Tanggal 26 Julai 2009, Isma bersama2 dengan Pembina Pahang (Akhawat) telah sempat mengadakan aktiviti ziarah dan gotong royong membersih tanah perkuburan anjuran Kelab Nazim Kuantan. Pesekitaran Surau Hidayah yang terletak di Bt 8 Jalan Gambang-Kuantan menempatkan satu kawasan tanah perkuburan yang agak luas, namun terbiar dek semak samun. Maka Kelab Nazim Kuantan mengambil insiatif untuk mengadakan program tersebut dengan melibatkan ahli2 Isma Kuantan serta kakak2 Pembina Kuantan sekali.
Seramai lebih kurang 30 orang ahli Kelab Nazim, Isma dan Pembina Akhawat Pahang telah sama2 datang seawal jam 8.00 pg dan memulakan tugas secara bergotong royong, mencangkul, menyabit, mengaup tersebut membersihkan surau, dengan penuh bersemangat.
Setelah bersama-sama memulakan pembersihan surau dan tanah perkuburan, program disusuli dengan satu tazkirah oleh AJK HRD Isma Kuantan, Uz Norman Mohd Nor. Tajuk tazkirah yang diberi, tidak lain tidak bukan adalah ‘Pentingnya Mengingati Mati’, antaranya, kerana dengan mengingati mati, kita tidak hanyut dibuai dengan kelekaan dunia semata. Persediaan untuk menghadapi sesuatu yang ‘pasti’ itu adalah satu kemestian buat kita selagi kita boleh bersedia apabila masih ada nyawa di badan. Dengan mengingati mati juga, kita akan sentiasa merasai muroqabah Allah swt atas diri kita, dan natijahnya, kita tidak akan tegar membenarkan diri kita bernoda dengan dosa dan maksiat.
Maka sewajarnya lah kita selalu menziarahi dan mengambil iktibar dari kubur yang bakal kita huni juga nanti bila sampai waktu kita menyahut seruan Illahi nanti.
Rata-rata, kami pulang dengan azam baru untuk memperbaiki diri sebagai persediaan menghadapi mati yang pasti, walau cuma masanya sahaja yang belum pasti bila. Mungkinkah ‘esok masih ada’ untuk kita semua? Hanya ALLAH jua yang mengetahuinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan