Rabu, 16 Oktober 2013

PERSEKITARAN SENTIASA BERSIH DAN NYAMAN

persekitaran bersih dan sihat adalah menjadi tanggungjawab kita


Nuffnang Ads
Persekitaran yang sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur unsur yang membahayakan kesihatan kita.ini termasuklah binatang dan juga serangga pembawa penyakit seperti tikus nyamuk,lalat dan lipas.selain daripada itu,unsur unsur yang boleh mencemarkan air ,makanan ,udara dan tanah juga membahayakan kesihatan kita.
persekitaran yang tidak sihat mengancam kesihatan dan kesejahteraan manusia.oleh ituadalah menjadi kewajipan kita bagi setiap individu untuk memahami,menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan sihat.
persekitaran bersih dan sihat adalah penting untuk

1.memastikan keperluan asas kehidupan kita seperti air,udara,dan makanan sentiasa bersih dan terus berterusan.
2.mewujudkan suasana yang harmoni dan menenangkan fikiran.
3.menyumbang kepada kesejahteraan emosi.
4.mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit berjangkit kerana ini secara tidak langsung mengurangkan pembiakan nyamuk,lipas,lalat dan tikus.
5.mendorong individu .melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah dan juga senaman.
6.menimbulkan minat dan memberi keselesaan untuk bekerja dengan tekun.
7.meningkat kan prestasi kerja dan produktiviti.
8.menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat.

secara hakikatnya kebersihan adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli masyarakat

persekitaran yang bersih dan sihat harus dilindungi agar kita boleh meneruskan kehidupan yang lebih sejahtera.
jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan persekitaran bersih dan sihat itu
1.kita amalkan pembuangan sampah sarap yang sempurna dengan tidak membuang sampah merata rata.
2.sampah sarap boleh juga ditanam.elakkan pembakaran secara terbuka.
3.kita kitar semula bahan buangan seperti botol,tin dan kertas untuk mengurangkan sampah sarap.
4.kita kenal pasti dan kita musnahkan tempat tempat pembiakan binatang atau serangga pembawa penyakit berjangkit seperti tikus,yamuk,lalat dan lipas.
  
      
apa yang penting kita adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran walau dimana jua kita berada dan begitu juga dengan rumah kita
1.kita perlu pastikan lantai sentiasa bersih.
2.kita simpan barang barang permainan,peralatan dapur ditempat yang selamat.
3.kita pastikan tandas sentiasa bersih.
4.kita tutup bekas bekas yang digunakan untuk menyimpan air seperti tempayan bagi mengelakkan pembiakan aedes.
5.kita buang sampah dengan cara yang betul dan sempurna.
6.kita bersihkan longkang agar ia tidak tersumbat.
7.kita tanam pokok pokok bunga disekeliling rumah untuk mengindah dan menghijaukan lagi persekitaran.
dan begitu juga disekolah atau seumpamanya
1.kita perlu jaga kebersihan kantin,bilik kuliah dan bilik guru.
2.kita cuci tandas sekerap mungkin dan menyelenggaranya  secara berjadual 
3.memotong rumput secara kerap.
4.membuang sampah sarap kedalam tong sampah yang telah disediakan
5.memastikan beg beg sampah sarap dikutip secara berjadual 
6.mengenal pasti dan menghapuskan tempat tempat biaknya aedes,kalau ada
7.kita wujudkan suasana ceria disekolah dengan kita tanam pokok bunga untuk mengindahkan lagi serta menghijaukan persekitaran tersebut.
ditempat kerja pula
sebagai peranan pekerja
1.kita jadikan tempat kerja kita bebas daripada asap rokok 
2.kita buang sampah sarap ditempat yang disediakan
3.kita jaga kebersihan kantin dan bilik penyediaan makanan atau minuman.

jadi apa pula peranan majikan
1.kita pastikan kebersihan keseluruhan tempat kerja
2.memastikan pekerja tidak merokok semasa bekerja
3.memastikan lantai,meja,dan juga kerusi serta peralatan lain ditempat kerja berada didalam keadaan bersih,selamat dan teratur serta diselenggara secara berjadual
4.memastikan tandas agar bersih dan diselenggara secara berjadual
5.mengenal pasti dan kita hapuskan tempat tempat pembiakan aedes .

umumnya,udara yang bersih perlu kita bebaskan daripada asap rokok,tahukah kita bahawa asap rokok adalah punca utama pencemaran udara didalam rumah kita/bangunan yang menyumbang kepada lebih 80% pencemaran.
asap rokok pasif adalah gabungan asap rokok yang keluar daripada bahagian rokok yang menyala dan asap rokok aliran utama yang dihembus keluar oleh perokok tersebut. 

 
 
 
 


orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok pasif ini dikenali sebagai perokok pasif.
link 
asap rokok boleh menjejaskan kesihatan perokok tersebut dan bukan perokok kerana ia mengandungi  4000 jenis bahan kimia,200 daripadanya adalah beracun dan 63 daripada nya akan penyebab kanser.
hakikatnya,perokok pasif menghadapi risiko yang agak tinggi kepada pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok berbanding dengan orang yang tidak terdedah kepada asap rokok.
jadi siapakah yang sering terdedah kepada asap rokok pasif dan apa kesannya?

ya .. terutama sekali golongan wanita yakni isteri perokok tersebut.
berisiko menghadapi kanser paru paru lebih 30% lebih tinggi berbanding dengan isteri seorang yang bukan perokok.sekiranya dia hamil,dia berisiko pula untuk melahirkan bayi yang kurang berat badannya,tidak cukup bulan,bayi cacat,kematian,serta keguguran janin dan sindrom kematian bayi secara mengejut.
kanak kanak terutama dari ibu bapa mereka yang merokok.mereka pula terdedah dengan jangkitan saluran
pernafasan,telinga,paru paru dan kerap mendapat lelah.
rakan rakan sekerja,serumah dan sebilik dengan perokok.
mereka mereka ini akan mengalami kesan kesan seperti batuk,pedih mata,gangguan bau dan alahan.dan sekiranya mereka mereka ada yang berpenyakit jantung,mereka akan lebih mudah mendapat serangan jantung manakala pesakit asma pula akan lebih mudah mendapat serangan lelah yang lebih teruk lagi.
bagaimana pula untuk memastikan udara yang kita sedut bebas daripada asap rokok?...emm contohnya dirumah,kita perlu pastikan tiada ahli keluarga dan tetamu yang merokok didalam rumah kita,tidak kita menyediakan sebarang peralatan seperti pemetik api dan bekas abu rokok yang boleh mengalakan tabiat merokok.jadi sebagai ketua keluarga,kita perlu tunjukkan teladan contoh yang agak baik kepada ahli keluarga dengan tidak merokok.
manakala ditempat tempat awam.kita perlu pastikan pula agar tidak ada orang yang merokok dikawasan kawasan yang dilarang merokok.
rokok Pictures, Images and Photos
kawasan kawasan larangan merokok mengikut peraturan kawalan hasil tembakau (pindaan)1997 adalah 
1.pusat hiburan atau pawagam
2.tempat makanan berhawa dingin
3.hospital dan klinik
4.kedai berhawa dingin
5.lif awam
6.kenderaan awam
7.lapangan terbang
8.kompleks membeli belah
9.premis kerajaan
10.dewan orang ramai
11.instiusi pengajian tinggi
12.pusat asuhan kanak kanak tadika dan taska
13.stadium
14.sekolah
15.kompleks sukan
16.stesyen minyak
17.kaunter perkhidmatan
18.bank/istiusi kewangan
19.perhentian bas


persekitaran yang bersih dan juga sihat adalah meliputi juga premis premis makanan yang bersih,jadi ...apakah faedah faedah makanan dipremis makanan yang bersih tersebut?. ..pengguna akan dapat menikmati makanan  dalam suasana yang selesa dan lebih terjamin dari segi keselamatan makanan.


pengguna juga dapat mengelakkan penyakit penyakit bawaan air dan makanan seperti kolera,tifoid,keracunan makanan,cirit birit dan hepatitis A.
faedah faedah dengan menjaga kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan akan dapat meningkatkan lagi imej premis dan kepuasan pelanggan,mendapat keuntungan yang lebih kerana dapat menarik lebih ramai pelanggan,mengelakkan pelanggan daripada menghidapi penyakit penyakit bawaan air dan juga makanan,menghindarkan pembiakan lalat,lipas dan tikus,mungurangkan kerosakan makanan melalui pengendalian yang sempurna,terhindar daripada tindakan undang undang oleh pihak yang berkuasa.
apakah tindakan tindakan yang perlu diambil oleh pemilik/pengendali makanan dalam untuk menjaga kebersihan premis makanan?kita seharusnya membersihkan persekitaran dalam dan luar premis secara berjadual,menyediakan sinki/besin dan sabun untuk membasuh tangan,mempamerkan tanda larangan merokok,menasihati pelanggan dan pekerjanya agar tidak merokok didalam premis makanan,memastikan premis makanan agar sentiasa bersih daripada lipas lipas,lalat dan tikus,tidak juga membiarkan binatang berkeliaran didalam dan diluar premis makanan,menguruskan pembuangan sampah dari sisa makanan dengan cara yang betul iaitu memasukkan kedalam beg plastik,diikat serta dibuang kedalam tong sampah yang bertutup.

pihak pihak pengendalian makanan seharusnya mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan
1.membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan ataupun jua selepas ketandas.
2.memotong kuku
3.memakai pakaian,apron,penutup kepala,dan kasut yang bersih
4.tidak bersin atau batuk kearah makanan.
5.tidak merokok,mengunyah sireh,menjilat jari,menyentuh hidung,rambut,dan mulut semasa menyediakan atau menyajikan makanan.
Add caption
sekiranya kita dan keluarga ingin makan diluar,pastikan 2 aspek berikut iaitu
makanan - dimasak dengan sempurna,masih panas,segar dan tiada benda asing seperti rambut,lipas,dan lalat.
ditutup dengan sempurna,diambil dengan mengunakan peralatan seperti sudu,garpu dan senduk yang bersih.

premis makanan - dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih,sinki/besin,bekalan elektrik,pengaliran longkang yang baik dan tong sampah.
pengendalinya memakai pakaian,apron,penutup kepala,dan kasut yang bersih.bebas daripada binatang berkeliaran serta serangga dan binatang pembawa penyakit seperti lalat,lipas dan tikus.
jauh dari jalan raya dan tempat pembuangan sampah kecuali premis makanan yang tertutup ataupun berhawa dingin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin