Sabtu, 12 Oktober 2013

KESAN GUGUR KANDUNGAN

Pakar Seksologi Dr Boyke Dian Nugraha mengingatkan agar para wanita mesti menghindari dari menggugurkan kandungan (aborsi) kerana sangat memberi kesan buruk kepada kesihatan diri sendiri.

"Kegiatan pengguguran harus dihindari kerana sangat berisiko tinggi bagi kesihatan, khususnya rosaknya rahim kandungan bagi wanita," kata Boyke Dian Nugraha.

Menurutnya, kegiatan aborsi / pengguguran anak biasanya dilakukan oleh seorang wanita hamil, baik yang sudah menikah mahupun wanita hamil di luar nikah, dengan beragam alasan. Data yang ada menunjukkan rata-rata wanita melakukan kegiatan pengguguran kerana tidak ingin memiliki anak. Mereka khuatir kehadiran anak mengganggu karier.

"Alasan seperti ini sekitar 75 peratus dari total yang melakukan pengguguran di Indonesia, baik yang sudah menikah mahupun hamil di luar nikah," ujarnya.

Alasan lain melakukan pengguguran adalah kerana faktor ekonomi akibat kurang biaya untuk merawat anak. Jumlah tersebut sekitar 66 peratus. Jumlah pengguguran tanpa ayah sekitar 50 peratus.

Dari sekian kegiatan pengguguran selama ini, ungkap Boyke, rata-rata adalah wanita yang hamil di luar nikah. Sedangkan, selebihnya aib keluarga dan wanita yang telah banyak anak.

"Berdasarkan hasil penelitian terungkap rata-rata praktik pengguguran kerana tidak memahami apa risiko dari kegiatan melakukan pengguguran itu sendiri," terangnya.

Kerana itu, katanya para wanita harus mampu memahami apa kesan atau risiko yang timbul apabila melakukan pengguguran. "Pengguguran yang paling bahaya ialah apabila dilakukan secara tradisional atau melalui jalur dukun. Itu paling banyak menimbulkan kematian bagi remaja hamil," tuturnya.

Dia mengatakan, ada dua cara yang ditempuh oleh remaja hamil melakukan pengguguran yakni dengan cara sendiri dengan memakan ubat-ubatan yang membahayakan janin. Cara lain pengguguran, katanya melalui bantuan orang lain, baik doktor, bidan, dukun untuk mengeluarkan janin yang sudah terlanjur membesar.

Kegiatan pengguguran dilarang dalam agama kerana melakukan pembunuhan kepada manusia yang ada dalam rahim. "Praktik pengguguran melalui bidan atau doktor dilakukan dengan cara sadis kerana harus membunuh bayi dalam kandungan, lalu dibuang," jelasnya. "Kegiatan sadis dengan cara membunuh bayi itu dilarang. Makanya, jangan melakukan pengguguran kerana mendapat dosa yang besar kerana telah melakukan pembunuhan dan merosakkan kesihatan diri bagi pelaku pengguguran," tambahnya.

Pengguguran yang dilakukan oleh dukun sangat berbahaya kerana wanita hamil akan diberikan ramuan ubat tradisional lalu kemudian mengurut perut untuk mengeluarkan secara paksa janin dalam kandungan.

"Cara seperti ini sangat berbahaya kerana belum tentu membuahkan hasil maksimum dan bahkan berisiko buruk kerana akan membuat cacat pada janin dan membuat trauma hebat bagi ibu yang melakukan pengguguran," ujarnya.

[Di olah dari  Waspada Online dan Republika]


Maka terbuktilah, perbuatan yang dilarang / diharamkan oleh Islam itu bukannya saja-saja, tetapi ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Kerana Allah bukannya mahu menyusahkan makhluk, tetapi mahu memberi kesenangan dan kebaikan, tetapi jangan sampai melampau batas.

Allah tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk manusia, kerana itulah larangan-larangan dalam Islam itu semuanya ada manfaat dan mengelakkan manusia dari mendapat kesusahan dan kemudharatan di kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin