Sabtu, 9 Julai 2011

ALLAH MAKBULKAN DOA KEPADA YANG BUKAN ISLAM.

ALLAH makbulkan Doa orang Hindu yang dizalimi, awas pemimpin negara

Kematian wakil rakyat di Malaysia ini memberi mesej jelas kepada pemimpin negara. Doa rakyat yang dizalimi, kesusahan, derita akan diperkenankan Allah, walaupun yang berdoa tadi orang Hindu, orang Budha, orang Kristian. Oleh itu serulah kepada rakyat agar jangan doakan wakil rakyat mati.

Artikel sebelum ini , Tolonglah, janganlah doakan wakil rakyat kita mati di

DOA ORANG MAZHLUM ADALAH MUSTAZAB

TUTONG, Sabtu, 25 April. - Dalam masyarakat, ada orang baik-baik dengan kebaikannya dan ada orang jahat dengan kejahatannya, kemudian ada pula orang baik yang kadang-kadang menjadi mangsa kepada orang jahat dan orang jahat yang binasa atau hina kerana kejahatannya.

Agama Islam menghendaki semua orang menjadi baik, agama Islam mau semuanya penganut-penganutnya adalah baik-baik belaka, dilarang sama sekali jadi orang jahat, kerana orang jahat biasanya bukan sahaja merugikan dirinya sendiri tetapi juga menjejaskan orang lain, sebab itu dilarang keras oleh Islam iaitu jangan sekali-kali membuat jahat, orang yang terjejas kerana kejahatan seseorang dipanggil dia Mazhlum, yang bererti orang yang teraniaya.

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menjelaskan perkara tersebut ketika menyampaikan kuliah 'Bagaimana Doa Mustazab Menimpa Sasarannya' semasa Kuliah Bersama Mufti di Masjid Kampong Sinaut.

Bagi orang yang ditimpa kezaliman atau yang dizalimi katanya, akan dibekalkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan satu senjata luar biasa, bukan sebarang senjata, tetapi senjata luar biasa,iaitu doa.

Seseorang yang dizalimi atau dianiaya tambah Yang Berhormat, adalah berhak untuk menggunakan senjata luar biasa bernama 'Da’wah al-Mazhlum' iaitu doa orang yang teraniaya.

Peringatan Yang Berhormat mengenai senjata ini, apabila seseorang yang dizalimi menggunakan senjata ini pasti akan berhasil menepati sasarannya.

“Senjata itu amat berbahaya dan amat tajam serta jangan dipandang ringan kerana orang Mazhlum doanya mustajab dan tiada dinding doanya dengan Allah,” terangnya.

Orang yang teraniaya jelasnya, adalah orang yang disakiti atau dianiaya iaitu dengan bermacam-macam keadaan dan bahasa yang tepat bagi menjelaskan orang Mazhlum ialah orang dizalimi dengan berbagai-bagai cara seperti dikhianati, ditipu, dibohongi, difitnah, diracun, disihir dan sebagainya termasuk menganiaya keluarganya.

Yang Berhormat mengulangi dalam kuliahnya menyatakan, doa adalah senjata orang mukmin dan doa orang Mazhlum adalah mustajab dan amat tajam.

Mengenai perkara kezaliman dan doa orang Mazhlum tersebut, Yang Berhormat menjelaskan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Nabi pembawa rahmat telah mengingatkan dan memberi amaran kepada kita mengenai bahaya doa orang 'Mazhlum' dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Takutlah kamu akan doa orang yang Mazhlum (yang teraniaya) sekalipun dia itu orang kafir, kerana doa orang Mazhlum itu mustajab, sesungguhnya tiada dinding di antara doanya dengan Allah
WASPADA DOA ORANG YANG TERANIAYA

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan beberapa pesan, di antaranya adalah, “Beritahukanlah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang yang teraniya, agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.

TUHAN TIDAK MELUPAI PERBUATAN SI ZALIM

Ya, ramai orang zalim telah melupai mangsa mereka. Bahkan sebahagian mereka tidak mengenali pun siapakah mangsa mereka. Ketika mereka bergolek dalam keseronokan, mangsa-mangsa mereka merintih penderitaan dan kesakitan. Lihatlah berapa ramai pemaju perumahan yang berarak ke sana sini sedangkan pembeli-pembeli rumah yang ditipu atau terbengkalai terus menderita dek penipuan tersebut. Mungkin mereka tidak kenal pun bagaimanakah rupa si pemaju dan si pemaju pun tidak kenal rupa mereka. Namun Allah tidak pernah lalai dan alpa atas apa yang dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin