktober 2013

PENGGUNAAN CAKERA PARABOLA DI NEGERI SABAH DAN SARAWAK

KOTA KINABALU 27 Dis. - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menolak cadangan membenarkan pemasangan cakera parabola di kalangan pengguna individu di negeri ini.
Ketua Belia USIA, Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kesan negatif penggunaan cakera berkenaan khususnya kepada golongan muda.
"Kita perlu memikirkan kadangkala terdapat siaran yang tidak sesuai ditonton seperti unsur hiburan yang keterlaluan, keganasan dan unsur memberahi yang boleh merosakkkan minda.
"Jadi kita bimbang penggunaan cakera parabola yang berleluasa tidak selari dengan usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai yang murni dan luhur," katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Moh Chai berkata, menerusi undian melalui internet pihaknya mendapati hampir 99 peratus penduduk Sabah mahukan kebebasan dalam akses maklumat melalui satelit.
Ekoran itu, Moh Chai yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada kerajaan mengenai pentingnya penggunaan cakera parabola di negeri ini.
Menurut Abdul Hakim, meskipun aspek kebebasan maklumat penting kepada masyarakat, ia harus dilihat dalam konteks budaya masyarakat negara ini.
Justeru, katanya, kerajaan harus melakukan kajian daripada semua aspek termasuk kesan kepada budaya dan kepada generasi muda.
"Sebenarnya kita melihat ia akan mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan akan mendorong generasi muda ke arah masyarakat yang lebih mementingkan hiburan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin