Rabu, 16 Oktober 2013

KENAIKAN HARGA BARANG DAN KOS SARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

Tahun 2010 akan menjadi tahun yang perit bagi rakyat Satu Malaysia. Ekonomi negara terus merudum. Kehidupan kita semua, terutama golongan makan gaji... kaki tangan kerajaan dan swasta.... orang-orang kampung yang bekerja sendiri.... para nelayan dan petani, akan menjadi bertambah sempit, perit dan terhimpit. Terhimpit kerana kos hidup yang semakin meningkat.

Pendekkan ceriter.... pastinya, golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan susah financially pada tahun depan iaitu 2010. Ngeri rasanya weh....

Kita sebenarnya tertipu dengan slogan Piem Najib... Satu Malaysia, Rakyat didahulukan. Bunyinya memang positif tetapi hakikat sebenarnya.... lain cerita!!! Slogan tersebut hanya untuk mendapat attention kita agar memberi sokongan kepadanya. Strategi yang menggunakan slogan untuk membina dan menaikkan imej supaya dapat meraih sokongan rakyat. Awas!!! Jangan terpedaya!!

Mengapa tahun depan kehidupan kita akan bertambah perit??

Mana tak peritnya, kalau pendapatan ditakuk lama tetapi barangan keperluan semua naik... kos pengangkutan naik... kos perubatan naik!! Mana boleh tahan.... Kos sara hidup melambung naik, pendapatan tak naik. Mampos kita!!

Yang kaya raya tak rasa apa-apa tetapi kita... rakyat marhaen menderita.

Tambang bas naik... tambang teksi naik... tambang kereta api naik... gula naik.... petrol naik... cukai barangan dan perkhidmatan naik.... tempat letak kereta yang dulu free sekarang kena bayar... Yes!!! Rakyat didahulukan!!

Takut rasanya nak hidup. Mana nak makan dan minum... nak bayar api dan air... anak-anak nak sekolah... sewa dan bayaran ansuran rumah... pengangkutan... duit poket... bil telefon dan internet... duit topup handfon dan lain-laian perbelanjaan. Weh... nampaknya kena ikat perut dan berjimat cermat ler.

Inilah cara kerajaan Satu Malaysia mendahulukan rakyat. Cekik darah rakyat dengan bebanan pelbagai jenis cukai. Rakyat dahulu yang kena perah, untuk mengisi kantung kerajaan yang sudah kekeringan. Semuanya dibebankan atas bahu rakyat. Rakyat berkorban dan terkorban.... sentiasa menjadi korban kepada pemerintah yang rakus, yang tak tahu memerintah dan yang kuat rasuah. Akibatnya... rakyat juga yang susah.

Saranan aku pada rakyat Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin