Sabtu, 19 Oktober 2013

KAUM CINA MENENDANG BANGSA MELAYU DI SINGAPURA.


Sebelum ini, kami pernah mendedahkan satu rakaman video seorang lelaki Cina menyepak berkali-kali kepala seorang anak Melayu yang disyaki melakukan jenayah, dalam keadaan tangannya berikat. http://mymassa.blogspot.com/2013/09/khas-buat-melayu-pakatan-jom-tengok.html



Hari ini, kami hidangkan pula satu lagi rakaman pergaduhan kaum yang melibatkan Melayu-Cina. Kali ini pergaduhan tersebut berlaku di Singapura, sebuah negara bandar yang dikatakan sebagai paling selamat di dunia.

Beza video ini dengan yang sebelum ini, Melayu Singapura membuktikan diri mereka tidaklah selembik yang disangkakan. Kebersatuan mereka dalam mempertahankan maruah bangsa sebenarnya masih jauh lagi utuh berbanding kita. Mungkin juga kerana Melayu di sana mempunyai kadar survival yang lebih tinggi kerana mereka menghuni kelompok minoriti. Namun apa yang pasti, mereka jauh lebih berani untuk mempertahankan sesama sendiri daripada dihina berbanding Melayu dalam video sebelum ini yang melihat sahaja anak bangsa mereka diperlakukan seperti anjing kurap.


"Kejadian ini berlaku di Orchard Towers, satu destinasi tmpt mat salleh suka pi clubbing dan cari pompuan. Benda ini dah agak lama. Antara budak kat dlm tu ada gak members. Waktu budak melayu tu nak melintas ferrari tu tak nak bagi way. Budak tu komen ferrari so wat, tu yg cina tu naik angin konon melayu hina ferrari dia. Dia pun kuar nak bantai budak tu. Ada sekumpulan anak muda melayu yg nampak budak melayu tu kena, apa lagi dorang trus join in lah. Dorang bersurai sebab nampak keta polis dtg. Kalau tidak cina tu dah kena lagi teruk dah malam tu."

Agak-agaknya, kalau kereta peronda polis itu tidak lalu di situ malam itu, sudah tentu rusuhan kaum Singapura 1963 akan berulang. Ini juga satu bukti bahawa rakyat Singapura sudah banyak berubah. Daripada satu masyarakat yang begitu takut didenda dan dikenakan tindakan undang-undang, semakin ramai yang bangkit meluahkan apa yang terpendam selama ini secara terbuka. Mungkin apa yang terjadi ketika perlawanan di antara Malaysia dan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar tahun 2011 yang lalu memberikan inspirasi kepada kejadian di atas?

Malah dalam pilihanraya umum Singapura dan pilihanraya kecil mereka baru-baru ini, ternyata parti KIASU PAP sukar mendapatkan sokongan dan kemenangan di kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang signifikan. Mungkin selama ini mereka beranggapan bahawa jika Melayu terus-menerus ditekan dan dipecah belahkan, mereka akan akhirnya lemah dan mati. Ternyata tanggapan ini silap, kerana mereka kini berhadapan dengan satu kelompok bangsa Islam yang tidak takut untuk kehilangan apa-apa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin