Sabtu, 12 Oktober 2013

ADAB BERZIKIR DENGAN ALLAH SWT

Di antara dua syarat sesuatu amalan kebaikan diterima oleh Allah SWT ialah ikhlas kerana Allah, kedua mencontohi cara Nabi SAW. Kedua-dua syarat ini perlulah terhimpun dalam sesuatu amalan soleh agar tidak ditolak oleh Allah.
Jika hanya satu daripada dua syarat ini tidak dipenuhi, maka ia tidak boleh dipanggil amalan soleh.

Kita ambil satu contoh seperti amalan zikir kepada Allah. Zikir adalah satu amal ibadat khusus yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, zikir itu mestilah semata-mata kerana Allah bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Lafaz zikir pula dan kaedah sewaktu berzikir kepada Allah itu juga hendaklah sesuai seperti diajarkan oleh Nabi SAW sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan baginda. Jika dipenuhi semua, amalan ini akan diterima dan diberikan pahala.

Seperti hadis Nabi dari Aisyah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa mengada-adakan yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak“. (Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no.4586 dan Abu Daud no.4608) Zikir berlandas al-Quran Sekiranya kita ingin mendekatkan diri dengan Allah dengan berzikir hendaklah lafaz zikir diambil seperti yang Allah ajarkan kepada Nabi di dalam al-Quran atau zikir yang Nabi ajarkan kepada sahabat.

Apa-apa zikir yang dikeluarkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada daripada al-Quran ataupun hadis nabi yang sahih itulah yang menjadi keutamaan untuk diamalkan.
Selain yang datang daripada al-Quran dan hadis Nabi walaupun kelihatan baik itu hanyalah sangkaan di atas perasaan tanpa neraca ilmu dan kebenaran.

Mana mungkin zikir selain daripada al-Quran dan hadis Nabi yang sahih lebih utama dan baik. Kadangkala zikir yang direka ini jika dikaji dan diteliti terdapat unsur syirik dan menyalahi manhaj aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Seperti zikir yang ada unsur bertawassul dengan Nabi dan orang soleh yang sudah meninggal dunia. Hal ini jelas bercanggah dengan sunah.

Ironinya, kaum Muslimin hari ini lebih suka mengambil zikir yang bukan datang daripada al-Quran dan sunah. Padahal kalimah zikir yang Nabi ajarkan dan tinggalkan kepada kita semua jika hendak dihafal dan diamalkan seharian dalam hidup kita belum tertentu mampu kita menghabiskannya. Tetapi apakan daya hanya jauhari yang mengenal manikam.

Lebih parah lagi hari ini, selain lafaz zikir itu bukan datang daripada Nabi, kaedah dalam mengamalkannya juga menyanggahi sunah Nabi.

Elak angkat suara Terdapat sebahagian orang Islam yang mendendangkan zikir ini dengan cara dilagukan dan dinyanyikan di atas syubhat nama qasidah dan nasyid islami. Sedangkan Nabi, Sahabat, tabien mahupun ulama mazhab yang empat tidak pernah melakukan sedemikian apatah lagi menganjurkannya.

Jika kita selusuri perkataan Imam Syafie ketika beliau keluar dari Baghdad, beliau mengatakan: “Aku temui di Baghdad, sesuatu yang disebut sebagai ‘at-Taghbir’ yang direka oleh orang zindiq yang menyibukkan manusia daripada al-Quran” (Ibnul Jauzi, Talbis Iblis,:205 dan Majmuk al-Fatawa, 11:569).

Taghbir adalah dendangan dan nyanyian zikir memuji Allah. Imam syafie tidak suka dengan amalan taghbir itu kerana ia bidaah lagi mungkar yang direka oleh kelompok sufi dan orang zindik.

Banyak hadis sahih mengajar bagaimana adab dan cara untuk berzikir kepada Allah. Di antara adabnya, Nabi melarang umatnya mengangkat suara kuat tatkala berzikir kepada Allah.

Seperti kata Abu Musa Al-Asy’ari: “Ketika Rasulullah memerangi atau menuju Khaibar, orang-orang menaiki lembah, lalu mereka meninggikan suara mereka dengan takbir Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaaha illa Allah. Maka Rasullullah bersabda: “Perlahanlah! Sesungguhnya kalian tidaklah menyeru kepada yang pekak dan yang tidak ada. Sesungguhnya, engkau menyeru (Allah) Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, dan Dia bersamamu.”( hadis Bukhari dan Muslim) Menguatkan suara berzikir kepada Allah dilarang inikan pula zikir kepada Allah dengan didendangkan, dilagukan dan dinyanyikan berserta alat muzik.

Benar-benar ini adalah satu musibah. Amalan ini benar-benar melalaikan kaum Muslimin supaya memahami dan mengamalkan zikir yang diajarkan di dalam Islam.

Sememangnya manusia akan lalai dan terpesong daripada landasan ilmu jika nyanyian dijadikan modal untuk menarik manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin