Rabu, 13 Julai 2011

BERHATI-HATI SEMASA ANDA MEMBELI UBAT DI PASARAN.


ubat 1
AWAS UBAT TIRUAN DI PASARAN
Masalah produk tiruan telah sekian lama membelenggu pasaran dunia. Tidak kira apa jua produk, asalkan ia boleh mendatangkan keuntungan pasti akan dikeluarkan dalam bentuk tiruan. Dari segi barangan seperti pakaian ataupun cakera cetak rompak, ia hanya merugikan pihak pengeluar. Bagaimanapun, produk yang dimakan membawa ancaman besar kepada pengguna terutamanya jika ianya ubat yang diperlukan untuk merawat penyakit tertentu. Ubat tiruan menjadi sasaran sindiket pemalsuan berikutan untung besar yang mudah diperoleh dengan menjual ubat `rojak’ yang menyerupai ubat sebenar.
Diumpan dengan harga yang murah sedikit daripada ubat tulen, ramai pesakit yang terpedaya dan menerima padahnya apabila ubat itu tidak membantu, malahan mungkin memburukkan lagi keadaan. Pesakit dikira bernasib baik jika ubat tiruan yang diambil tidak memberikan sebarang kesan tetapi jika terdapat bahan beracun di dalamnya, kemungkinan besar keadaan pesakit menjadi semakin teruk sehinggakan boleh membawa maut. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 peratus ubat di pasaran merupakan ubat tiruan dengan anggaran nilai AS$22 bilion (RM73.66 bilion). Jumlah ini dijangka meningkat 13 peratus setiap tahun sehingga 2010 sehingga bernilai AS$75 bilion (RM251.11 bilion).
Di atas untung berbilion ringgit ini, pengeluar ubat tiruan terus berani menjalankan perusahaan haram mereka. Tambahan pula, mereka tidak terikat dengan undang-undang yang membawa hukuman berat seperti penjara atau hukuman gantung dan seringkali hanya perlu membayar sedikit denda jika tertangkap. Akhirnya, yang paling teruk teraniaya adalah pesakit sendiri yang cuba menjimatkan sedikit perbelanjaan rawatan.
* Buku panduan percuma
Dalam usaha meningkatkan pengetahuan umum tentang ubat tiruan, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. telah tampil menerbitkan sebuah buku panduan mengenai ubat tiruan. Menurut Pengarah Serantau keselamatan Global Pfizer Asia Pasifik, Dave Campbell, tujuan utama buku tersebut dihasilkan adalah supaya masyarakat setempat bebas daripada ancaman ubat tiruan dan hanya membeli ubat yang tulen. “Kebanjiran pasaran tempatan dengan ubat-ubat tiruan bukan hanya berlaku di tepi-tepi jalan malahan melalui kedai ubat yang sah dan juga Internet. “Pesakit dengan mudah dapat membeli ubat yang didakwa tulen tanpa mengetahui mereka tertipu membeli ubat tiruan yang mungkin mempunyai pelbagai kesan sampingan,” tegasnya. Oleh itu, katanya, buku ini dikeluarkan untuk membantu orang ramai membezakan dan mengelak daripada membeli ubat tiruan di samping melaporkan aktiviti penjualan ubat tiruan kepada pihak berkuasa.
Diterbitkan dalam tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Cina, buku panduan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan insiden masalah kesihatan akibat ubat tiruan dan membantu orang ramai membezakan yang tiruan dan tulen.
Melalui buku panduan ini, pengguna dapat mengenalpasti dan menjauhkan diri serta keluarga daripada ancaman ubat tiruan. Ditulis dalam format soal jawab yang mudah dan ringkas, ia memberikan maklumat asas dalam mengenali ubat tiruan serta ubat yang dicampur benda asing. Selain itu, maklumat mengenai kesan penggunaan ubat tiruan dan langkah berjaga-jaga menggunakan ubat tradisional serta maklumat tambahan lain turut disertakan. Buku panduan ubat tiruan ini boleh diperoleh dengan percuma di semua klinik dan farmasi. Orang ramai juga boleh mendapatkan satu salinan dengan menghantar e-mel ke malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin